{"id":2348,"date":"2024-10-17T17:10:35","date_gmt":"2024-10-17T09:10:35","guid":{"rendered":"http:\/\/blog.imoney.my\/?p=2348"},"modified":"2024-10-18T11:18:43","modified_gmt":"2024-10-18T03:18:43","slug":"apakah-simpanan-tetap-bagaimana-simpanan-tetap-berfungsi-bm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/apakah-simpanan-tetap-bagaimana-simpanan-tetap-berfungsi-bm","title":{"rendered":"Apakah Simpanan Tetap? Bagaimana Simpanan Tetap Berfungsi?"},"content":{"rendered":"

Simpanan tetap<\/a>, atau lebih dikenali sebagai \u201cFixed Deposit\u201d adalah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dana tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.<\/p>\n

\"simpanan<\/a><\/p>\n

Dalam pelaburan simpanan tetap, faedah hanya akan dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Ini berlainan dengan akaun simpanan biasa di mana faedah dikira setiap hari dan selalunya dibayar di hujung setiap bulan. Oleh kerana tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, lebih mudah untuk anda mengira jumlah faedah yang bakal diperolehi pada hujung tempoh pelaburan simpanan tetap.<\/p>\n

<\/span>Bagaimanakah simpanan tetap berfungsi?<\/span><\/h2>\n

Apabila anda membuka akaun simpanan tetap, anda mempunyai pilihan untuk memilih tempoh simpanan. Selepas memilih tempoh simpanan, anda bersetuju untuk mengetepikan wang anda sepanjang tempoh tersebut (satu bulan, tiga bulan, enam bulan, satu tahun, atau sebagainya). Tempoh simpanan adalah berbeza di antara satu bulan sehingga lima tahun.<\/p>\n

Setiap tempoh atau jangka masa pelaburan memberikan kadar faedah yang berbeza. Sebagai contoh, kebiasaannya pihak bank akan menetapkan kadar faedah simpanan tetap seperti jadual di bawah:<\/p>\n\n\n\n\n\t\n\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t
Tempoh\/Jangka Masa<\/center><\/th>
Kadar Faedah (% p.a.)<\/center><\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n
1 bulan <\/center><\/td>
2.00<\/center><\/td>\n<\/tr>\n
2 bulan <\/center><\/td>
2.00<\/center><\/td>\n<\/tr>\n
3 bulan <\/center><\/td>
2.05<\/center><\/td>\n<\/tr>\n
6 bulan <\/center><\/td>
2.10<\/center><\/td>\n<\/tr>\n
12 bulan <\/center><\/td>
2.15<\/center><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n\n

Berdasarkan contoh di atas, jika anda mempunyai akaun simpanan tetap selama 12 bulan, kadar faedah tahunan anda adalah 2.15% di penghujung tempoh tiga bulan tersebut. Jika anda menyimpan sebanyak RM10,000 selama 12 bulan, dengan kadar faedah 2.15%, anda akan diberikan pulangan sebanyak RM215 di penghujung tempoh simpanan.<\/p>\n

Kebiasaannya, lebih lama tempoh simpanan anda, lebih tinggi kadar faedah yang akan ditetapkan. Juga, pihak bank akan menawarkan kadar simpanan tetap pada kadar istimewa, jadi anda dinasihati untuk sentiasa menyemak tawaran simpanan tetap.<\/p>\n

<\/span>Bagaimana jika anda mengeluarkan simpanan sebelum tempoh simpanan tamat?<\/span><\/h2>\n

Jika anda mengeluarkan simpanan anda sebelum tempoh simpanan tetap anda tamat, anda berkemungkinan untuk kehilangan sebahagian atau kesemua faedah anda.<\/p>\n

Jadi, sebelum anda menyimpan jumlah yang banyak di dalam simpanan tetap anda, pertimbangkan dahulu jika anda memerlukan wang tersebut untuk ketidaktentuan masa terdekat.<\/p>\n

Sesetengah pelabur menyimpan simpanan tetap yang berbeza dengan tempoh simpanan yang berbeza (lebih dikenali sebagai Simpanan Tetap Bertingkat<\/strong>). Sebagai contoh, katakan anda mempunyai RM30,000, anda boleh menyimpan RM10,000 untuk tempoh setahun, RM10,000 lagi untuk tempoh dua tahun dan RM10,000 yang terakhir untuk tempoh tiga tahun. Cara pembahagian simpanan ini akan memudahkan anda untuk mengakses simpanan tersebut.<\/p>\n

<\/span>Apakah jenis simpanan tetap yang tersedia?<\/span><\/h2>\n

Berikut adalah beberapa simpanan tetap yang tersedia di Malaysia:<\/p>\n