{"id":39960,"date":"2019-09-12T19:32:08","date_gmt":"2019-09-12T11:32:08","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=39960"},"modified":"2019-09-19T16:53:16","modified_gmt":"2019-09-19T08:53:16","slug":"bermula-dengan-tabiat-kewangan-yang-baik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/bermula-dengan-tabiat-kewangan-yang-baik","title":{"rendered":"Bermula Dengan Tabiat Kewangan Yang Baik Hari Ini!"},"content":{"rendered":"
In partnership with\u00a0<\/p>\n
Ingin meningkatkan kewangan peribadi anda tetapi tidak pasti bagaimana atau di mana untuk bermula?<\/p>\n
Pengurusan wang mungkin dianggap suatu istilah yang rumit dan konsep yang tidak mudah difahami oleh ramai orang. Namun demikian, jika bermula dengan bijak dan membahagikannya kepada langkah-langkah lebih kecil dan mudah, maka ia menjadi lebih mudah untuk mengawal cara anda berbelanja dan menyimpan wang!<\/p>\n
Jadi, mari kita mulakan dengan langkah-langkah mudah ini yang senang dicuba oleh sesiapa sahaja.<\/p>\n
Sebelum anda mengambil apa-apa langkah untuk menguruskan wang anda dengan lebih baik, anda perlu tahu kedudukan anda dari segi kewangan. Cara paling mudah untuk berbuat demikian ialah dengan mendapatkan laporan kredit<\/a> anda.<\/p>\n Bank ingin mengetahui kandungan laporan kredit anda bagi menentukan sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman anda dan juga kadar faedah yang akan dikenakan.<\/p>\n Satu lagi sebab untuk menyemak laporan kredit anda ialah untuk melindungi diri anda daripada penipu. Aktiviti haram mereka akan muncul dalam laporan kredit anda sama ada untuk kad kredit yang anda tidak pernah miliki ataupun pinjaman bank yang anda tidak pernah memohon.<\/p>\n Kemungkinan besar telefon pintar anda berdekatan dengan anda apabila anda membaca artikel ini, jadi menguruskan wang dengan lebih baik adalah betul-betul di hujung jari anda. Banyak aplikasi hari ini adalah percuma untuk digunakan, terutamanya jika anda tidak mahu berbelanja lebih daripada pendapatan anda.<\/p>\n Antara aplikasi mesra pengguna yang lebih popular ialah My Tabung (aplikasi belanjawan yang diperkenalkan oleh Bank Negara) dan Money Lover (yang mempunyai pilihan luas seperti menetapkan belanjawan sambil mempertimbangkan pelbagai peristiwa dan sebagainya bagi mereka yang ingin maklumat lebih terperinci).<\/p>\n <\/p>\n Kami tahu betapa mudahnya untuk mengautomasikan perbelanjaan. Peruncit beli-belah dalam talian sentiasa menghantar pemberitahuan ke telefon anda mengenai pelbagai tawaran, dan dengan hanya satu klik, pembelian anda sudah selesai dan barang tersebut dalam perjalanan kepada anda. Bayangkan jika anda boleh membalikkan ini untuk mengautomasikan pembayaran bil anda.<\/p>\n Contohnya, Hong Leong Connect Online Banking<\/a> <\/u>membolehkan anda mengurus perbankan setiap hari pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.<\/strong><\/em><\/p>\n Membayar hutang anda secara automatik setiap bulan mungkin menakutkan pada mulanya tetapi selepas anda sudah biasa, anda akan mendapati anda mempunyai lebih masa untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang.<\/p>\n Panduan mudah untuk melihat jika anda mempunyai perlindungan insurans hayat yang mencukupi adalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 kali pendapatan tahunan anda bagi menampung perbelanjaan keluarga untuk 10 tahun akan datang.<\/p>\n Walau bagaimanapun, ini hanya satu garis panduan umum. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menyarankan penggunaan Kaedah Analisis Berdasarkan Keperluan.<\/p>\n Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara bagi 2018, nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) ialah 83% pada tahun lepas. Walaupun ini suatu peningkatan berbanding 84.3% pada 2017, peratusan ini masih lebih tinggi daripada negara jiran Asia Tenggara kita.<\/p>\n Satu lagi cara lain ialah dengan menggunakan pinjaman peribadi untuk menggabungkan komitmen hutang anda selain menikmati penjimatan.<\/p>\n Sebelum menggabungkan hutang:\n
<\/span>Awasi Wang Anda… Dengan Aplikasi Percuma<\/strong><\/span><\/h2>\n
\n
<\/a><\/p>\n
<\/span>Bayar Bil Anda Tepat Pada Masanya … Secara Automatik!<\/strong><\/span><\/h2>\n
\n
\n
<\/span>Jangan Terlebih Bayar Untuk Insurans<\/strong><\/span><\/h2>\n
\n
<\/p>\n
<\/span>Hanya Meminjam Apa Yang Anda Mampu Membayar Balik<\/strong>\u00a0<\/strong><\/span><\/h2>\n
\n
\n\n