{"id":24603,"date":"2016-06-08T10:59:52","date_gmt":"2016-06-08T02:59:52","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=24603"},"modified":"2018-01-12T10:07:44","modified_gmt":"2018-01-12T02:07:44","slug":"permohonan-skim-mydeposit-untuk-membeli-rumah-pertama-anda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/permohonan-skim-mydeposit-untuk-membeli-rumah-pertama-anda","title":{"rendered":"Permohonan Skim MyDeposit Untuk Membeli Rumah Pertama Anda"},"content":{"rendered":"
Pendapatan purata isi kediaman di Malaysia pada tahun 2014 adalah RM4,585 sebulan. Oleh itu, anggaran harga rumah yang boleh dimampu oleh keluarga berpendapatan sederhana sebegini adalah RM165,000.<\/p>\n
Walaubagaimanapun, realiti adalah ianya agak susah bagi kita untuk memiliki rumah yang cukup besar untuk satu keluarga pada harga tersebut. Contohnya, di Petaling Jaya, harga paling rendah bagi sebuah pangsapuri tiga bilik dengan keluasan 850 kaki persegi adalah RM205,000. Harga ini adalah RM40,000 lebih tinggi daripada harga kemampuan.<\/p>\n
Pada masa kini, ramai keluarga berpendapatan sederhana semakin terbeban dan tidak dapat memilki rumah tersendiri akibat kenaikan harga rumah. Ini bukan sahaja dialami di Malaysia, tetapi juga di beberapa pelosok dunia. Ini adalah satu-satu perkara yang merisaukan di kalangan negara-negara membangun yang lain.<\/p>\n
Tidak dapat dinafikan yang kebanyakan kita menghabiskan sebahagian besar pendapatan untuk menampung bayaran pinjaman perumahan. Pada masa yang sama, harga rumah yang semakin melonjak naik dan tidak setara dengan pertambahan pendapatan telah menyebabkan segelintir daripada kita tidak berkemampuan untuk membeli kediaman sendiri.<\/p>\n
Sehubungan dengan ini, kerajaaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengawal kenaikan harga hartanah seperti langkah-langkah penyejukkan untuk mengelakkan spekulasi harga serta menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli kediaman pertama mereka.<\/p>\n
Langkah terbaru yang diperkenalkan adalah skim MyDeposit<\/a> yang telah dilancarkan oleh yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal bulan ini .<\/p>\n Skim MyDeposit diumumkan pertama kali ketika pembentangan Bajet 2016 pada bulan Oktober yang lalu. Tujuannya adalah untuk memberikan bantuan pembiayaan pembelian perumahan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai pendapatan dibawah RM10,000 sebulan.<\/p>\n Skim ini terutamanya bermanfaat bagi mereka yang menghadapi masalah dalam membiayai pembayaran wang pendahuluan pembelian kediaman.\u00a0 Kebiasaannya, pembeli kediaman pertama yang mempunyai rekod kewangan yang baik akan ditawarkan pinjaman perumahan sebanyak 90% daripada nilai kediaman tersebut, manakala baki 10% perlu dibayar secara tunai oleh pembeli sebagai bayaran pendahuluan bagi pembelian.<\/p>\n Selain daripada bayaran pendahuluan sebanyak 10% itu, pembeli juga perlu membayar bayaran tambahan sebanyak 5% untuk menampung kos-kos tambahan seperti bayaran guaman dan duti setem. Oleh itu, pembeli sentiasa dinasihatkan agar menyediakan wang tunai sebanyak 20% daripada nilai kediaman yang hendak dibeli untuk menampung bayaran pendahuluan dan kos-kos tambahan yang lain.<\/p>\n In bermakna pembeli perlu membayar RM60,000 untuk sebuah kediaman yang bernilai RM300,000. Ini adalah suatu nilai yang agak tinggi untuk ditampung oleh pembeli!<\/p>\n Kerajaan memahami kesusahan yang dihadapi oleh pembeli kediaman pertama. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta untuk skim MyDeposit ini. Skim ini membantu pembeli kediaman pertama untuk menampung kos wang pendahuluan, iaitu sebanyak 10% daripada nilai kediaman yang ingin dibeli, atau RM30,000 maksimum, mana-mana yang lebih rendah nilainya.<\/p>\n Contohnya, sekiranya anda membeli sebuah kediaman bernilai RM500,000, bayaran pendahuluan anda akan berjumlah RM50,000. Daripada jumlah ini, RM30,000 akan ditampung oleh Skim MyDeposit, manakala baki RM20,000 perlu dibayar oleh anda.<\/p>\n Walaubagaimanapun, skim ini hanya dibuka kepada pembeli kediaman yang layak dan kediaman yang dibeli hendaklah bernilai RM500,000 dan ke bawah.<\/p>\n[sc:sample_banner]\n Skim ini dilihat sebagai suatu bantuan yang sangat bermakna kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memohon skim ini.<\/p>\n Pertamanya, anda hanya diberikan masa sebanyak 30 hari untuk menandatangani perjanjian jual beli kediaman. Masa yang diberikan ini adalah sangat suntuk dan pemohon perlu sentiasa berhubung dengan peguam mereka untuk mempercepatkan proses pembelian. Ini juga bermakna yang pemohon perlu memilih kediaman yang ingin dibeli sebelum memohon skim ini. Proses kelulusan permohonan akan mengambil masa selama 2 bulan.<\/p>\n Oleh itu, semua perbincangan mengenai harga kediaman hendaklah diselesaikan sebelum membuat pemohonan dan anda perlu memaklumkan pihak penjual atau pemaju yang anda ingin memohon untuk skim MyDeposit.<\/p>\n Walaupun anda membeli kediaman menggunakan skim MyDeposit, ini tidak bermaksud yang anda dapat membeli kediaman tanpa bayaran tunai. Anda perlu memastikan yang anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar bayaran guaman dan kos-kos tambahan lain, termasuk wang tempahan kediaman berkenaan.<\/p>\n Sebelum peguam anda mendrafkan perjanjian jual beli rumah, yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan permohonan MyDeposit, anda perlu membayar wang tempahan atau booking fee<\/em> sebanyak 2% hingga 3% kepada pemaju atau agen hartanah untuk memastikan yang kediaman berkenaan tidak akan dijual kepada orang lain.<\/p>\n Selepas anda mendapat kelulusan untuk menggunakan kemudahan skim MyDeposit, anda dikehendaki menandatangani perjanjian jual beli dalam masa 30 hari daripada tarikh kelulusan. Kegagalan anda untuk menandatangani perjanjian tersebut dalam masa 30 hari akan menyebabkan kelulusan permohonan anda ditarik balik dan anda perlu membayar bayaran pendahuluan kediaman tersebut dengan wang tunai sendiri \u00a0.<\/p>\n Ini adalah suatu langkah yang berisiko tinggi kerana pada masa itu, anda setentunya sudah memulakan urusan guaman antara pembeli dan penjual. Pada peringkat itu, anda juga sudah membayar wang tempahan kediaman, kos guaman, duti setem dan kos-kos yang lain berhubung dengan pembelian rumah.<\/p>\n Walaubagaimapun, sekiranya anda yakin yang anda boleh mendapatkan kelulusan, berikut adalah\u00a0 langkah-langkah permohonan bagi\u00a0skim ini.<\/p>\n Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat tapisan bagi menentukan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dibawah skim ini.<\/p>\n Image from German Embassy Colombo<\/i><\/p><\/div>\n Pemohon hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:<\/p>\n Dokumen-dokumen sokongan yang anda perlu sediakan untuk permohonan skim ini adalah:<\/p>\n Sekiranya anda mempunyai semua ciri-ciri yang tertera di atas, anda boleh memohon skim ini secara online. Berikut adalah panduan permohonan langkah demi langkah:<\/p>\n 1. Kunjungi laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara (http:\/\/sprn.kpkt.gov.my\/sprn\/<\/a>)<\/p>\n 2. Klik PERMOHONAN BARU<\/strong> yang terletak pada bahagian atas tepi kanan laman sesawang tersebut.<\/p>\n 3. Lengkapkan borang dengan nama penuh, nombor MyKad, alamat emel dan kata laluan. Seterusnya, klik PENDAFTARAN PERMOHONAN<\/strong>dibahagian bawah borang tersebut.<\/p>\n <\/p>\n 4.\u00a0Setelah anda sudah membuka akaun tersendiri, anda akan di log masuk secara automatik. Gerakkan kursor anda ke tab MYDEPOSIT<\/strong>, dan klik PERMOHONAN BARU<\/strong>\u00a0di menu drop-down.<\/p>\n 5. Apabila anda masuk ke BORANG PERMOHONAN MYDEPOSIT<\/strong>, anda perlu melengkapkan maklumat diri dan memuat naik salinan MyKad anda.<\/p>\n 6. Sekiranya anda sudah berkahwin, anda juga perlu memuat naik salinan sijil perkahwinan anda.<\/p>\n 7. Pemohon yang sudah berkahwin hendaklah melengkapkan maklumat mengenai pasangan mereka dan\u00a0 memuat naik salinan MyKad pasangan mereka.<\/p>\n 8. Lengkapkan semua ruangan dibawah borang, termasuk maklumat mengenai pendapatan, tanggungan, kediaman yang telah dipilih, dan akhir sekali, anda perlu memuat naik laporan CCRIS anda dan pasangan anda.<\/p>\n Keterangan lanjut mengenai CCRIS boleh diakses melalui laman ini. <\/strong>Klik di sini.<\/a><\/strong><\/p>\n<\/span>Apakah itu skim My<\/strong>D<\/strong>eposit?<\/strong><\/span><\/h2>\n
<\/p>\n
<\/span>Apa yang anda perlu <\/strong>dipertimbangkan<\/strong>? <\/strong><\/span><\/h2>\n
<\/span>Siapakah yang layak memohon skim ini? <\/strong><\/span><\/h2>\n
<\/a>
\n
\n
<\/span>Bagaimanakah saya memohon skim MyDeposit?<\/strong><\/span><\/h2>\n
<\/a><\/p>\n
<\/a><\/p>\n
<\/p>\n
<\/a><\/p>\n
<\/a><\/p>\n