{"id":23990,"date":"2016-05-10T10:04:16","date_gmt":"2016-05-10T02:04:16","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=23990"},"modified":"2021-07-28T10:44:00","modified_gmt":"2021-07-28T02:44:00","slug":"4-kos-perkahwinan-biasa-yang-anda-perlu-pertimbangkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/4-kos-perkahwinan-biasa-yang-anda-perlu-pertimbangkan","title":{"rendered":"4 Kos Perkahwinan Biasa Yang Anda Perlu Pertimbangkan"},"content":{"rendered":"
Majlis perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan. Walau bagaimanapun, kos majlis perkahwinan semakin meningkat berikutan kenaikan kos hidup di negara ini. Oleh itu, lebih banyak bakal pengantin memilih untuk berjimat cermat dalam merancang perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.<\/p>\n
Namun, ramai mendapati bahawa bajet yang telah ditetapkan tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung beberapa caj \u2018tersembunyi\u2019 yang sering dilepas pandang.<\/p>\n
Imej dari Direktorat Jenderal\u00a0Bimbingan Masyarakat Islam<\/i><\/span><\/p><\/div>\n Seperti yang kita maklum, setiap pasangan beragama Islam yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam di negeri masing-masing.<\/p>\n Walaupun kos kursus ini boleh dianggap rendah, iaitu sekitar RM100 ke RM150 seorang, ia tetap menjadi beban kepada pengantin yang kurang berkemampuan. Kos tambahan seperti kos pengangkutan ke lokasi kursus, kos penginapan and kos makan minum juga perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin bekerja di luar negeri atau luar negara dan terpaksa menghadiri kursus ini di daerah asal mereka.<\/p>\n Selain itu, terdapat juga pengantin yang ingin mengikut trend terkini, lalu melangsungkan majlis akad nikah dan majlis resepsi pada hari yang berlainan.<\/p>\n