{"id":25942,"date":"2022-12-30T08:31:54","date_gmt":"2022-12-30T00:31:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=25942"},"modified":"2023-01-05T18:25:56","modified_gmt":"2023-01-05T10:25:56","slug":"cara-mudah-menghantar-wang-ke-luar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/cara-mudah-menghantar-wang-ke-luar-negara","title":{"rendered":"Cara Menghantar Wang Ke Luar Negara Dari Malaysia"},"content":{"rendered":"

Sebelum ini, penghantaran wang ke luar negara dari Malaysia dilakukan dengan kaedah yang rumit – sama ada dengan pemindahan bank, kiriman wang, atau cek juruwang. Kesemua kaedah ini juga terhad kepada beberapa bandar sahaja. Kini, dengan kewujudan pelbagai institusi bukan bank yang menyediakan perkhidmatan kiriman wang ke luar negara, telah menjadikan proses ini lebih mudah, cepat dan selamat.<\/p>\n

Anda mungkin menggunakan kaedah penghantaran wang ke luar negara hanya sekali, ataupun berkali-kali secara berkala. Tanpa mengira keperluan anda, terdapat pelbagai kaedah untuk menghantar wang dengan kadar caj yang rendah, terutamanya jika anda belum pernah mencuba.<\/p>\n

Anda boleh menghantar wang ke mana-mana lokasi di serata dunia melalui pelbagai penyedia perkhidmatan kiriman wang di Malaysia seperti MoneyGram, Western Union, PayPal atau melalui Penghantaran Bertelegraf Bank. Kini, anda boleh menghantar wang dengan mudah ke akaun peribadi seseorang atau ke telefon pintar penerima.<\/p>\n

<\/span>1. MoneyGram<\/strong><\/span><\/h2>\n

MoneyGram menyediakan salah satu servis penghantaran wang antarabangsa yang paling laju di dunia \u2013 dalam masa 10 minit sahaja. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan, tempoh maksimum untuk penghantaran wang adalah selama 3 hari bekerja.<\/p>\n

Penyedia perkhidmatan kiriman wang ini mempunyai kira-kira 350,000 lokasi ejen di 200 buah negara. Proses kiriman wang ini dipermudahkan lagi tanpa memerlukan akaun bank untuk penerima dan pengirim wang. Anda boleh memindahkan wang dengan jumlah maksimum sehingga US$10,000 (RM41,158) melalui MoneyGram, pada satu-satu masa.<\/p>\n

Penghantaran wang melalui MoneyGram terdiri daripada lima langkah mudah:<\/p>\n\n\n\n\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t
Langkah 1<\/strong><\/td>Semak anggaran kos penghantaran wang menggunakan MoneyGram. Secara lazimnya, MoneyGram mengenakan caj rata yang bergantung kepada jumlah yang dihantar untuk penghantaran wang, <\/a>.<\/td>\n<\/tr>\n
Langkah 2<\/strong><\/td>Pergi ke mana-mana lokasi ejen MoneyGram. Anda boleh mencari ejen MoneyGram dengan menggunakan pengesan ejen MoneyGram<\/a>.<\/td>\n<\/tr>\n
Langkah 3<\/strong><\/td>Isi Borang Penghantaran Wang untuk diserahkan kepada MoneyGram, bersama dokumen-dokumen lain seperti salinan passport, lesen memandu atau MyKad. Serahkan wang yang anda ingin kirimkan berserta dengan caj bayaran yang dikenakan.<\/td>\n<\/tr>\n
Langkah 4<\/strong><\/td>Simpan resit dan catatkan Nombor Rujukan (lapan digit).<\/td>\n<\/tr>\n
Langkah 5<\/strong><\/td>Maklumkan kepada penerima wang dan berikan mereka Nombor Rujukan tersebut.<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n\n

Sila ambil perhatian:<\/strong><\/p>\n