You searched for pemindahan baki - iMoney Malaysia https://www.imoney.my/articles/ Everything you need to know about improving your personal finances. Thu, 12 Jan 2023 09:54:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 Segalanya Mengenai Insurans Nyawa Di Malaysia https://www.imoney.my/articles/segalanya-mengenai-insurans-nyawa-di-malaysia https://www.imoney.my/articles/segalanya-mengenai-insurans-nyawa-di-malaysia#respond Wed, 11 Jan 2023 02:54:08 +0000 https://www.imoney.my/articles/?p=23549 insurans nyawaSama ada dari segi perancangan pesaraan ataupun untuk melindungi kebajikan keluarga selepas pemergian anda, insurans nyawa adalah pelan perlindungan yang mustahak.

The post Segalanya Mengenai Insurans Nyawa Di Malaysia appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan.

Namun begitu masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka. Menurut laporan dari Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 54% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa, dan kalau ditolak pula dari nombor itu golongan yang mempunyai lebih dari satu insurans nyawa, boleh dikatakan rata-rata hanya 41% rakyat Malaysia memiliki insurans nyawa.

Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini adalah semua yang anda perlu tahu mengenainya.

Apakah liputan insurans nyawa di Malaysia?

Sebagai permulaan, polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar.

Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.

Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai.

Kenapa anda memerlukan insurans nyawa?

Untuk mengenalpasti samada anda memerlukan insurans nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan?

Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insurans nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain.

Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman? Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal? Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang? Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan? Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda?

Polisi insurans nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan.

Liputan insurans nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya.

Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM7,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jenis-jenis polisi insurans nyawa

Jenis-jenis polisi insurans nyawaPenerangan
EndowmenSatu kombinasi perlindungan dan penjimatan di mana pembayaran akan dibuat pada akhir tempoh yang ditetapkan selepas anda meningggal ataupun kehilangan upaya kekal.

Paling sesuai untuk simpanan, pemindahan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Insurans Berkaitan PelaburanSatu kombinasi pelaburan dan perlindungan di mana premium anda akan dibahagikan untuk liputan insurans nyawa dan pelaburan ke atas dana pilihan anda. Anda dibenarkan untuk menentukan nisbah peruntukan premium anda.

Paling sesuai untuk simpanan, pemindahan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Anuiti HidupSyarikat insurans akan membayar anda anuiti untuk suatu jangka masa yang tertentu sehingga anda meninggal. Jenis bayaran anuiti termasuk anuiti serta-merta ataupun anuiti tertunda.

Paling sesuai untuk penabungan untuk persaraan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (MRTA)Pelan ini akan menyelesaikan baki pembiayaan perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia, anda mengalami hilang upaya kekal atau anda menhidapi penyakit kritikal.

Paling sesuai untuk perancangan harta dan pemindahan aset.
Perlindungan tambahan (Rider)“Rider” merupakan perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Rider yang biasa ditemui adalah rider perubatan, kemalangan dan penyakit kritikal.

Paling sesuai untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan perubatan, kemalangan dan penyakit kritikal.
Insurans bertempohPelan ini terhad kepada jangka masa tertentu, contohnya 10 tahun. Ia biasanya lebih murah berbanding pelan nyawa yang lain.

Paling sesuai untuk penggantian pendapatan semasa masih bekerja.
Insurans seumur hidupPelan ini direka khas untuk melindungi individu untuk seumur hidup, jadi premiumnya lebih tinggi berbanding dengan polisi insurans bertempoh. Jumlah premium biasanya telah ditetapkan dan ia mempunyai nilai tunai yang berfungsi sebagai simpanan dan boleh ditunda cukai di masa depan.

Paling sesuai untuk pemindahan, pemeliharaan dan pengumpulan harta dengan cukai tertunda.

Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan?

Insurans nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda.

1. Matlamat kewangan

Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda.  Insurans nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain. Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda. Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda.

2. Kos premium

Walaupun insurans nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda.  Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan.

Menurut perancang kewangan, premium insurans anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insurans bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300.

Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insurans nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan.

3. Nilai polisi

Sebenarnya, proses menentukan jumlah insurans nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit.

Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insurans anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda.

Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insurans nyawa yang anda perlukan:

insurans nyawa di Malaysia

Memilih polisi insurans yang sesuai

Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.

jenis insurans nyawa

Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang. Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.

Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda. Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000. Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi. Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.  Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.

*Artikel ini telah dikemaskini pada Januari 11, 2023.

The post Segalanya Mengenai Insurans Nyawa Di Malaysia appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/segalanya-mengenai-insurans-nyawa-di-malaysia/feed 0
Adakah Kewangan Anda Bersedia Untuk Membeli Rumah? https://www.imoney.my/articles/kewangan-bersedia-beli-rumah https://www.imoney.my/articles/kewangan-bersedia-beli-rumah#respond Mon, 03 Feb 2020 08:27:41 +0000 https://www.imoney.my/articles/?p=42127 Jangan terkejut dengan bayaran tambahan yang dikenakan.

The post Adakah Kewangan Anda Bersedia Untuk Membeli Rumah? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Memiliki rumah sendiri adalah impian bagi sesiapa sahaja. Namun demikian, harga rumah yang meningkat dan tempoh bayaran pinjaman yang melebihi 30 tahun merumitkan keadaan. Membeli rumah adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan penuh teliti dan secara berhemah.

Kepada semua rakyat Malaysia yang sedang giat berfikir untuk membeli rumah dengan mengambil pinjaman, berikut adalah tiga perkara yang menentukan jika kewangan anda sudah bersedia:

1) Adakah anda mampu membayar kos pendahuluan?

Di Malaysia, kebanyakan bank menawarkan sehingga 90% daripada harga hartanah (margin pembiayaan) untuk dua hartanah kediaman anda yang pertama. Jika anda mengambil pembiayaan 90%, anda perlu menyediakan bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk membayar baki harga hartanah tersebut.

Katakan anda ingin membeli sebuah kondominium di Cheras yang berharga RM400,000. Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM40,000 untuk bayaran pendahuluan.

2) Adakah anda bersedia untuk membayar pelbagai fi dan caj?

Pembeli rumah kali pertama mungkin tidak mengetahui bahawa pembelian dan pembiayaan rumah memerlukan lebih daripada pembayaran deposit dan pinjaman. Ia juga melibatkan fi dan caj pelbagai yang termasuk:

Duti setem untuk pemindahan hak milik (juga dikenali sebagai memorandum pemindahan atau MOT)1% untuk RM100,000 pertama; 2% untuk RM400,000 seterusnya, dan 3% untuk jumlah berikutnya
Fi guaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA)1% untuk RM500,000 pertama, 0.8% untuk RM500,000 seterusnya, dan 0.5% hingga 0.7% untuk jumlah berikutnya
Penyeteman untuk SPAKurang daripada RM100
Fi Kemudahan Guaman SPARM1000 - RM1500
Fi perjanjian pinjaman1% untuk RM500,000 pertama (daripada jumlah pinjaman), 0.8% untuk RM500,000 seterusnya, dan 0.5% hingga 0.7% untuk jumlah berikutnya
Duti setem untuk perjanjian pinjaman0.5% daripada jumlah pinjaman
Fi pembayaran guaman untuk Perjanjian Kemudahan PinjamanRM1000 - RM1500
Fi penilaian untuk rumah siap0.25% untuk RM100,000 pertama; 0.20% untuk nilai sehingga RM2,000,000
Cukai kerajaan ke atas perjanjian undang-undang6% daripada keseluruhan fi peguam
Fi pemprosesan bank untuk pinjamanRM50 hingga RM300

*Nota: Peratusan adalah berdasarkan angka dan purata industri yang disyorkan. Angka sebenar mungkin berbeza.

Contoh kos permulaan adalah seperti berikut:

Harga pembelian
Bayaran pendahuluan (10%)
Fi guaman SPA
Duti setem ke atas MOTFi guaman perjanjian pinjamanDuti setem untuk perjanjian pinjamanJumlah
RM300kRM30,000RM3,000 RM5,000
RM2,700RM1,350RM42,050
RM400kRM40,000RM4,000RM7,000RM3,600
RM1,800RM56,400
RM500kRM50,000RM5,000RM9,000RM4,500RM2,250RM70,750
RM600kRM60,000RM5,800RM12,000RM5,320RM2,700RM85,820
RM700kRM70,000RM6,600RM15,000RM6,040RM3,150RM100,790

3) Adakah anda mampu membayar ansuran bulanan?

Melainkan anda seorang jutawan, anda perlu mendapatkan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan apabila ingin membeli rumah.

Berdasarkan kadar pasaran semasa, iaitu kadar faedah 4.5% setahun untuk pinjaman rumah biasa dan bayaran pendahuluan sebanyak 10%, berikut adalah contoh ansuran bulanan untuk beberapa buah rumah:

Ansuran bulanan perlu dibayar untuk pinjaman rumah (kadar faedah 4.5%, tempoh 35 tahun)

Harga pembelianBayaran pendahuluan(10%)Ansuran bulanan
RM300,000RM30,000RM1,278
RM400,000RM40,000RM1,704
RM500,000RM50,000RM2,130
RM600,000RM60,000RM2,556
RM700,000RM70,000RM2,982
RM800,000RM80,000RM3,407

Kebanyakan pakar kewangan mengesyorkan bahawa anda memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah. Ini bermakna anda perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM6,390 sebulan untuk mampu membeli rumah bernilai RM500,000.

Perlu diingat bahawa bank-bank di Malaysia secara amnya membenarkan anda mengambil pinjaman (termasuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan lain-lain) sehingga 70% daripada jumlah keseluruhan pendapatan anda jika anda mempunyai skor kredit yang agak baik. Oleh itu, anda boleh memilih untuk menambahkan ansuran bulanan dan memendekkan tempoh pinjaman anda. Namun demikian, pastikan anda telah melakukan pengiraan sewajarnya terlebih dahulu!

Skim perumahan mampu milik di Malaysia

Menyimpan beratus ribu ringgit untuk membeli rumah bukanlah suatu perkara yang remeh. Jika anda perlukan bantuan, rujuk kepada skim-skim berikut:

1. Skim Rumah Pertamaku

Skim ini membolehkan pembeli rumah mendapat pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi kewangan, dengan itu, membenarkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membayar bayaran pendahuluan 10%.

Kelayakan: Bagi hartanah antara RM100,000 dan RM400,000; pembeli rumah mesti berumur 35 tahun dan ke bawah dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

2. MyHome

Skim ini menawarkan subsidi sehingga RM30,000 bagi setiap rumah.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM80,000 dan RM300,000; pembeli rumah mestilah pembeli kali pertama dengan pendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM6,000.

3. BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)

Skim ini diperkenalkan bagi membantu golongan belia memiliki rumah pertama mereka. Di bawah skim ini, duti setem dikecualikan ke atas pemindahan pemilik dan dokumen kemudahan untuk harga hartanah bernilai sehingga RM300,000. Kerajaan juga akan membantu pemilik rumah menguruskan ansuran bulanan mereka dengan memberi RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 dan RM500,000; pembeli rumah mestilah pembeli kali pertama dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

4. Rumah Selangorku

Skim ini bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana di negeri Selangor.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM42,000 dan RM250,000; pembeli rumah belum lagi mempunyai hartanah di Selangor, dan mempunyai pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM10,000 sebulan

5. Residensi Wilayah

Skim ini bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana yang bekerja dan tinggal di Wilayah Persekutuan.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM52,000 dan RM300,000; pembeli rumah mesti tinggal dan bekerja di Wilayah Persekutuan dan mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM10,000.

Bagaimana jika saya tidak layak untuk skim perumahan ini?

Jangan berputus asa.

Sebagai permulaan, anda mungkin ingin mempertimbangkan hartanah yang menyediakan SPA dan perjanjian kemudahan pinjaman percuma supaya dapat menjimatkan ribuan Ringgit dalam fi guaman. Ini sepatutnya agak mudah kerana kebanyakan projek hartanah baru akan menanggung kos perjanjian guaman untuk pembeli rumah.

Jika anda ingin mengurangkan bayaran permulaan yang diperlukan untuk membeli rumah, anda perlu giat mencari hartanah yang mempunyai bayaran pendahuluan yang rendah. Kebanyakan pemaju kini menawarkan pakej jualan tempah awal (‘early bird’) atau penyertaan mudah (‘easy entry’) kompetitif yang termasuk rebat antara 2% hingga 10% daripada harga hartanah.

Pada asasnya, membeli rumah adalah keputusan hidup yang serius dan tidak boleh dianggap ringan. Walaupun memiliki rumah di kawasan mewah adalah sesuatu yang diidamkan, anda perlu sentiasa mempertimbangkan kedudukan kewangan anda apabila membeli hartanah supaya tidak menanggung beban yang terlalu berat dalam beberapa dekad yang seterusnya. Mudah-mudahan, artikel ini akan menjadi panduan umum bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berfikir untuk membeli rumah pada masa ini.

The post Adakah Kewangan Anda Bersedia Untuk Membeli Rumah? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/kewangan-bersedia-beli-rumah/feed 0
4 Langkah Kewangan Yang Mungkin Dapat Meningkatkan Skor Kredit Anda https://www.imoney.my/articles/4-langkah-kewangan-meningkatkan-skor-kredit-anda https://www.imoney.my/articles/4-langkah-kewangan-meningkatkan-skor-kredit-anda#respond Fri, 28 Jun 2019 02:14:47 +0000 https://www.imoney.my/articles/?p=38729 Anda bernasib baik sebab bank dan institusi kewangan inginkan anda memiliki skor kredit yang baik.

The post 4 Langkah Kewangan Yang Mungkin Dapat Meningkatkan Skor Kredit Anda appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Jika anda telah mengklik halaman ini, ia mungkin kerana tajuk artikel ini mempunyai makna bagi anda. Lagipun, anda mungkin pernah menghadapi beberapa isu berkenaan dengan skor kredit yang rendah.

Namun, ini bukanlah penghujung jalan bagi anda. Seperti segalanya di dunia ini, ia boleh diperbaiki.

Kami mengaku, ia tidak mudah untuk dilakukan. Tiada apa-apa perkara yang bernilai dapat dicapai dengan mudah. Walau bagaimanapun, anda bernasib baik sebab bank dan institusi kewangan inginkan anda memiliki skor kredit yang baik. Jadi, ia memanfaatkan semua pihak jika anda berjaya membayar hutang dan meningkatkan kesihatan kewangan anda.

Apa yang anda perlu lakukan bergantung pada bagaimana anda tiba di keadaan anda sekarang. Setiap individu mempunyai keutamaan dan masalah kewangan yang unik. Walaupun begitu, kami boleh mencadangkan penyelesaian untuk beberapa isu lazim yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Pemindahan baki kad kredit

Kami faham. Kad kredit tidaklah semudah seperti yang dipaparkan. Hari ini anda menggunakannya untuk membeli barang; pada keesokan harinya pula, anda dikemukakan dengan penyata bulanan yang anda tidak mampu membayar.

Dalam kes ini, anda terperangkap membayar faedah kad kredit anda setiap bulan untuk mengelakkan penalti. Ini menyebabkan anda mungkin tidak menggunakan kad kredit tersebut selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun. Lebih buruk lagi, jumlah yang anda hutang masih banyak.

Satu cara untuk membantu diri anda adalah melalui pemindahan baki kad kredit. Ini bermakna memindahkan jumlah terhutang anda kepada kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah. Cara ini membantu anda membayar jumlah yang terhutang, di mana anda tidak lagi terikat dengan pembayaran faedah sahaja.

Sebenarnya, kebanyakan kad kredit dengan pemindahan baki juga menawarkan kadar faedah sifar untuk masa yang terhad. Ini bertujuan membantu anda membayar hutang anda. Jangan bazirkan peluang ini dan membelanjakan wang tersebut untuk sesuatu yang lain.

Penyatuan hutang

Pinjaman peribadi biasanya dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Kebanyakan daripada tanggapan seperti ini adalah tidak benar. Jika digunakan dengan betul, pinjaman peribadi dapat meningkatkan kualiti hidup anda; dan mungkin membimbing anda ke arah kesihatan kewangan yang lebih baik.

Apabila anda mengambil pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang lain anda, anda dapat meningkatkan skor kredit anda. Ini membolehkan anda menumpukan usaha untuk membayar hanya satu pinjaman.

Tujuannya adalah untuk mengumpul semua hutang tertunggak anda ke dalam satu pinjaman yang akan mengurangkan jumlah bayaran balik bulanan berbanding dengan apa yang anda bayar sebelum ini.

Kami pernah menguraikan jumlah ini dalam artikel kami sebelum ini, dan akan mengemukakannya sekali lagi di sini sebagai contoh:

Jumlah hutang 

Jumlah hutangKadar faedahPembayaran balikTempohJumlah faedah
Kad Kredit A – RM10,000

 
15% setahunRM5002 tahunRM1,579
Kad Kredit B –

RM5,000

 
15% setahunRM2501 tahun 11 bulanRM790
Pinjaman Peribadi – RM50,000

 
13.09% setahunRM1,1407 tahunRM45,760
Jumlah

 
RM1,890RM48,129

Penyatuan Hutang dengan Pinjaman Peribadi 

Jumlah hutangKadar faedahPembayaran balikTempohJumlah faedah
RM65,0006% setahunRM1,0987 tahunRM27,232

Sebagaimana yang anda dapat lihat, hutang sebanyak RM65,000 dalam beberapa akaun boleh disatukan di bawah satu pinjaman. Ini membawa kepada komitmen bulanan dan jumlah faedah yang lebih rendah untuk dibayar.

Sudah tentu, penyatuan hutang tidak akan menyelesaikan masalah anda. Anda masih perlu membayar jumlah ini. Tetapi ia menjadikan matlamat anda lebih mudah untuk dicapai.

Penyatuan hutang juga membantu skor kredit keseluruhan anda dengan menjelaskan beberapa hutang sekaligus. Selain itu, ia mengurangkan apa-apa penalti yang mungkin dikenakan ke atas skor anda akibat bayaran terlepas.

Pembayaran bil secara automatik

Ini adalah penyelesaian yang kurang dipertimbangkan untuk meningkatkan skor kredit anda. Secara amnya, kaedah ini hanya berfungsi jika anda jenis yang sentiasa lupa membayar bil anda. Mengautomasikan pembayaran mungkin satu langkah kewangan yang baik jika anda mempunyai tabiat membeli barang mengikut gerak hati dengan menggunakan wang yang diperuntukkan untuk bayaran bil.

Kebanyakan bank menawarkan sistem pembayaran bil secara automatik yang memindahkan jumlah tertentu daripada akaun simpanan anda pada waktu yang ditetapkan setiap bulan. Langkah kewangan ini memastikan anda tidak terlepas bayaran, dan tidak membenarkan anda membelanjakan wang tersebut untuk sesuatu yang lain.

Ia sukar untuk menentukan bagaimana bil yang tidak dibayar akan mempengaruhi skor kredit anda. Setiap institusi kewangan mempertimbangkan perkara ini dengan cara berbeza dan tidak mendedahkan pengiraan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, sentiasa membayar bil anda tepat pada masanya adalah amalan kewangan yang baik yang juga akan membantu meningkatkan skor anda.

Penstrukturan semula kewangan

Bagaimana jika skor kredit anda terlalu rendah untuk memenuhi syarat pinjaman peribadi atau kad kredit? Mungkin bank memutuskan bahawa anda mempunyai risiko yang terlalu tinggi. Lagipun, bank juga perlu berjaga-jaga sebelum memberi pinjaman kepada sesiapa sahaja.

Satu cara untuk menyelamatkan skor anda adalah dengan menstruktur semula hutang anda. Syarikat kad kredit dan bank sentiasa bersedia untuk berbincang dengan anda mengenai skim pembayaran bagi membantu menjelaskan hutang anda kepada mereka.

Jika anda tidak dapat menghubungi bank pada masa ini, atau anda mempunyai pelbagai pinjaman dan kad kredit, anda juga boleh menghubungi agensi kaunseling kredit seperti AKPK. AKPK menawarkan nasihat terperinci untuk menguruskan keadaan kewangan anda, dan dapat memberi pelan peribadi untuk mengatasi masalah anda.

Tiada penyelesaian yang mudah

Kami faham bahawa penyelesaian bagi masalah anda lebih senang dicakap daripada dibuat. Malah, ia seperti berada dalam situasi ‘Catch-22’ atau dalam keadaan dilema. Anda perlukan pinjaman untuk meningkatkan skor kredit, tetapi anda juga perlukan skor kredit yang baik untuk mendapat pinjaman.

Anda mungkin tidak tahu di mana anda boleh mencari produk kewangan ini, dan juga tidak mengambil perhatian tentang kad kredit yang menawarkan pemindahan baki.

Nasib baik iMoney CreditScore dapat membantu anda dalam perkara ini. CreditScore iMoney bukan sahaja dapat mencadangkan kad kredit dan pinjaman peribadi yang kami percaya akan memberikan kesan paling besar dalam memperbaiki keadaan kewangan anda, ia juga menyediakan penjelasan mengenai apa yang anda lakukan dengan betul.

Jika anda belum mencuba iMoney CreditScore, maka anda harus mencubanya. Ia benar-benar percuma, dan memberi maklumat yang anda perlukan untuk memperbaiki keadaan kewangan anda.

The post 4 Langkah Kewangan Yang Mungkin Dapat Meningkatkan Skor Kredit Anda appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/4-langkah-kewangan-meningkatkan-skor-kredit-anda/feed 0
2 Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda https://www.imoney.my/articles/cara-untuk-menjelaskan-hutang-kad-kredit-anda https://www.imoney.my/articles/cara-untuk-menjelaskan-hutang-kad-kredit-anda#respond Fri, 11 Mar 2016 05:37:19 +0000 https://www.imoney.my/articles/?p=22425 hutang kad kreditAdakah hutang kad kredit anda semakin hari, semakin bertambah? Jangan risau. Kini, anda boleh mencari jalan penyelesaian untuk membayar habis baki kad kredit anda dengan dua cara pintar ini.

The post 2 Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Jika anda sentiasa perlu menjelaskan baki satu atau beberapa kad kredit, anda tidak keseorangan. Berdasarkan keratan akhbar berkaitan dengan kad kredit, statistik daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bahawa masih terdapat RM5.719 billion hutang ekses yang belum dibayar oleh pemegang kad kredit pada hujung Mac 2000. Hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi juga telah mencecah RM20 bilion dalam tahun 2014, menurut laporan BNM.

Ini mewakili suatu peningkatan hutang dari penggunaan kad kredit. Dalam tempoh 14 tahun ini, pemegang kad meminjam lebih daripada lima kali ganda untuk pembelian peribadi. Jadi, bagaimana kita boleh menurunkan jumlah ini serta menikmati gaya hidup bebas dari hutang?

1. Bayar hutang satu kad dahulu

Dalam dompet anda, kira berapa kad kredit yang anda memiliki. Kemudian tanya diri sendiri, kad yang mana mempunyai hutang tertinggi akibat jumlah pembelian yang besar.

Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit Maybank, gunakan laman web Maybank2u untuk melihat kenyataan elektronik anda. Berdasarkan jumlah yang tertera, bayar baki kad kredit yang mempunyai amaun hutang yang paling kecil terdahulu.

Selain daripada itu, anda boleh tumpukan perhatian pada satu kad kredit pada satu masa, dan jelaskan baki hutangnya sebelum bermula membayar habis kad seterusnya. Dengan usaha yang secukupnya, anda akan bebas dari hutang dalam jangka masa yang pendek. Bak kata, sehari selembar benang lama-lama jadi kain, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Dua cara untuk memilih and menghitung jumlah hutang kad kredit adalah seperti berikut:

  • Gunakan kalkulator pengiraan faedah kad kredit dari laman web bank anda untuk membuat perbandingan. Cari kad kredit yang mengenakan kadar faedah yang tertinggi, dan itulah kad kredit yang anda perlu menumpukan perhatian. Ianya sangat penting untuk membayar habis hutang tersebut supaya tidak tersekat dalam kitaran bayaran baki hutang.
  • Bayar hutang kad kredit yang mempunyai jumlah baki yang paling kecil terdahulu. Wang yang lebih boleh digunakan untuk membayar baki hutang yang terkecil berikutnya. Petua seterusnya, bayar lebih daripada jumlah minimum setiap bulan. Jika jumlah bayaran bulanan anda ialah RM200, bayar lebih daripada amaun itu untuk mempercepatkan penghabisan bayaran balik.

2. Memindah baki kad kredit

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak beberapa faham dengan konsep pemindahan baki ini. Apabila anda mendapati hutang kad kredit anda terlalu besar sehingga tidak dapat membayar balik dalam tempoh tertentu, inilah masanya untuk memindah baki kad kredit.

Konsepnya macam ini, ianya memindah baki hutang dari kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada kad lain yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah. Dengan ini, anda boleh menjimatkan beratus-ratus ringgit setahun.

Namun begitu, anda perlu komited untuk membuat bayaran bulanan tepat pada masa semasa proses pindahan baki supaya tidak mendatangkan kos ekstra. Pada masa yang sama, anda juga harus mengelakkan pembelian dengan kad baru kerana, kadang-kala, faedah rendah pindahan baki tidak boleh dipakai dalam situasi sebegini.

Misalnya, pengguna kad kredit boleh memindah baki kepada kad kredit BSN dengan kadar faedah serendah 0%. Dengan ini, jumlah faedah yang dibayar untuk hutang boleh dikurangkan dengan segera tanpa kerisauan.

Penyatuan hutang membenarkan anda untuk menggabungkan beberapa baki faedah yang tinggi ke dalam satu kad kredit yang mempunyai kadar yang lebih rendah. Dengan itu, anda boleh membayar baki lebih cepat tanpa meningkatkan jumlah pembayaran. Berikut adalah dua cara untuk menyatukan hutang:

  • Ambil kesempatan ini untuk memindah hutang dari kad kredit yang mempunyai faedah yang tinggi kepada kad yang mempunyai kadar pemindahan baki rendah. Tambahan itu, ingat bahawa bank juga akan mengenakan bayaran pemindahan baki, selalunya 3%-4% daripada jumlah yang dipindahkan.
  • Jika anda mempunyai ekuiti rumah, cuba gunakannya untuk membayar hutang kad. Barisan kredit ekuiti mungkin boleh menawarkan kadar yang lebih rendah daripada caj kad kredit anda. Faedah tambahannya pula ialah bayaran faedah ekuiti rumah dikecualikan cukai.

Jika anda memilih cara pemindahan baki, ingatlah bahawa anda perlu mengawal perbelanjaan sendiri untuk mengelak hutang baru, sedangkan hutang baki sebelumnya belum selesai dijelaskan.

Imej dari coreinvestors.asia

The post 2 Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/cara-untuk-menjelaskan-hutang-kad-kredit-anda/feed 0
Ditolak Lagi? Dapatkan Penglulusan Permohonan Kad Kredit Anda Sekarang! https://www.imoney.my/articles/ditolak-lagi-dapatkan-penglulusan-permohonan-kad-kredit-anda-sekarang https://www.imoney.my/articles/ditolak-lagi-dapatkan-penglulusan-permohonan-kad-kredit-anda-sekarang#respond Tue, 08 Mar 2016 02:03:22 +0000 https://www.imoney.my/articles/?p=22306 kad kreditIanya pasti sukar apabila permohonan kad kredit anda ditolak. Tetapi anda boleh pastikan ianya tidak berulang dengan 3 langkah mudah ini!

The post Ditolak Lagi? Dapatkan Penglulusan Permohonan Kad Kredit Anda Sekarang! appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Penolakan sangat menyakitkan hati. Walaupun permohonan kad kredit dianggap sebagai sesuatu yang tidak beremosi, prosesnya tidak begitu mudah. Apabila permohonan anda ditolak, besar kemungkinannya anda akan berasa sedih.

Jika permohonan anda ditolak, janganlah putus asa! Cari sebab permohonan anda tidak memenuhi kriteria bank, baiki masalah tersebut dan anda akan mendapat kad kredit yang diinginkan.

Berikut adalah tiga langkah untuk mendapatkan penglulusan permohonan kad kredit anda!

Langkah 1: Mengetahui sebab penolakan permohonan kad kredit anda

Menerima surat penolakan permohonan daripada bank boleh menghancurkan harapan anda untuk mendapatkan kad kredit yang terbaik untuk anda.

Tetapi sebelum anda membakar surat penolakan itu, fikirkanlah sebab bank tersebut menolak permohonan anda. Semak surat itu sama ada sebab penolakan dicatatkan. Kebanyakan bank tidak akan memberitahu anda sebab penolakan.

Oleh itu, anda perlu memanggil bank tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang penolakan permohanan anda. Biasanya, bank tidak mendedahkan informasi ini, jadi anda mesti menggunakan inisiatif sendiri untuk memanggil pihak yang berkaitan.

Di sini adalah beberapa alasan biasa yang boleh mengakibatkan permohonan kad kredit anda dinafikan:

Dengan meneliti kriteria bank untuk penglulusan permohonan kad kredit, anda boleh membetulkan kesilapan tedahulu sebelum permohonan seterusnya!

Langkah 2: Bersihkan laporan kredit anda

Daripada semua alasan yang digunakan untuk menafikan permohonan kad kredit anda, laporan kredit yang buruk adalah paling penting dan sukar untuk dibetulkan. Ia juga akan mengambil masa yang panjang untuk membetulkan laporan kredit anda. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang diuruskan oleh Biro Kredit ialah tempat penyimpanan laporan pinjaman dan maklumat kredit orang awam Malaysia dalam tempoh 12 bulan lepas. Laporan ini juga disediakan untuk semua individu dan institusi kewangan dalam negara ini.

Dalam laporan ini, anda dapat melihat baki pinjaman (seperti pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf), akaun-akaun khusus (seperti pinjaman tidak berbayar atau di bawah program pengurusan hutang khas seperti AKPK), dan permohonan kredit atau pinjaman.

Maklumat seperti baki jumlah pinjaman dan pembayaran juga dimasukkan dalam laporan ini.  Jadi, institusi kewangan boleh menentukan jika anda boleh menjelaskan hutang dengan baik  serta menentukan nisbah biaya (DSR) hutang anda, yang akan dijelaskan di bawah.

Dapatkan satu salinan laporan CCRIS anda sekarang dan jika laporan anda tidak kurang memuaskan, cuba mengambil langkah untuk memperbaikinya. Langkah-langkah ini termasuk:

Jika anda mempunyai disiplin untuk memelihara tiga langkah yang tersebut untuk enam sehingga 12 bulan, skor kredit anda pasti akan meningkat. Anda boleh memeriksa laporan CCRIS anda sebelum membuat permohonan kad kredit yang diingini sekali lagi.

Anda juga boleh melaporkan kepada pihak Biro Kredit jika skor kredit anda didapati mempunyai kesilapan.

3. Mengurangkan nisbah hutang kepada pendapatan

Juga dikenali sebagai nisbah bayaran khidmat hutang (DSR), peminjam boleh mengukur pembayaran hutang setiap bulan berdasarkan pendapatan anda. Mereka menggunakan konsep ini sebagai alat ukur sebelum meluluskan kad kredit anda. Nisbah ini dinyatakan dalam bentuk peratus, jadi yang mempunyai lebih rendah peratusan, dikira lebih baik.

Misalnya, Amy mempunyai pendapatan RM4,500 sebulan dan dia mempunyai pembayaran hutang berjumlah RM2,000 setiap bulan. Ini juga termasuk hutang kad kredit, pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi. Nisbah DSR Amy adalah 44%, iaitu RM2,000 (hutang) yang dibahagikan dengan RM4,500 (pendapatan).

Dari contoh tersebut, Amy mungkin tidak akan dapat kad kredit yang diingini kerana nisbah hutang kepada pendapatannya terlalu tinggi.

Mengambil pinjaman kewangan yang terlalu besar berbanding dengan pendapatan bulanan anda boleh mempunyai akibat yang parah. Apabila hutang anda bertambah, skor kredit anda akan merosot serta proses mendapatkan pinjaman bank yang lain akan menjadi lebih sukar.

Jika DSR ialah sebab utama kad kredit anda dinafikan, rujuklah langkah-langkah ini untuk menolong permohonan anda:

  • Berhenti menggunakan kad kredit anda jika pembayaran hutang belum dibayar habis.
  • Memindah baki hutang kad kredit anda melalui program pemindahan baki (balance transfer). Dengan faedah pemindahan baki 0%, anda boleh mengurangkan pembayaran faedah hutang anda.
  • Menganalisis bajet anda dan memotong perbelanjaan mewah untuk membayar balik hutang pinjaman anda.

Langkah 4: Memohon kad kredit yang paling sesuai

Sebab lain yang mengakibatkan penolakan permohonan kad kredit anda ialah anda tidak memenuhi syarat-syarat dan keperluan kad kredit tersebut.

Oleh sebab itu, lihatlah syarat-syarat kad dahulu sebelum memohon kad daripada bank. Bandingkan kad kredit untuk mengetahui semua keistimewaan dan keperluan sebelum membuat permohonan kad kredit.

Pendapatan minimum untuk mendapatkan kad kredit di Malaysia adalah RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun. Untuk melindungi hak pemegang kad serta membantu mereka mengelakkan diri daripada hutang yang besar, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menampilkan peraturan menyatakan bahawa mereka yang berpendapatan RM36,000 setahun dan bawah hanya boleh memiliki dua kad kredit. Selain itu, had kredit maksimum pemegang kad diperluaskan kepada tidak boleh melebihi dua kali ganda gaji bulanan mereka.

Jika anda dalam kategori ini, ia menjadi lebih penting untuk memastikan bahawa kedua-dua kad kredit anda boleh membantu anda menjimat wang dan bukan sebaliknya. Ini bermakna anda perlu menggunakan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda! Sehingga hari ini, terdapat pelbagai kad di pasaran, seperti petrol, pelancongan, barangan runcit, membeli-belah, dan juga untuk makanan. Dengan mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda, anda boleh mendapat ganjaran besar daripada perbelanjaan anda. Cari kredit kad yang terbaik di Malaysia.

Dengan mengetahui garis panduan kad kredit umum dalam negara ini, periksa keperluan dan syarat-syarat bank untuk kad tersebut. Janganlah memohon kad jika anda tidak dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan. Skor kredit anda akan dijejaskan apabila permohonan kad kredit anda ditolak. Ianya suatu langkah yang buruk untuk “mencuba nasib” dengan memohon kad yang anda tahu tidak mungkin akan diluluskan oleh bank. Ini akan mempunyai kesan negatif ke atas laporan CCRIS anda pada masa hadapan.

Kadang-kadang, masalah penolakan awal kad anda mudah untuk diperbaiki. Oleh sebab itu, jangan putus asa jika ditolak. Kemungkinan besar kesilapannya dalam pengisian borang permohonan anda sahaja – samada anda memohon kad kredit online atau secara peribadi di bank.

Walaupun ia adalah kesilapan yang mudah, tunggu sebanyak tiga sehingga enam bulan sebelum apply kad kredit yang seterusnya. Setiap kali anda menghantar permohonan, pihak bank akan menyiasat sejarah permohonan kredit anda, jadi anda perlu memastikan bahawa anda memberikan masa yang secukupnya diantara satu permohonan kredit dengan yang lain.

Terlalu rumit untuk difahami? Cubalah permohonan kad kredit kami. Pakar kad kredit kami akan berhubung dengan anda melalui telefon untuk membantu anda selanjutnya!

The post Ditolak Lagi? Dapatkan Penglulusan Permohonan Kad Kredit Anda Sekarang! appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/ditolak-lagi-dapatkan-penglulusan-permohonan-kad-kredit-anda-sekarang/feed 0
Bebas hutang atau menjadi bebas tanpa hutang yang teruk? https://www.imoney.my/articles/bebas-hutang-bebas-tanpa-hutang-yang-teruk https://www.imoney.my/articles/bebas-hutang-bebas-tanpa-hutang-yang-teruk#respond Mon, 24 Mar 2014 03:02:21 +0000 http://www.imoney.my/articles/?p=8837 Bagi mereka yang berjimat-cermat mahupun yang menpunyai kewangan yang stabil, hutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi adakah bebas hutang adalah matlamat akhir ataupun kami patut mengelakkan kejadian ini menjadi buruk?

The post Bebas hutang atau menjadi bebas tanpa hutang yang teruk? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

debt-freeBagi mereka yang berjimat-cermat mahupun yang menpunyai kewangan yang stabil, hutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebuah artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider pada 9 Januari 2014, memetik laporan yang dibuat oleh Singapore’s Straits Times bahawa rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis setiap hari, dan hutang isi rumah di Malaysia merupakan salah satu Negara yang tertinggi di rantau ini, iaitu 83.5%keluaran negeri kasar. Mereka juga melaporkan bahawa sehingga September 2013, 60 rakyat Malaysian telah diisytiharkan muflis setiap hari dan ketua pakar ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng mengatakan bahawa kemuflisan akan terus meningkat dalam 2014.

Tetapi adakah bebas hutang adalah matlamat akhir di Malaysia ataupun kami patut mengelakkan kejadian ini menjadi buruk?

Definsi asas untuk kehutangan ialah, sejumlah wang yang dipinjamkan oleh satu pihak kepada pihak lain. Definisi ini tidak menggambarkan bahawa hutang ini merupakan sesuatu yang baik atau buruk. Bagaimanapun apabila anda mengkaji dengan lebih lanjut, hutang terdiri daripada dua jenis, iaitu hutang yang bagus dan hutang yang buruk.

Hutang yang bagus bermaksud menggunakan duit untuk menjana pendapatan. Contohnya, hutang perumahan merupakan hutang yang bagus kerana susut nilai rumah akan meningkat dari semasa ke semasa, dan ini akan memberi keuntungan bagi anda pada masa depan.

Bagaimanapun, hutang yang buruk merujuk hutang yang tidak membuahkan hasil pada pendapatan. Kebanyakan orang menganggap pinjaman kereta adalah hutang yang buruk kerana susut nilai kereta akan jatuh setiap tahun.

Sama seperti kebanyakan kes, walaupun hutang itu adalah hutang yang bagus tetapi ia boleh bertukar menjadi hutang yang teruk- apabila ia dibiarkan tidak terurus. Tiada keraguan, hutang yang tidak terurus mampu menjadikan anda muflis tetapi ia masih ada cara menyelesaian.

Di sini terdapat beberapa perkara yang anda patut elakkan untuk menjadikan hutang anda hilang kawalan/pengurusan:

Menggunakan kad kredit anda secara minimum yang boleh

Menurut Credit Counselling and Debt Management Agency’s (AKPK) Ketua eksekutif pengarah Koid Swee Lian, keputusan oleh Nielsen Global Survey of Investment Attitudes in 2012 menunjukkan bahawa hanya 15% orang rakyat  Malaysia yang memegang kad kredit  membayar lebih dari keperluan jumlah minimum bayatan iaitu 5% dari jumlah pinjaman baki bulanan.

Membayar lebih daripada jumlah minimum yang ditetapkan merupakan tindakan utama bagi membebaskan diri dari hutang. Malah, menurut video tentang hutang kad kredit ini, anda boleh mengambil masa sebanyak 36 tahun untuk menjelaskan hutang anda jika anda hanya membayar jumlah minimum yang ditetapkan setiap bulan.

Bayar faedah kad kredit yang tinggi

Dengan andaian bahawa anda masih mempunyai hutang yang belum dijelaskan dan dikenakan faedah tahunan sebanyak15%. Anda patut mempertimbangkan kemudahan baki pemindahan kad kredit jika anda mempunyai tabiat membuat pembayaran segera.

Memindahkan baki belum jelas semasa anda kepada kad kredit yang mengenakan anda kadar faedah yang lebih rendah boleh mempercepatkan penyelesaian pinjaman anda. Kita ambil Maybank 2 Gold Card sebagai satu contoh pilihan dengan syaratnya, seperti:

  • Kadar faedah 8.88% setahun (dengan pembayaran lancer selama12 bulan berikut), dan
  • 12 bulan 0% setahun.Kemudahan pemindahan baki beserta pembayaran pendaftaran sebanyak 3% jumlah yang dipindahkan

Mengambil pinjaman dengan tempoh yang terlalu panjang

Anda dibenarkan untuk mengambil tempoh maksima selama 10 tahun bagi pinjaman peribadi manakala 35 tahun (umur tidak melebihi 65 pada tahun akhir bagi tempoh pinjaman) bagi pinjaman rumah di Malaysia.

Tempoh pinjaman yang lebih panjang memberikan anda keistimewaan dengan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah. Tetapi apabila dikira balik kos pembayaran penuh sepanjang tempoh, anda akan mendapati bahawa kos pembayaran adalah lebih besar di akhir tempoh.

Contohnya, anda diminta untuk membayar sebanyak RM300,000 untuk pinjaman rumah dan kadar faedah sebanyak 4.25% setahun:

bebas hutang

Simpanan RM251.53 sebulan (RM30,183.60 selama 10 tahun) akan mengenakan anda kos mencecah sebanyak RM89,382.14 termasuk bayaran faedah.

Menguruskan terlampau banyak hutang-piutang

Pengurusan hutang memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menjadi bebas hutang. Tetapi ia juga merupakan satu cabaran dalam pengurusan hutang terutamanya anda mempunyai hutang berganda misalnya pinjaman peribadi, kad kredit dan overdraf.

Untuk mengurus hutang dengan lebih baik, pertimbangkan gabungan hutang. Gabungan hutang adalah satu tindakan di mana segala hutang yang belum dibayar dipindahkan ke dalam satu tempat dan membuatkan pengurusan hutang-hutang anda lebih mudah dan demikian dapat mengelakkan penalti dari lewat atau ketinggalan pembayaran.

Menguruskan hutang di saat-saat akhir

Walaupun tip diatas mampu membantu anda mencapai status bebas hutang, tetapi ia mungkin terlambat untuk mempraktikkan mereka jika anda mempunyai jumlah hutang yang besar. Namun, masih ada penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) adalah agensi yang disediakan khas oleh Bank Negara Malaysia untuk mendidik individual lebih bertanggungjawab dalam menguruskan wang, teknik pengurusan kredit, menyediakan kaunseling dan nasihat tentang pengurusan kewangan dan juga membantu pengguna dalam mendapatkan kestabilan kewangan melalui program pengurusan hutang. Semua sevis yang dinyatakan ini adalah percuma.

Bebas dari hutang merupakan satu perkara yang mustahil pada era kini. Bukan semua hutang mampu dielakkan. Walaubagaimanapun, perkara utamanya ialah selalu pertimbangkan tentang setiap tawaran sebelum memohon pinjaman dan pastikan anda mampu untuk membayar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Pengetahuan, disiplin dan perubahan gaya hidup adalah komponen yang amat diperlukan dalam jika kita mahu bebas dari belenggu hutang. Apabila kita bebas berhutang, tidur pun lena, kewangan pun lancar.

Baca tentang kadar faedah kad kredit dan mengapa anda perlu sengsara dengannya di here.

Memiliki rekod yang teruk tentang kad kredit akan mengakibatkan impak kewangan yang berpanjangan. Sila semak bagaimana untuk mendapatkan rekod bersih tentang kad kredit anda di here. 

Ingin mendapatkan bantuan pengurusan hutang? Untuk maklumat lanjut sila semak di AKPK here

The post Bebas hutang atau menjadi bebas tanpa hutang yang teruk? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/bebas-hutang-bebas-tanpa-hutang-yang-teruk/feed 0
Sejauh mana kemampuan pemilikan rumah anda? https://www.imoney.my/articles/kemampuan-pemilikan-rumah https://www.imoney.my/articles/kemampuan-pemilikan-rumah#respond Tue, 10 Dec 2013 02:23:16 +0000 http://www.imoney.my/articles/?p=7920 Adakah anda sudah bersedia untuk melompat ke kolam hartanah sebagai pembeli rumah kali pertama? Dengan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang menggalakkan melalui Bajet 2014, mungkin rumah impian anda kini mampu menjadi realiti Memandangkan anda sudah bersedia, tahukah anda jenis hartanah dan titik harga yang anda patut pertimbangkan? Penentuan kemampuan pemilikan rumah tidaklah semudah... View Article

The post Sejauh mana kemampuan pemilikan rumah anda? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Adakah anda sudah bersedia untuk melompat ke kolam hartanah sebagai pembeli rumah kali pertama? Dengan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang menggalakkan melalui Bajet 2014, mungkin rumah impian anda kini mampu menjadi realiti

Memandangkan anda sudah bersedia, tahukah anda jenis hartanah dan titik harga yang anda patut pertimbangkan? Penentuan kemampuan pemilikan rumah tidaklah semudah yang disangka. Mampukah anda membeli kondominium baru berdekatan dengan kota? Atau anda hanya mampu membeli apartmen di pinggir bandar.

Berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli hartanah bernilai RM300,000? Mampukah anda menanggung bayaran pendahuluan atau ansuran bulanan dengan gaji semasa anda?

Sebelum anda mula menjelajahi senarai hartanah, lihat dengan teliti keadaan kewangan anda dan tentukan nilai realistik yang anda boleh bayar.

Berapa nilai kemampuan anda?

Untuk menentukan titik harga mampu milik hartanah pertama anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Ini termasuklah pendapatan bulanan anda, jumlah wang yang anda punyai dan berapa nilai yang anda boleh pinjam.

Jumlah pinjaman anda bergantung kepada beberapa faktor, antaranya nilai pasaran atau harga pembelian rumah anda, jenis hartanah (kediaman atau komersial), lokasi hartanah, serta profil anda (contohnya umur dan tahap pendapatan).

Untuk menentukan harga hartanah maksimum yang anda mampu miliki, adalah baik untuk memastikan jumlah ansuran bulanan untuk semua pinjaman tertunggak anda, serta bakal pinjaman perumahan tidak melebihi 70% dari gaji bersih anda. Gaji bersih merujuk kepada pendapatan anda setelah ditolak caruman KWSP dan cukai pendapatan sebagai contoh.

Merujuk kepada profil contoh di bawah, pembeli adalah layak untuk mendapatkan tempoh maksimum pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Untuk pembeli yang berumur di atas 30 tahun, tempoh maksimum ini terikat kepada umur peminjam. Kebanyakan bank menetapkan peminjam untuk membayar semula pinjaman perumahan mereka secara penuh sebelum mereka berumur 65 atau 70 tahun.

Berikut adalah pecahannya:

housing affordability BM

Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah ansuran bulanan serta komitmen hutang lain tidak melebihi 70% dari pendapatan bersih bulanan. Maka, dengan gaji bulanan (bersih) sebanyak RM3,500, anda mempunyai kemampuan untuk memiliki hartanah bernilai RM400,000.

Lebih memudahkan lagi, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan yang disediakan untuk mengira pembayaran balik bulanan pinjaman perumahan. Berdasarkan ansuran bulanan tersebut, anda akan tahu kemampuan pemilikan rumah berdasarkan gaji bersih semasa anda.

hl-620x100-bm

Bagaimana dengan bayaran pendahuluan?

Semuanya tidak berkisar tentang ansuran bulanan sahaja – kos terbesar dalam pembelian rumah ialah bayaran pendahuluan ke atas hartanah iaitu sebanyak 10%. Tapi bukan sekadar itu sahaja.

Pembeli rumah kali pertama mungkin tidak tahu tentang ini; tetapi pembelian dan pembiayaan sebuah rumah bukan sahaja melibatkan bayaran pendahuluan dan pinjaman sahaja. Terdapat pelbagai yuran serta caj lain yang terlibat. Di bawah adalah anggaran* yuran dan caj yang mungkin perlu ditanggung:

1) Duti setem untuk pemindahan hakmilik (juga dikenali sebagai Memorandum of Transfer atau MOT)

  • 1% untuk jumlah RM100,000 yang pertama
  • 2% ke atas RM400,000 yang seterusnya
  • 3% ke atas jumlah berikutnya

2) Perjanjian Jual Beli (SPA) – Yuran guaman

  • 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
  • 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah RM1 juta

3) Stamping untuk SPA – Kurang dari seratus Ringgit
4) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman SPA – Beberapa ratus ringgit
5) Yuran guaman perjanjian fasiliti pinjaman

  • 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
  • 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah lingkungan RM1 juta

6) Duti setem untuk pinjaman – 0.5% dari jumlah pinjaman
7) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman untuk Perjanjian Fasiliti Pinjaman – Beberapa ratus Ringgit
8) Yuran pemindahan hakmilik – Beberapa ratus Ringgit
9) Mortgage Reducing Term Insurance – Anggapnya sebagai insurans hayat untuk pinjaman perumahan anda. Ia boleh mencecah sehingga RM1,000 atau lebih, tapi ini mungkin berbeza untuk bank berlainan.
10) Cukai Kerajaan ke atas Perjanjian – 6% dari yuran peguam
11) Yuran pemprosesan pinjaman bank – RM200

*Nota: Yuran dan caj adalah anggaran berdasarkan nombor yang disyorkan serta nilai purata industri. Angka sebenar mungkin berbeza.

Untuk melihatnya dari sudut perspektif, sebuah rumah yang bernilai RM400,000 dengan margin pembiayaan sebanyak 90% mungkin akan mengenakan yuran dan caj sehingga RM20,000 – di mana kos ini perlu ditanggung oleh anda, iaitu pembeli.

Ianya adalah dinasihatkan supaya anda mempunyai wang lebih selain daripada wang yang diperuntukkan untuk bayaran pendahuluan sebanyak 10% sebelum anda membuat apa-apa keputusan untuk membeli hartanah.

Ya, saya sudah bersedia!

Setelah anda cukup bersedia dan yang paling penting, telah jumpa rumah idaman anda, inilah masanya untuk mencari pinjaman perumahan yang menawarkan kadar yang paling kompetetif. Kebanyakan orang terus mengambil pinjaman perumahan yang ditawarkan pertama kali kepada mereka dan tidak meluangkan masa untuk melakukan perbandingan dan penyelidikan lanjut.

Melalui kalkulator pinjaman perumahan iMoney, anda boleh bandingkan kadar dengan mudah dan pohon di atas talian tanpa sebarang kos tambahan. Dengan khidmat perundingan percuma, pembeli rumah kali pertama akan mempunyai keyakinan yang mereka melakukan keputusan kewangan yang betul apabila membeli rumah baru mereka.

The post Sejauh mana kemampuan pemilikan rumah anda? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/kemampuan-pemilikan-rumah/feed 0
Pindahan Baki Kad Kredit – 6 Perkara Untuk Dipertimbangkan https://www.imoney.my/articles/pindahan-baki-kad-kredit-6-perkara-untuk-dipertimbangkan-sebelum-anda-melakukannya https://www.imoney.my/articles/pindahan-baki-kad-kredit-6-perkara-untuk-dipertimbangkan-sebelum-anda-melakukannya#respond Thu, 04 Apr 2013 09:18:00 +0000 http://www.imoney.my/articles/?p=4461 pindahan Baki Kad KreditSetelah membaca Asas-asas Pindahan Baki Kad Kredit dan mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan pindahan baki untuk mengurangkan segera kadar faedah kad kredit anda, anda mungkin tertarik untuk melakukannya secepat mungkin. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat. 1) Bagaimana Kadar Persaingan Faedah Permulaan? Lazimnya, syarikat-syarikat... View Article

The post Pindahan Baki Kad Kredit – 6 Perkara Untuk Dipertimbangkan appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

shutterstock_108619787Setelah membaca Asas-asas Pindahan Baki Kad Kredit dan mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan pindahan baki untuk mengurangkan segera kadar faedah kad kredit anda, anda mungkin tertarik untuk melakukannya secepat mungkin. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

1) Bagaimana Kadar Persaingan Faedah Permulaan?

Lazimnya, syarikat-syarikat kad kredit menawarkan kadar faedah permulaan untuk pelanggan-pelanggan baru pindahan baki. Kadar-kadar faedah permulaan adalah lebih rendah daripada kadar faedah biasa, tetapi hanya dalam tempoh yang tertentu sahaja. Jika anda mendapat 17.5% sekarang, kadar faedah permulaan 6.99% untuk setahun bermakna anda akan jimat lebih daripada 10% dalam caj kewangan untuk dua belas bulan seterusnya! Perlu diingatkan yang sesetengah bank memang menawarkan kadar faedah permulaan 0%, jadi pastikan anda telah membuat kaji selidik anda.

2) Berapa Lama Anda Boleh Menikmati Kadar Faedah Yang Rendah?

Bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih, kadar faedah permulaan yang anda nikmati mungkin bertahan dalam beberapa bulan ke beberapa tahun. Apabila menentukan kad kredit yang bagus untuk pindahan baki anda, cuba pilih kad kredit yang menawarkan tempoh kadar faedah permulaan yang panjang. Kadar faedah rendah untuk beberapa bulan dan beberapa tahun boleh membawa perbezaan yang banyak.

3) Berapa Rendah Kadar Faedah Tersebut?

Apabila tempoh permulaan anda luput, anda akan kembali ke kadar faedah biasa seperti yang ada pada kad kredit semasa anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa membandingkan kadar faedah kad kredit baru anda dengan kad kredit lama. Jika anda bercadang untuk mengekalkan baki selepas tamat tempoh kadar permulaan, kad kredit dengan kadar faedah yang lebih tinggi boleh membebankan anda dalam jangka masa panjang.

4)Apakah Yuran Pindahan Baki?

Lazimnya, pindahan-pindahan baki BUKAN PERCUMA. Apabila anda melakukan pindahan baki, adalah perkara biasa bagi syarikat kad kredit baru anda mengenakan yuran pendahuluan tunai dalam lingkungan 3% daripada jumlah yang ingin dipindahkan. Pastikan anda mempertimbangkan perkara ini – anda mungkin mendapat penjimatan daripada kadar permulaan anda, tetapi menghadapi bebanan daripada yuran pindahan baki anda!

5) Adakah Anda Layak?

Hanya kerana anda melihat iklan “0% Kadar Faedah” tidak bermakna anda layak. Apabila mencari kad kredit yang terbaik untuk anda untuk melakukan pindahan baki, hubungi pihak yang berkenaan untuk memastikan yang anda layak dan mendapat kadar permulaan yang sewajarnya.

6) Sudahkah Anda Baca Cetakan-cetakan Halus (Fon Bersaiz Kecil)?

Sama seperti semua yang berkaitan dengan wang, baca cetakan-cetakan halus tersebut. Lebih baik selamat daripada menyesal kemudian.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang anda perlu tahu tentang pindahan baki kad-kad kredit.

The post Pindahan Baki Kad Kredit – 6 Perkara Untuk Dipertimbangkan appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/pindahan-baki-kad-kredit-6-perkara-untuk-dipertimbangkan-sebelum-anda-melakukannya/feed 0
Panduan Langkah Demi Langkah Dalam Membuat Pindahan Baki Kad Kredit https://www.imoney.my/articles/panduan-langkah-demi-langkah-dalam-membuat-pindahan-baki-kad-kredit https://www.imoney.my/articles/panduan-langkah-demi-langkah-dalam-membuat-pindahan-baki-kad-kredit#respond Thu, 04 Apr 2013 08:41:30 +0000 http://www.imoney.my/articles/?p=4464 credit cardSeperti usaha-usaha lain yang memerlukan borang, melakukan Pindahan Baki Kad Kredit mungkin dilihat sebagai urusan yang rumit terutama jika anda tidak berpengalaman dengan produk-produk kewangan. Tetapi jika anda sudah membuat perbandingan kadar-kadar faedah ditawarkan oleh syarikat-syarikat kad kredit yang berbeza dan telah membuat pengiraan untuk mengetahui yang mana akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa... View Article

The post Panduan Langkah Demi Langkah Dalam Membuat Pindahan Baki Kad Kredit appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
Ada banyak kad-kad untuk anda pilih. Buat perbandingan sebelum membuat pilihan anda.

Ada banyak kad-kad untuk anda pilih. Buat perbandingan sebelum membuat pilihan anda.

Seperti usaha-usaha lain yang memerlukan borang, melakukan Pindahan Baki Kad Kredit mungkin dilihat sebagai urusan yang rumit terutama jika anda tidak berpengalaman dengan produk-produk kewangan.

Tetapi jika anda sudah membuat perbandingan kadar-kadar faedah ditawarkan oleh syarikat-syarikat kad kredit yang berbeza dan telah membuat pengiraan untuk mengetahui yang mana akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang; anda mungkin ingin merujuk kepada Panduan Langkah Demi Langkah kami di bawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh beralih dengan mudah dari satu kad kredit ke kad kredit yang lain.

Panduan Membuat Pindahan Baki Kad Kredit

Langkah 1 Membuat sekurang-kurangnya bayaran minimum bagi bil-bil terkini kad kredit anda.
Langkah 2 Pergi ke syarikat kad kredit baru anda dengan salinan penyata terkini kad kredit. Dengan pegawai yang bertugas, buat perancangan untuk membayar baki yang dipindahkan. Pastikan anda memahami semua caj-caj, faedah-faedah dan syarat-syarat.
Langkah 3 Apabila sudah berpuas hati sepenuhnya dengan Langkah 2, daftar untuk kad baru dan lengkapkan borang pindahan baki.
Langkah 4 Sementara menunggu pengesahan daripada syarikat baru kad kredit anda, pastikan anda terus membuat sekurang-kurangnya bayaran minimum bagi kad kredit lama anda sebelum tarikh yang ditetapkan.
Langkah 5 Dalam tempoh dua minggu bekerja atau kurang dari itu, anda sepatutnya menerima pengesahan akaun kad kredit baru anda dan notis pindahan baki.
Langkah 6 Hubungi syarikat kad kredit lama anda atau tunggu penyata terkini untuk memastikan pindahan baki dinyatakan dalam akaun lama anda. Jika anda memindahkan SEMUA baki ke kad baru anda, penyata terkini dalam kad lama anda sepatutnya mempunyai baki kosong.
Langkah 7 Jika ia memanfaatkan anda, batalkan kad kredit lama anda. Tetapi pastikan and faham bagaimana ia boleh memberi kesan kepada anda.
Langkah 8 Pindahan baki anda berjaya. Teruskan komitmen membayar secara bulanan bagi kad baru anda untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin mengetahui kebenaran yang mengejutkan tentang perbelanjaan kad kredit di Malaysia.

Menghadapi kesulitan untuk memilih kad kredit yang menawarkan pindahan baki terbaik? Anda mungkin ingin daftar masuk ke carta perbandingan pindahan baki iMoney untuk menentukan pilihan yang sesuai bagi keperluan anda. 

The post Panduan Langkah Demi Langkah Dalam Membuat Pindahan Baki Kad Kredit appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/panduan-langkah-demi-langkah-dalam-membuat-pindahan-baki-kad-kredit/feed 0
Adakah Anda Bersedia Daripada Segi Kewangan Untuk Membeli Rumah? https://www.imoney.my/articles/adakah-anda-bersedia-daripada-segi-kewangan-untuk-membeli-sebuah-rumah-di-malaysia Wed, 27 Mar 2013 03:39:06 +0000 http://www.imoney.my/articles/?p=4446 home loan in Malaysia*Artikel ini juga terdapat di www.starproperty.my. Memiliki rumah anda sendiri adalah impian utama untuk sesiapa sahaja. Tetapi dengan nilai-nilai kediaman yang meningkat dan beban tempoh pembayaran balik pinjaman yang boleh berpanjangan hingga 30 tahun atau lebih, membeli dan membiayai rumah bukan hanya setakat berkata “Saya sukakannya” dan menurunkan tandatangan. Ia adalah sesuatu yang patut dilakukan... View Article

The post Adakah Anda Bersedia Daripada Segi Kewangan Untuk Membeli Rumah? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
Kebanyakan pakar kewangan menyarankan anda supaya memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah.

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan anda supaya memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah.

*Artikel ini juga terdapat di www.starproperty.my.

Memiliki rumah anda sendiri adalah impian utama untuk sesiapa sahaja. Tetapi dengan nilai-nilai kediaman yang meningkat dan beban tempoh pembayaran balik pinjaman yang boleh berpanjangan hingga 30 tahun atau lebih, membeli dan membiayai rumah bukan hanya setakat berkata “Saya sukakannya” dan menurunkan tandatangan. Ia adalah sesuatu yang patut dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati.

Kepada semua warga Malaysia yang bercita-cita tinggi dan giat mempertimbangkan pembelian rumah dengan mengambil pinjaman, berikut adalah tiga perkara untuk menentukan sama ada anda bersedia daripada segi kewangan untuk melakukan usaha yang boleh mengubah hidup ini.

1) Adakah Anda Mempunyai Wang Yang Cukup Untuk Kos-Kos Pendahuluan?

Di Malaysia, kebanyakan bank menawarkan 90% daripada harga rumah (margin pembiayaan) untuk dua milik kediaman pertama anda. Jika anda menerima 90% tersebut, anda perlu 10% wang untuk membayar  baki harga kediaman berkenaan.

Katakanlah anda mensasarkan untuk membeli kondo di Cheras beranggaran RM400,000, anda mesti mempunyai minimum RM40,000 untuk membayar pendahuluan, sama ada daripada simpanan anda atau wang daripada ibu bapa anda atau adik-beradik.

2) Adakah Anda Mempunyai Wang Yang Lebih Untuk Pelbagai Yuran Dan Caj?

Pembeli-pembeli rumah yang masih baru mungkin tidak tahu; tapi membeli dan membiayai rumah memerlukan lebih daripada deposit dan pinjaman, ia juga melibatkan pelbagai yuran dan caj termasuk:

1. Duti setem pemindahan hak milik (juga dikenali sebagai memorandum tukar hak milik atau MOT) = 1% bagi RM100,000 pertama; 2% bagi RM400,000 seterusnya, dan 3% pada jumlah berikutnya.
2. Perjanjian Jual & Beli (“SPA”) yuran guaman = 1% bagi RM150,000 pertama dan 0.7% bagi nilai baki rumah dalam lingkungan RM1 juta
3. Setem untuk SPA = Kurang daripada seratus Ringgit
4. Yuran Pembayaran Guaman SPA = Beberapa ratus Ringgit
5. Yuran Guaman Perjanjian Kemudahan Pinjaman = 1% bagi RM150,000 pertama dan 0.7% bagi nilai baki pinjaman dalam lingkungan RM1 juta
6. Setem duti untuk pinjaman = 0.5% daripada jumlah pinjaman
7.Yuran pembayaran guaman Perjanjian Kemudahan Pinjaman = Beberapa ratus Ringgit
8. Yuran pemindahan hak milik = Beberapa ratus Ringgit
9. Insurans Pengurangan Tempoh Gadaian (cth anggap ia sebagai insurans nyawa untuk pinjaman rumah anda) = RM1,000 atau lebih (sesetengah bank mengecualikan jumlah ini)
10. Cukai Kerajaan atas Perjanjian = 6% daripada jumlah keseluruhan yuran peguam
11. Yuran pemprosesan bank untuk pinjaman = RM200

*Nota: Peratusan adalah berdasarkan angka dan purata industri yang disarankan. Angka sebenar mungkin berbeza.

Dalam perspektif, sebuah rumah bernilai RM400,000 dengan 90% margin pembiayaan adalah hampir RM20,000 dalam yuran dan caj – yang perlu ditanggung oleh anda, si pembeli. Sekarang pertimbangkan ini: adakah anda mempunyai wang untuk menjayakannya?

homeloan-728x90-bm

3) Adakah Anda Mampu Membayar Ansuran Bulanan?

Kecuali anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli rumah dengan wang pendahuluan (yang mana artikel ini mungkin bukan untuk anda), anda perlu mendapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk membantu membayar rumah anda.

Berdasarkan kadar pasaran semasa 4.2% ke 4.4% p.a. faedah untuk pinjaman rumah piawaian, anda perlu membayar minimum RM1,760 setiap bulan selama tempoh 30 tahun untuk 90% pinjaman bagi membiayai rumah bernilai RM400,000. Untuk mengira dengan cepat ansuran bulanan yang dicaj oleh bank-bank Malaysia untuk pinjaman rumah bagi sebarang nilai, anda boleh menggunakan kalkulator dalam talian.

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan supaya anda memperuntukkan tidak lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pendapatan anda untuk membayar pinjaman rumah, dan ini bermakna anda atau seisi rumah patut mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,280 setiap bulan untuk mampu memiliki rumah bernilai RM400,000.

Ingat yang bank-bank Malaysia biasanya membenarkan anda untuk memegang pinjaman (termasuk komitmen untuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya) sehingga 80% daripada pendapatan anda jika anda mempunyai kredit skor yang agak baik, jadi anda sentiasa boleh memilih untuk menaikkan ansuran bulanan anda dan memendekkan tempoh pinjaman. Tetapi pastikan anda telah membuat pengiraan dan memahami implikasi-implikasi kewangan sebelum melakukannya!

Bagaimana Jika Saya Tidak Layak?

Kepada anda yang boleh menanggung ansuran bulanan tetapi tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bayaran pendahuluan dan yuran guaman serta caj, harapan masih ada.

Sebagai permulaan, anda mungkin ingin mempertimbangkan kediaman dengan SPA dan perjanjian kemudahan pinjaman percuma untuk menjimatkan ribuan ringgit dalam yuran guaman. Ini sepatutnya mudah kerana kebanyakan projek perumahan baru menanggung kos-kos perjanjian guaman untuk pembeli-pembeli rumah.

Untuk mengurangkan bayaran permulaan yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah, cari secara aktif kediaman-kediaman dengan bayaran pendahuluan yang rendah. Kebanyakan pemaju-pemaju sekarang menawarkan harga kompetitif atau “easy entry” pakej-pakej penjualan termasuk rebat antara 2% hingga 10% daripada harga rumah.

Akhir sekali, membeli rumah adalah satu keputusan serius yang tidak patut diambil mudah. Walaupun memiliki rumah di kawasan mewah selalunya sesuatu yang baik, anda patut sentiasa mempertimbangkan kedudukan kewangan apabila membeli rumah, supaya anda tidak menanggung beban yang berat untuk beberapa dekad yang seterusnya. Diharap artikel ini boleh membantu sebagai panduan am untuk semua warga Malaysia yang sedang memikirkan untuk membeli rumah pada masa ini.

The post Adakah Anda Bersedia Daripada Segi Kewangan Untuk Membeli Rumah? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya? https://www.imoney.my/articles/pemindahan-baki-kad-kredit-apakah-dia-dan-bagaimana-ia-boleh-memberi-manfaat-kepada-anda https://www.imoney.my/articles/pemindahan-baki-kad-kredit-apakah-dia-dan-bagaimana-ia-boleh-memberi-manfaat-kepada-anda#respond Thu, 24 Jan 2013 13:32:49 +0000 http://blog.imoney.my/?p=3393 Bertimbun hutang kad kredit? Tak larat lagi nak berdepan dengan caj kewangan melampau yang dikenakan atas baki belum jelas? Anda mungkin kena fikir masuk Program Pemindahan Baki Kad Kredit, yang akan mengurangkan bayaran faedah yang anda kena bayar atas baki kad kredit anda. Apa dia Pemindahan Baki Kad Kredit? Seperti namanya, Pemindahan Baki Kad Kredit... View Article

The post Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Bertimbun hutang kad kredit? Tak larat lagi nak berdepan dengan caj kewangan melampau yang dikenakan atas baki belum jelas? Anda mungkin kena fikir masuk Program Pemindahan Baki Kad Kredit, yang akan mengurangkan bayaran faedah yang anda kena bayar atas baki kad kredit anda.

Apa dia Pemindahan Baki Kad Kredit?

Seperti namanya, Pemindahan Baki Kad Kredit ialah pemindahan baki belum jelas dalam akaun kad kredit anda kepada akaun kad kredit baru dengan bank baru (atau syarikat kad kredit baru).

Manfaat mengikuti program Pemindahan Baki Kad Kredit

Kadar faedah rendah
Bank dan syarikat kad kredit rancak menggalakkan Pemindahan Baki Kad Kredit sebagai cara menarik pelanggan berpindah kepada mereka. Jadi mereka selalunya menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan yang dikenakan oleh bank sedia ada anda. Ringkasnya, anda akan membayar bil kad kredit yang lebih rendah dalam jangka panjang.

Tempoh tanpa faedah
Banyak syarikat kad kredit akan memberi tempoh tanpa faedah kepada pelanggan Pemindahan Baki Kad Kredit (iaitu, baki belum jelas anda tidak dikenakan faedah untuk tempoh tertentu). Bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih, tempoh tanpa faedah boleh jadi beberapa bulan atau beberapa tahun.

Penyatuan beberapa akaun kad kredit
Bagi mereka yang mempunyai sebilangan kad kredit, Pemindahan Baki Kad Kredit membolehkan anda menyatukan akaun-akaun kad kredit anda menjadi satu akaun. Anda tak perlu lagi mengingati pelbagai tarikh bayaran dan pelbagai fasal syarat setiap kad kredit…yang mana akan meringkas dan memudahkan anda mengurus penggunaan kad.

Mengurus hutang kad kredit
Melalui proses mencari kadar faedah yang paling rendah dan memilih pelan yang paling sesuai, Pemindahan Baki Kad Kredit memaksa anda meneliti kedudukan sebenar akaun kad kredit anda. Jika anda buntu bagaimana nak bayar balik baki yang telah terkumpul selama beberapa tahun, Pemindahan Baki Kad Kredit mungkin dapat bantu memulakan penyelesaiannya.

Suka artikel ini? Anda mungkin nak tahu dengan lebih mendalam pasal apa yang anda perlu tahu tentang pemindahan baki kad kredit.

Selain itu, lihat jadual perbandingan pemindahan baki iMoney dan pilih yang sesuai untuk anda!

The post Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya? appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/pemindahan-baki-kad-kredit-apakah-dia-dan-bagaimana-ia-boleh-memberi-manfaat-kepada-anda/feed 0
Bagaimana Nak Elak Bayaran Faedah Kad Kredit Dan Lain-Lain Caj https://www.imoney.my/articles/bagaimana-untuk-elakkan-membayar-faedah-kad-kredit-dan-lain-lain-caj-yang-tidak-perlu-bm https://www.imoney.my/articles/bagaimana-untuk-elakkan-membayar-faedah-kad-kredit-dan-lain-lain-caj-yang-tidak-perlu-bm#respond Mon, 06 Aug 2012 07:28:13 +0000 http://blog.imoney.my/?p=1743 Kad kredit tak syak lagi adalah merupakan satu produk kewangan yang paling mudah dan menarik bagi pengguna. Dengan kad kredit, anda boleh “beli dulu, bayar kemudian” – agak sukar untuk dipercayai. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang baik tidak datang percuma. Bersama-sama ini datanglah juga yuran dan caj faedah dan lain-lainnya. Faedah kad kredit adalah caj yang... View Article

The post Bagaimana Nak Elak Bayaran Faedah Kad Kredit Dan Lain-Lain Caj appeared first on iMoney Malaysia.

]]>

Kad kredit tak syak lagi adalah merupakan satu produk kewangan yang paling mudah dan menarik bagi pengguna. Dengan kad kredit, anda boleh “beli dulu, bayar kemudian” – agak sukar untuk dipercayai. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang baik tidak datang percuma. Bersama-sama ini datanglah juga yuran dan caj faedah dan lain-lainnya.

Faedah kad kredit adalah caj yang bank kenakan atas peluang yang diberi untuk kita beli barangan dan perkhidmatan tanpa membayar terlebih dahulu. Caj faedah adalah cara bank buat duit. Selain itu, bank juga mengenakan caj Bayaran Lebih Had, Yuran Pembayaran Lewat, Yuran Pendahuluan Tunai dan sebagainya.

Orang sering tak sedar atau terperangkap dengan syarat-syarat ini. Di bawah, kami kemukakan beberapa langkah mudah yang anda boleh ambil bagi mengelak dari membayar yuran dan caj yang tak perlu (atau sekurang-kurangnya membayar kurang dari itu!):

Bayar baki belum jelas anda sepenuhnya

Cara PALING MUDAH (dan anda pasti telah mendengarnya sebelum ini) adalah dengan membayar baki belum jelas anda sepenuhnya pada setiap bulan. Tiada baki tertunggak, tiada caj faedah.

Ambil kesempatan dari Pelan Pemindahan Baki

Mengambil Pelan Pindahan Baki 0% adalah salah satu cara untuk mengelak dari membayar banyak faedah. Walau bagaimanapun, perancangan ini biasanya hanya bertahan untuk tempoh yang singkat. Jika anda mempunyai baki tertunggak yang besar, pastikan anda mengambil kesempatan atas pelan pemindahan baki yang ditawarkan oleh bank-bank!

Tahu bila tempoh bebas faedah anda tamat

Kebanyakan kad kredit datang dengan tempoh tangguh atau bebas faedah (biasanya sekitar 20 hari) di mana pembelian yang dibuat pada masa ini tak dikenakan caj faedah. Ambil kesempatan atas tempoh ini dan bayar baki anda sebelum tempoh bebas faedah tamat.

Minimumkan penggunaan pendahuluan tunai

Mengeluarkan wang tunai yang bukan milik anda akan sentiasa menggoda, tetapi tiada cara anda boleh dapat wang tunai tanpa membayar lebih sebagai balasan. Biasanya bank akan kenakan kadar faedah yang sangat tinggi dan juga yuran ke atas mana-mana pendahuluan tunai, jadi cuba minimumkan penggunaannya.

Bayar bil kad kredit anda pada masanya

Yuran Pembayaran Lewat adalah benar-benar tak perlu. Bayar pada masa, setiap masa, dan anda dapat jimat beratus ringgit setahun!

Jejakki perbelanjaan anda dan elakkan dari melebihi had kredit anda

Sebaik sahaja anda melebihi had kredit anda, bank akan kenakan Bayaran Lebih Had pada anda secara automatik. Dengan sedikit usaha memantau perbelanjaan anda, anda boleh elakkan dari kena bayar yuran Lebih-Had yang tak perlu ini!

Seperti yang anda boleh lihat, ada banyak cara bank boleh kenakan bayaran pada anda bila anda guna kad kredit. Banyak dari yuran dan caj ini adalah tak perlu dan boleh dielakkan, maka jadilah pengguna yang bijak dan berhenti membayar yuran ini dari sekarang. Anda akan terkejut berapa banyak anda boleh jimat!

Suka artikel ini? Sekarang lihat adakah anda sedang melakukan kesalahan biasa kad kredit ini!

The post Bagaimana Nak Elak Bayaran Faedah Kad Kredit Dan Lain-Lain Caj appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/bagaimana-untuk-elakkan-membayar-faedah-kad-kredit-dan-lain-lain-caj-yang-tidak-perlu-bm/feed 0
5 Kesilapan Kad Kredit Yang Hampir Semua Orang Buat https://www.imoney.my/articles/5-kesilapan-kad-kredit-yang-hampir-semua-orang-buat-bm https://www.imoney.my/articles/5-kesilapan-kad-kredit-yang-hampir-semua-orang-buat-bm#respond Sat, 14 Jul 2012 03:33:59 +0000 http://blog.imoney.my/?p=1738 Sesetengah orang mungkin prejudis terhadap penggunaan kad kredit kerana bimbang mereka akan berakhir dengan hutang yang terlalu banyak. Ini satu sebab yang munasabah, tapi jika kad kredit digunakan dengan sewajarnya, anda boleh buat penjimatan lebih banyak dari apa yang anda fikirkan! Berikut adalah lima kesilapan kad kredit yang ramai orang sering buat, terutamanya pengguna baru.... View Article

The post 5 Kesilapan Kad Kredit Yang Hampir Semua Orang Buat appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
sign for home loan

Sesetengah bank menawarkan 0% atau kadar faedah yang lebih rendah apabila anda pindahkan baki kad kredit anda ke kad baru anda. Namun, tawaran ini biasanya hanya untuk suatu tempoh tertentu

Sesetengah orang mungkin prejudis terhadap penggunaan kad kredit kerana bimbang mereka akan berakhir dengan hutang yang terlalu banyak. Ini satu sebab yang munasabah, tapi jika kad kredit digunakan dengan sewajarnya, anda boleh buat penjimatan lebih banyak dari apa yang anda fikirkan!

Berikut adalah lima kesilapan kad kredit yang ramai orang sering buat, terutamanya pengguna baru.

Kesilapan #1 – Tidak memeriksa laporan kredit peribadi anda

Laporan kredit peribadi anda seperti kad laporan kepada bank. Anda perlu pastikan bahawa maklumat dalam laporan kredit anda adalah tepat. Pastikan laporan anda tidak senaraikan sebarang hutang yang anda tak buat. Penyenaraian yang tidak tepat boleh membuatkan anda kelihatan seperti seseorang yang mempunyai kredit yang sedikit, sekali gus mengurangkan peluang anda mendapatkan kad kredit (atau apa-apa pinjaman) dari bank. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda nak dapatkan laporan kredit anda, ikutlah arahan di laman web Bank Negara di sini

Kesilapan #2 – Tidak menyemak perbelanjaan kad kredit anda

Sebaik sahaja anda dapat kad kredit, anda mungkin akan terdorong untuk menggunakannya setiap masa, dan tak peduli dengan apa yang anda belanjakan. Itu adalah satu kesilapan BESAR. Hutang boleh terkumpul dengan cepat jika anda tak selidiki perbelanjaan anda dengan teliti. Dengan menyelidikki perbelanjaan, anda boleh pastikan perbelanjaan anda berada dalam lingkungan bajet bulanan, sekali gus mengelakkan sebarang situasi hutang.

Kesilapan #3 – Lupa tarikh potong pemindahan baki

Sesetengah bank menawarkan 0% atau kadar faedah yang lebih rendah apabila anda pindahkan baki kad kredit anda ke kad baru anda. Namun, tawaran ini biasanya hanya untuk suatu tempoh tertentu (syarat-syarat yang biasanya ditulis dalam cetak halus yang ramai orang tak peduli membacanya). Ketahui bila tempoh akhir baki pemindahan dan pastikan anda jelaskan baki tertunggak sebelum tarikh tamat tempoh jika tak mahu terkejut nanti.

Kesilapan #4 – Tidak memadankan rekod kad kredit anda

Jika anda tak semak perbelanjaan kad kredit anda (kesilapan # 2), anda mungkin tak memadankan rekod kad kredit anda . Penyemakan dan pemadanan rekod kad kredit peribadi anda dengan rekod pengeluar kad kredit anda boleh bantu mengesan sebarang kesilapan mahupun penipuan transaksi.

Kesilapan #5 – Kegagalan mengemaskini arahan pembayaran automatik

Untuk kemudahan, ramai orang menguruskan pembayaran automatik bil setiap bulan menggunakan kad kredit mereka. Apakah akan berlaku jika kad lama tamat tempoh dan anda diberi satu kad baru? Arahan tersedia sering dilupakan. Bil mungkin dibiarkan tak berbayar, mengakibatkan gangguan perkhidmatan dan bayaran tertunggak. Ini tak baik untuk laporan kredit anda.

The post 5 Kesilapan Kad Kredit Yang Hampir Semua Orang Buat appeared first on iMoney Malaysia.

]]>
https://www.imoney.my/articles/5-kesilapan-kad-kredit-yang-hampir-semua-orang-buat-bm/feed 0