{"id":37598,"date":"2024-03-20T16:02:39","date_gmt":"2024-03-20T08:02:39","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=37598"},"modified":"2024-03-20T21:56:44","modified_gmt":"2024-03-20T13:56:44","slug":"punca-pinjaman-peribadi-ditolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/punca-pinjaman-peribadi-ditolak","title":{"rendered":"6 Punca Utama Menyebabkan Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak"},"content":{"rendered":"
Pinjaman peribadi merupakan salah satu fasiliti yang diberikan oleh institusi kewangan untuk rakyat Malaysia bagi tujuan seperti peribadi dan perniagaan. Tidak dinafikan, pinjaman peribadi telah memberi banyak kebaikan kepada individu atau peminjam.<\/p>\n
Individu yang ingin membuat pinjaman peribadi bagi tujuan kegunaan sendiri adalah seperti mengubahsuai rumah, membaiki kereta serta menyelesaikan masalah peribadi. Manakala bagi ahli perniagaan, pinjaman peribadi juga boleh dijadikan sebagai satu alat untuk mengembangkan perniagaan mereka.<\/p>\n
Namun, tidak semua pemohon yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi berjaya dan diluluskan oleh pihak bank. Hanya sebahagian sahaja yang berjaya mendapatkan pinjaman peribadi.<\/p>\n
Kami ingin kongsikan dengan anda enam (6) punca utama yang menyebabkan permohonan pinjaman peribadi anda ditolak.<\/p>\n
CCRIS atau Central Credit Reference Information System<\/em> merupakan satu laporan kredit yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia dan akan memaparkan maklumat seperti pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.<\/p>\n Bagi individu yang sudah mempunyai pinjaman dengan pihak bank, anda perlu memastikan bayaran semula kepada pihak bank dilakukan pada masa yang ditetapkan setiap bulan. Jika ini berjaya dilakukan, rekod CCRIS<\/a> anda akan kelihatan lebih cantik dan pihak bank atau institusi kewangan lebih mudah untuk memberi pinjaman peribadi kepada anda.<\/p>\n Sebelum menghantar permohonan pinjaman peribadi kepada pihak bank, anda dinasihatkan untuk melihat dahulu laporan CCRIS anda bagi memastikan tiada masalah dalam permohonan.<\/p>\n Bagaimana jika anda mempunyai masalah dengan laporan CCRIS? Salah satu fungsi pinjaman peribadi juga adalah membantu mengurus hutang anda yang mungkin terlalu banyak. Anda boleh membuat debt consolidation<\/em> untuk memastikan pengurusan kewangan anda menjadi lebih baik.<\/p>\n Dapatkan 40% pulangan tunai dengan kadar faedah tetap dari serendah 8.88% p.a<\/p>Pelanggan yang layak perlu membayar jumlah ansuran bulanan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh sepanjang tempoh pembiayaan. Permohonan yang dibuat di antara 1 Mac ke 31 Mei.<\/em><\/div><\/div>
Alliance Bank Pinjaman Peribadi CashFirst<\/a><\/h4>