{"id":38982,"date":"2019-07-24T15:11:16","date_gmt":"2019-07-24T07:11:16","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=38982"},"modified":"2021-08-27T18:19:27","modified_gmt":"2021-08-27T10:19:27","slug":"skor-kredit-pinjaman-rumah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/skor-kredit-pinjaman-rumah","title":{"rendered":"Bolehkah Anda Mendapat Kelulusan Untuk Pinjaman Rumah?"},"content":{"rendered":"
Jika anda sudah bersedia mencapai matlamat anda untuk membeli rumah tahun ini, tahniah!<\/p>\n
Tetapi sebelum itu, anda perlu berhadapan dengan realiti. Adakah anda cukup sihat dari segi kewangan untuk mendapat kelulusan bagi permohonan pinjaman rumah<\/a> anda?<\/p>\n Menurut data perumahan<\/a> daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk suku ketiga 2018, kadar kelulusan pinjaman perumahan berada pada tahap paling rendah sejak 5 tahun yang lepas. BNM menyatakan bahawa perumahan yang tidak mampu dimiliki dan ketakpadanan antara bekalan dan permintaan rumah adalah sebab kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli.<\/p>\n Tempoh pinjaman perumahan<\/a> dihadkan pada 35 tahun pada 2013. Langkah oleh BNM ini mengetatkan syarat untuk ramai bakal pembeli rumah memenuhi kelayakan pinjaman rumah kerana sukar menunjukkan bahawa mereka mampu membayar ansuran bulanan.<\/p>\n Satu faktor terbesar untuk bank memutuskan sama ada permohonan pinjaman perumahan anda akan diluluskan ialah kesihatan kewangan anda. Memandangkan ini, skor kredit<\/a> anda adalah salah satu cara untuk bank menilai sekiranya anda cukup \u2018sihat\u2019 dari segi kewangan untuk mampu membeli rumah anda sendiri.<\/p>\n Walaupun skor kredit anda bukan satu-satunya faktor yang menentukan kelayakan anda untuk mendapat pinjaman rumah, ia membentuk bahagian penting dalam keputusan pemiutang untuk meluluskan pinjaman rumah anda.<\/p>\n Oleh itu, sebelum anda mengambil salah satu langkah kewangan terbesar dalam kehidupan anda untuk memiliki rumah, ia berbaloi untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya sebelum mengambil langkah ini.<\/p>\n Pinjaman rumah<\/a> adalah salah satu hutang paling besar yang akan diambil oleh anda. Ia \u00a0mempunyai tempoh bayaran balik yang lebih lama dan melibatkan bayaran faedah yang lebih besar.<\/p>\n Pelbagai jenis pinjaman rumah boleh didapati di pasaran tetapi semuanya memerlukan beberapa bentuk bayaran pendahuluan serta cagaran, caj dan yuran termasuk duti setem dan insurans gadai janji.<\/p>\n Produk pinjaman ini terdiri daripada pinjaman rumah berjangka asas, separa fleksibel hingga fleksibel sepenuhnya serta pilihan pinjaman rumah konvensional atau Islam<\/a>.<\/p>\n\n<\/span>Apakah pinjaman rumah?<\/strong><\/span><\/h2>\n