{"id":38676,"date":"2019-06-20T11:09:59","date_gmt":"2019-06-20T03:09:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=38676"},"modified":"2021-08-27T17:12:07","modified_gmt":"2021-08-27T09:12:07","slug":"apa-yang-creditscore-imoney-memberitahu-anda-dan-apa-maksudnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/apa-yang-creditscore-imoney-memberitahu-anda-dan-apa-maksudnya","title":{"rendered":"Apa Yang CreditScore iMoney Memberitahu Anda; Dan Apa Maksudnya"},"content":{"rendered":"
Memohon kad kredit atau pinjaman baru biasanya melibatkan sesuatu yang dipanggil skor kredit. Kami pernah menulis tentang topik ini, tapi inilah ringkasan mengenainya jika anda tidak sempat membacanya sebelum ini.<\/p>\n
Pada asasnya, skor kredit adalah penarafan bagi kesihatan kredit anda. Kebanyakan institusi kewangan mempunyai kaedah mereka sendiri untuk mengira skor ini, tetapi terdapat beberapa faktor umum yang diambil kira.<\/p>\n
Secara umum, sejarah anda apabila meminjam wang (dan apabila membayar balik) akan mempengaruhi skor anda.<\/p>\n
Kebanyakan masanya, anda dikehendaki membayar fi untuk menyemak skor kredit anda; tetapi dengan iMoney CreditScore, anda boleh mendapatkannya secara percuma.<\/p>\n
Pertama sekali, anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akaun iMoney. Kami bercadang anda menggunakan peranti mudah alih untuk mendaftar kerana anda akan diminta untuk memberikan gambar KP anda untuk disahkan. Namun demikian, anda juga boleh menggunakan komputer meja atau tablet untuk mendaftar.<\/p>\n
Selain itu, anda akan ditanya beberapa soalan keselamatan mengenai sejarah kewangan anda sebagai langkah tambahan dalam pemeriksaan identiti anda.<\/p>\n
Jika anda melakukan semuanya dengan betul, anda akan mendapat iMoney CreditScore anda dalam tempoh dua minit selepas mendaftar. Sebaliknya, anda mungkin perlu menunggu 24 jam jika anda gagal menjawab soalan keselamatan dengan tepat.<\/p>\n