{"id":19060,"date":"2015-09-22T13:46:35","date_gmt":"2015-09-22T05:46:35","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=19060"},"modified":"2018-01-12T10:02:34","modified_gmt":"2018-01-12T02:02:34","slug":"pertahankan-hak-pelaburan-anda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/pertahankan-hak-pelaburan-anda","title":{"rendered":"Pertahankan Hak Pelaburan Anda"},"content":{"rendered":"

Artikel ini ditaja oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di bawah inisiatif InvestSmart itu.<\/em><\/p>\n

\"securities-commission-malaysia\"<\/a>\u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0\"invest<\/a><\/p>\n

Bayangkan anda baru sahaja membuat pelaburan pertama anda dalam pasaran saham di mana anda kini dengan bangganya merupakan pemunya saham Astro Malaysia Holdings Berhad. Selaku pemunya sebahagian syarikat tersebut, adakah ini bermaksud bahawa anda dan keluarga anda kini boleh menikmati perkhidmatan satelit TV secara percuma? Adakah ini juga bermaksud bahawa anda juga kini mempunyai akses ke semua saluran yang ditawarkan, termasuklah pakej sukan yang anda sebelum ini tidak langganipun kerana harganya yang sangat mahal? Walaupun manfaat-manfaat sebagai pemegang saham yang disebutkan tadi hampir mustahil untuk berlaku, namun ia membuatkan kita berfikir sejenak.<\/p>\n

Apakah hak-hak dan keistimewaan anda sebagai pemegang saham? Dalam artikel ini, kita akan fokus untuk memberikan ilustrasi mengenai hak-hak dan keistimewaan sebagai seorang pemegang saham.<\/p>\n

Apabila anda melabur dalam saham, secara automatik anda menjadi pemunya sebahagian kecil syarikat yang anda laburkan itu. Perkara ini merupakan suatu titik kejayaan kerana saham anda itu datang bersama pelbagai hak-hak yang anda boleh manfaatkan. Realitinya, kebanyakan pelabur tidak sedar akan hak-hak mereka sebagai pelabur, apatah lagi bilangan mereka yang memanfaatkan hak-hak tersebut. Dengan mengetahui hak-hak anda sebagai pelabur, anda boleh melindungi serta menjaga kewangan, meminimumkan risiko pelaburan dan memaksimakan pelaburan anda secara efisien.
\nPemegang-pemegang saham memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan hak-hak mereka. Dengan melaksanankan hak-hak anda sebagai pemegang saham sesebuah syarikat, secara tidak langsung anda mewujudkan transparensi, integriti, dan akauntabiliti oleh pihak lembaga pengarah seterusnya memupuk tadbir urus korporat yang baik (good corporate governance).<\/em><\/p>\n

<\/span>1.\u00a0Menghadiri mesyuarat pelabur<\/strong><\/span><\/h2>\n

Sebagai seorang pemegang saham, anda berhak untuk menghadiri mesyuarat pemegang saham di syarikat yang anda laburkan itu. Dalam mesyuarat tersebut, pihak syarikat kebiasaannya akan membentangkan prestasi kewangan berserta perancangan syarikat di masa hadapan. Mesyuarat ini merupakan satu platform agar pelabur-pelabur faham dengan jelas terhadap hala tuju syarikat, untuk bertanya soalan kepada pihak pengurusan mengenai prestasi syarikat yang lepas serta plan-plan di masa hadapan dan untuk memastikan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam melindungi demokrasi korporat.<\/p>\n

Kesimpulannya, hak-hak utama pemegang saham berkaitan dengan mesyuarat agung adalah:<\/p>\n