{"id":45268,"date":"2020-10-08T11:35:32","date_gmt":"2020-10-08T03:35:32","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=45268"},"modified":"2020-11-19T13:39:45","modified_gmt":"2020-11-19T05:39:45","slug":"allianz-we-care-healthcare-bm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/allianz-we-care-healthcare-bm","title":{"rendered":"Adakah Anda Mampu Mendapat Penjagaan Kesihatan Tanpa Insurans?"},"content":{"rendered":"
Satu fakta yang menyedihkan ialah rakyat Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan kesihatan yang mencukupi. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi<\/a> (NHMS) 2019 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, hanya 22% daripada rakyat Malaysia mempunyai insurans kesihatan peribadi.<\/p>\n Kira-kira 43% daripada mereka yang ditinjau berkata mereka tidak mampu membeli insurans kesihatan peribadi. Ini menunjukkan jurang yang besar dalam perlindungan kesihatan di Malaysia yang perlu dirapatkan.<\/p>\n Memandangkan keadaan ini, apa yang boleh anda lakukan jika anda tidak mempunyai insurans perubatan?<\/p>\n Rakyat Malaysia bernasib baik kerana mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam di mana hospital dan klinik awam menyediakan rawatan perubatan untuk orang ramai pada kadar yang disubsidikan. Warganegara Malaysia dikenakan bayaran nominal sebanyak RM1 untuk lawatan pesakit luar ke mana-mana hospital kerajaan termasuk klinik (bayaran ini dikecualikan bagi mereka yang layak). Ini menjadikan hospital dan klinik awam sangat popular di kalangan rakyat kita.<\/p>\n Memandangkan sebilangan besar penduduk tidak mempunyai insurans kesihatan peribadi, ramai di antara mereka tidak mempunyai pilihan selain bergantung pada hospital awam. Tinjauan NHMS menunjukkan 75.3% daripada rakyat Malaysia yang dimasukkan ke hospital berada di institusi kesihatan awam.<\/p>\n Oleh itu, tidak menghairankan untuk pesakit mengalami masa menunggu yang lama di pusat kesihatan kerajaan. Kajian yang dilakukan oleh Malay Mail Online<\/a> mendapati bahawa majoriti pesakit menunggu empat jam atau lebih sebelum dapat berjumpa doktor di klinik awam. Ada juga yang berkata mereka menunggu selama lapan jam sebelum menerima rawatan.<\/p>\n Sehubungan itu, sesetengah pesakit memilih untuk mengubati diri sendiri (tinjauan NHMS menunjukkan 22.8% membuat pilihan ini) dan mengelak menunggu di hospital sepanjang hari.<\/p>\n Dengan kebanyakan daripada mereka yang perlu rawatan dimasukkan ke hospital kerajaan, pilihan ini masih merupakan pilihan paling popular dan paling murah untuk mendapatkan penjagaan kesihatan di Malaysia.<\/p>\n Mereka yang tidak mempunyai insurans kesihatan boleh juga menggunakan perlindungan insurans pekerjaan. Kebanyakan majikan menawarkan beberapa jenis perlindungan perubatan untuk kakitangan. Ini mungkin dalam bentuk kad perubatan yang ditaja oleh syarikat dan pampasan untuk kemasukan ke hospital, atau membenarkan kakitangan menuntut perbelanjaan untuk lawatan ke doktor.<\/p>\n Ini suatu manfaat penting yang harus ditanyakan oleh setiap pekerja semasa ditemuduga, terutamanya jika anda tidak mempunyai perlindungan insurans sendiri. Perbincangan mengenai perlindungan insurans perubatan adalah penting seperti perundingan gaji.<\/p>\n Walau bagaimanapun, kekurangannya ialah anda hanya dapat mengekalkan manfaat ini semasa bekerja. Sebaik sahaja anda meninggalkan pekerjaan anda (samada mengikut pilihan atau tidak), anda tidak lagi mempunyai perlindungan insurans kesihatan. Ini boleh membebankan lagi keadaan kewangan jika anda memerlukan rawatan perubatan serta-merta sambil menunggu pekerjaan baru.<\/p>\n Seperti yang dilihat dalam beberapa kes kurang bernasib baik, jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang mungkin memerlukan anda meninggalkan kerja anda, anda tidak akan mendapat perlindungan. Anda juga mungkin tidak akan dilindungi oleh syarikat insurans untuk penyakit kritikal tersebut, atau dilindungi sama sekali.<\/p>\n Insurans pekerjaan anda juga tidak akan melindungi anda selepas anda bersara. Walau bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa anda memerlukan lebih perlindungan insurans apabila bersara. Kebanyakan mereka yang berada dalam lingkungan umur 60-an dan 70-an mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi komplikasi kesihatan. Ini mungkin sukar bagi mereka mendapatkan perlindungan insurans pada saat mereka amat memerlukannya.<\/p>\n Menurut tinjauan NHMS, 11% rakyat Malaysia bergantung pada wang yang dipinjam daripada rakan-rakan dan keluarga untuk membiayai rawatan perubatan mereka pada 2019. Ini merupakan sejumlah besar isi rumah yang tidak dapat membiayai penjagaan kesihatan mereka sendiri, walaupun dengan adanya subsidi kerajaan.<\/p>\n<\/span>Hospital kerajaan<\/span><\/h2>\n
<\/span>Perlindungan insurans pekerjaan<\/span><\/h2>\n
<\/span>Rakan-rakan dan keluarga<\/span><\/h2>\n