{"id":38521,"date":"2019-06-04T10:52:21","date_gmt":"2019-06-04T02:52:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=38521"},"modified":"2020-07-01T12:01:41","modified_gmt":"2020-07-01T04:01:41","slug":"mengapa-perlu-dapatkan-insurans-sebelum-35","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/mengapa-perlu-dapatkan-insurans-sebelum-35","title":{"rendered":"5 Sebab Mengapa Anda Perlu Dapatkan Insurans Sebelum Mencapai Umur 35 Tahun"},"content":{"rendered":"
Sebut sahaja perkataan \u2018insurans\u2019 dan ia cukup untuk membuat kebanyakan orang muda berasa jengkel. Ia dianggap sebagai satu proses membosankan yang melibatkan banyak kertas kerja dan wang. Selain itu, orang muda, terutamanya graduan baru, lebih menumpukan perhatian mereka kepada perkara lain seperti mendapatkan telefon pintar terkini, membeli kereta, melabur dalam rumah, dan mendapat pekerjaan dengan gaji baik supaya mampu membayar semua yang tersebut.<\/p>\n
Orang muda biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan tidak selalunya jatuh sakit. Ini menyebabkan mereka tidak begitu memberi keutamaan kepada perlindungan insurans seperti insurans nyawa dan kesihatan. Kebanyakan masanya, mereka juga mempunyai ibu bapa yang sentiasa membantu mereka di samping menyediakan wang sewaktu kecemasan, oleh itu mereka tidak terfikir mereka perlu mendapatkan insurans kesihatan untuk diri mereka sendiri.<\/p>\n
Sesetengah daripada mereka mungkin menganggap insurans sebagai perbelanjaan tidak diperlukan yang akan memakan sebahagian daripada wang simpanan mereka. Yang lain pula mungkin berpendapat mereka tidak perlukan insurans sehingga tempoh lebih lewat dalam hidup mereka. Tambahan pula, ia tidak wajib bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan insurans kesihatan berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat di mana semua warganegara dan penduduk sah wajib memiliki<\/a> sekurang-kurangnya satu pelan insurans kesihatan asas.<\/p>\n Walau bagaimanapun, kejadian di mana anda dikejarkan ke hospital dalam ambulans boleh berlaku, dan dalam keadaan ini, perkara terakhir yang anda ingin risaukan adalah bagaimana anda mampu mambayar bil hospital yang mencecah beberapa ratus ribu. Kemalangan dan tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda tidak menjangkanya, sebab itulah ia penting untuk mendapat insurans seawal yang mungkin. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami inflasi peningkatan dua digit<\/a> dalam penjagaan kesihatan. Ini bermakna bil perubatan mungkin lebih mahal daripada apa yang anda mampu bayar.<\/p>\n Sebelum ditimpa musibah, berikut adalah beberapa sebab mengapa ia adalah penting untuk mendapatkan insurans perubatan seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum umur 35 tahun:<\/p>\n Pelan dan pakej insurans adalah berbeza mengikut umur anda. Pada asasnya, jika anda lebih muda, anda akan mendapat tawaran yang lebih baik, iaitu perlindungan yang lebih baik pada harga yang lebih murah. Apa yang dimaksudkan dengan ini? Anda membayar harga lebih rendah untuk pelan insurans apabila anda berumur 24 tahun berbanding ketika anda berumur 34 tahun.<\/p>\n<\/span>1. Ia lebih murah untuk bermula awal<\/strong><\/span><\/h2>\n