{"id":38793,"date":"2019-07-04T10:16:03","date_gmt":"2019-07-04T02:16:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=38793"},"modified":"2020-07-16T14:35:44","modified_gmt":"2020-07-16T06:35:44","slug":"inilah-sebabnya-pinjaman-anda-ditolak-walaupun-skor-kredit-anda-baik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/inilah-sebabnya-pinjaman-anda-ditolak-walaupun-skor-kredit-anda-baik","title":{"rendered":"Inilah Sebabnya Pinjaman Anda Ditolak Walaupun Skor Kredit Anda Baik"},"content":{"rendered":"

Anda berusaha membayar bil anda tepat pada masanya setiap bulan dan sentiasa prihatin tidak melebihi had kredit demi meningkatkan kesihatan kewangan anda.<\/p>\n

Usaha anda sehingga kini telah membuahkan hasil dan anda berjaya meningkatkan skor kredit anda. Tetapi bayangkan kejutan anda apabila mendapati permohonan pinjaman peribadi<\/a> anda ditolak walaupun keadaan kewangan anda teratur.<\/p>\n

Selepas kejutan tersebut reda, anda mungkin tertanya-tanya mengapa permohonan anda ditolak walaupun skor kredit anda amat baik.<\/p>\n

<\/span>Skor kredit yang tinggi tidak menjamin kelulusan secara automatik<\/strong><\/span><\/h2>\n

Apakah skor kredit yang baik?<\/p>\n\n\n\n\n\t\n\n\t\n\t\n\t\n\t
Skor<\/th>Penarafan<\/th>Makna<\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n
661 \u2013 781<\/td>Kukuh<\/td>Rekod kredit yang cemerlang. Pelanggan ini dianggap sebagai pelanggan bank yang terbaik dan lebih berkemungkinan untuk mendapatkan kelulusan bagi produk kredit.<\/td>\n<\/tr>\n
561 \u2013 660<\/td>Baik<\/td>Skor kredit yang baik. Pelanggan ini dianggap sebagai pelanggan bank yang baik.<\/td>\n<\/tr>\n
461 - 580<\/td>Wajar<\/td>Skor kredit yang lebih rendah daripada\u00a0 skor purata. Pelanggan ini mungkin menghadapi masalah mendapatkan kelulusan bagi produk bank.<\/td>\n<\/tr>\n
201 - 460<\/td>Lemah<\/td>Skor kredit yang lemah. Pelanggan ini dilihat sebagai pelanggan bank yang tidak baik.<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n\n

Mungkin anda telah mencuba CreditScore iMoney<\/a> dan mendapati anda mempunyai skor yang melebihi 700. Anda juga tidak menerima apa-apa notis kutipan hutang atau notis pembayaran lewat pada tahun lepas. Ini memang berita baik, tetapi ia tidak menjamin permohonan bank anda akan diluluskan.<\/p>\n

Bank dan institusi kewangan tidak semestinya melihat skor kredit yang sama apabila menilai permohonan kredit anda. Ini adalah kerana bank juga mempunyai kaedah pemarkahan kredit dalaman mereka sendiri. Namun demikian, iMoney\u00a0<\/a>CreditScore<\/a>\u00a0anda pada amnya masih memberikan petunjuk yang baik sama ada permohonan kredit anda akan diluluskan atau tidak.<\/p>\n

Skor kredit yang baik boleh membantu anda mencapai banyak perkara dari segi kewangan, tetapi ia harus dianggap sebagai panduan sahaja. Bank mempunyai cara yang berbeza untuk menilai permohonan pinjaman, dan betapa pentingnya sejarah kewangan masa lampau anda, sama ada baik atau buruk, akan berubah.<\/p>\n

Penanda aras bank terhadap toleransi risiko adalah berbeza dan kriteria ini akan mempengaruhi pelaksanaan polisi kredit bank apabila anda memohon pinjaman atau meningkatkan kemudahan kredit anda.<\/p>\n

Walaupun anda telah membeli rumah dan kereta tanpa sebarang masalah sebelum ini, permohonan untuk mendapat kemudahan kredit yang baru hari ini masih boleh ditolak.<\/p>\n

Ingat, skor anda hanyalah satu daripada beberapa faktor yang digunakan oleh bank untuk menentukan sama ada kredit yang diminta oleh anda baru-baru ini untuk membeli kereta, rumah atau pinjaman peribadi harus dilanjutkan.<\/p>\n

<\/span>Sebab-sebab utama skor kredit yang tinggi masih boleh ditolak<\/strong><\/span><\/h2>\n

Inilah sebabnya mengapa skor kredit yang baik tidak menjamin kelulusan secara automatik.<\/p>\n

Anda perlu prihatin tentang empat perkara ini dalam profil kewangan anda yang masih boleh membawa kepada penolakan:<\/p>\n