{"id":28916,"date":"2017-03-24T22:54:59","date_gmt":"2017-03-24T14:54:59","guid":{"rendered":"https:\/\/direct.imoney.my\/articles\/?p=28916"},"modified":"2017-03-30T14:57:01","modified_gmt":"2017-03-30T06:57:01","slug":"bagaimanakah-potongan-cukai-bulanan-pcb-berfungsi-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/bagaimanakah-potongan-cukai-bulanan-pcb-berfungsi-di-malaysia","title":{"rendered":"Bagaimanakah Potongan Cukai Bulanan (PCB) Berfungsi Di Malaysia?"},"content":{"rendered":"

Setelah selesai membuat pengiraan cukai, dan jika anda masih terkejut dengan jumlah cukai yang perlu dibayar, jangan khuatir. Anda mungkin layak untuk menerima bayaran balik cukai pendapatan selepas mengambil kira Potongan Cukai Bulanan (PCB).<\/p>\n

PCB ialah satu mekanisme di mana majikan membuat potongan gaji pekerja mereka untuk tujuan pembayaran cukai bulanan. Para majikan bergantung kepada data peribadi pekerja mereka yang telah dihantar ke Jabatan Sumber Manusia bagi tujuan pengiraan jumlah PCB setiap bulan.<\/p>\n

Oleh itu, potongan bulanan yang dibuat ini ialah jumlah bersih setelah mengambil kira pelepasan individu, pelepasan untuk isteri\/suami yang tiada pendapatan, pelepasan anak dan pembayaran zakat.<\/p>\n

PCB sebagai cukai muktamad<\/strong><\/h2>\n

Bermula dengan cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2014 (cukai yang difailkan pada tahun 2015) di Malaysia, pembayar cukai yang telah membuat PCB tidak perlu memfailkan penyata cukai pendapatan sekiranya potongan cukai bulanan yang dibuat merupakan cukai muktamad mereka. Namun, mereka perlu memfailkan cukai sekiranya ingin mengurangkan jumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai melalui pelepasan. Langkah ini dapat mengelak mereka yang tidak memfailkan cukai daripada mendapat rekod yang negatif.<\/p>\n

Namun,tiga kriteria seperti yang tertera di bawah haruslah dipenuhi:<\/p>\n