{"id":22306,"date":"2016-03-08T10:03:22","date_gmt":"2016-03-08T02:03:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=22306"},"modified":"2018-09-04T16:48:50","modified_gmt":"2018-09-04T08:48:50","slug":"ditolak-lagi-dapatkan-penglulusan-permohonan-kad-kredit-anda-sekarang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/ditolak-lagi-dapatkan-penglulusan-permohonan-kad-kredit-anda-sekarang","title":{"rendered":"Ditolak Lagi? Dapatkan Penglulusan Permohonan Kad Kredit Anda Sekarang!"},"content":{"rendered":"

Penolakan sangat menyakitkan hati. Walaupun permohonan kad kredit dianggap sebagai sesuatu yang tidak beremosi, prosesnya tidak begitu mudah. Apabila permohonan anda ditolak, besar kemungkinannya anda akan berasa sedih.<\/p>\n

Jika permohonan anda ditolak, janganlah putus asa! Cari sebab permohonan anda tidak memenuhi kriteria bank, baiki masalah tersebut dan anda akan mendapat kad kredit yang diinginkan.<\/p>\n

Berikut adalah tiga langkah untuk mendapatkan penglulusan permohonan kad kredit anda!<\/p>\n

<\/span>Langkah 1: Mengetahui sebab penolakan permohonan kad kredit anda<\/strong><\/span><\/h2>\n

Menerima surat penolakan permohonan daripada bank boleh menghancurkan harapan anda untuk mendapatkan kad kredit yang terbaik untuk anda.<\/p>\n

Tetapi sebelum anda membakar surat penolakan itu, fikirkanlah sebab bank tersebut menolak permohonan anda. Semak surat itu sama ada sebab penolakan dicatatkan. Kebanyakan bank tidak akan memberitahu anda sebab penolakan.<\/p>\n

Oleh itu, anda perlu memanggil bank tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang penolakan permohanan anda. Biasanya, bank tidak mendedahkan informasi ini, jadi anda mesti menggunakan inisiatif sendiri untuk memanggil pihak yang berkaitan.<\/p>\n

Di sini adalah beberapa alasan biasa yang boleh mengakibatkan permohonan kad kredit anda dinafikan:
\n<\/a><\/p>\n

\"\"<\/p>\n

Dengan meneliti kriteria bank untuk penglulusan permohonan kad kredit, anda boleh membetulkan kesilapan tedahulu sebelum permohonan seterusnya!<\/p>\n

<\/span>Langkah 2: Bersihkan laporan kredit anda<\/span><\/h2>\n

Daripada semua alasan yang digunakan untuk menafikan permohonan kad kredit anda, laporan kredit yang buruk adalah paling penting dan sukar untuk dibetulkan. Ia juga akan mengambil masa yang panjang untuk membetulkan laporan kredit anda. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang diuruskan oleh Biro Kredit ialah tempat penyimpanan laporan pinjaman dan maklumat kredit orang awam Malaysia dalam tempoh 12 bulan lepas. Laporan ini juga disediakan untuk semua individu dan institusi kewangan dalam negara ini.<\/p>\n

Dalam laporan ini, anda dapat melihat baki pinjaman (seperti pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf), akaun-akaun khusus (seperti pinjaman tidak berbayar atau di bawah program pengurusan hutang khas seperti AKPK), dan permohonan kredit atau pinjaman.<\/p>\n

Maklumat seperti baki jumlah pinjaman dan pembayaran juga dimasukkan dalam laporan ini.\u00a0 Jadi, institusi kewangan boleh menentukan jika anda boleh menjelaskan hutang dengan baik\u00a0 serta menentukan nisbah biaya (DSR) hutang anda, yang akan dijelaskan di bawah.<\/p>\n

Dapatkan satu salinan laporan CCRIS anda sekarang dan jika laporan anda tidak kurang memuaskan, cuba mengambil langkah untuk memperbaikinya. Langkah-langkah ini termasuk:<\/p>\n

\"\"<\/p>\n

Jika anda mempunyai disiplin untuk memelihara tiga langkah yang tersebut untuk enam sehingga 12 bulan, skor kredit anda pasti akan meningkat. Anda boleh memeriksa laporan CCRIS anda sebelum membuat permohonan kad kredit yang diingini sekali lagi.<\/p>\n

Anda juga boleh melaporkan kepada pihak Biro Kredit jika skor kredit anda didapati mempunyai kesilapan.<\/p>\n

<\/span>3. Mengurangkan nisbah hutang kepada pendapatan<\/span><\/h2>\n

Juga dikenali sebagai nisbah bayaran khidmat hutang (DSR), peminjam boleh mengukur pembayaran hutang setiap bulan berdasarkan pendapatan anda. Mereka menggunakan konsep ini sebagai alat ukur sebelum meluluskan kad kredit anda. Nisbah ini dinyatakan dalam bentuk peratus, jadi yang mempunyai lebih rendah peratusan, dikira lebih baik.<\/p>\n

Misalnya, Amy mempunyai pendapatan RM4,500 sebulan dan dia mempunyai pembayaran hutang berjumlah RM2,000 setiap bulan. Ini juga termasuk hutang kad kredit, pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi. Nisbah DSR Amy adalah 44%, iaitu RM2,000 (hutang) yang dibahagikan dengan RM4,500 (pendapatan).<\/p>\n

Dari contoh tersebut, Amy mungkin tidak akan dapat kad kredit yang diingini kerana nisbah hutang kepada pendapatannya terlalu tinggi.<\/p>\n

Mengambil pinjaman kewangan yang terlalu besar berbanding dengan pendapatan bulanan anda boleh mempunyai akibat yang parah. Apabila hutang anda bertambah, skor kredit anda akan merosot serta proses mendapatkan pinjaman bank yang lain akan menjadi lebih sukar.<\/p>\n

Jika DSR ialah sebab utama kad kredit anda dinafikan, rujuklah langkah-langkah ini untuk menolong permohonan anda:<\/p>\n