{"id":48395,"date":"2021-07-01T12:39:24","date_gmt":"2021-07-01T04:39:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=48395"},"modified":"2024-02-05T16:31:46","modified_gmt":"2024-02-05T08:31:46","slug":"pengeluaran-simpanan-awal-kwsp-epf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/pengeluaran-simpanan-awal-kwsp-epf","title":{"rendered":"Sudah Membuat Pengeluaran Awal Simpanan KWSP? Ini Apa Yang Anda Harus Tahu"},"content":{"rendered":"
Sebilangan sistem pencen di seluruh dunia menunjukkan pulangan pelaburan yang memberangsangkan meskipun dihimpit pandemik COVID-19. Begitu juga dengan Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP) yang menunjukkan prestasi pemulihan yang konsisten.<\/p>\n
KWSP mencatatkan pulangan pelaburan sebanyak RM19.29 bilion bagi suku tahun pertama yang berakhir pada 31 Mac 2021. Peningkatan kira-kira 58% berbanding RM12.16 bilion yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2020.<\/p>\n
Prestasi yang kukuh ini mencerminkan pendekatan dan pengurusan pelaburan KWSP yang berdisiplin dan mantap. KWSP bertekad untuk sentiasa mengambil pendekatan yang wajar untuk melindungi simpanan persaraan dan pada masa yang sama memastikan keperluan kelangsungan hidup jangka pendek ahli pencarum dipenuhi.<\/p>\n
Serentak dengan permasalahan berantai COVID-19, KWSP telah memperkenalkan pelaksanaan i-Sinar<\/a> dan i-Lestari. Pelaksanaan ini membenarkan ahli pencarum yang terkesan mengeluarkan simpanan persaraan secara lebih awal.<\/p>\n Setakat Mac 2021, sebanyak 5.94 juta ahli pencarum dapat menarik nafas lega selepas permohonan i-Sinar<\/a> yang berjumlah RM52.48 bilion telah diluluskan oleh KWSP.<\/p>\n Ini bermaksud, ahli pencarum hanya mempunyai kurang daripada RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas persaraan (55 tahun) mereka. Jumlah ini sangat rendah berbanding simpanan minimum yang disasarkan oleh KWSP<\/a> sebanyak RM240,000 yang diperlukan ahli pencarum. Sasaran ini sememangnya sukar sama sekali untuk dicapai jika ahli pencarum tidak mempunyai perancangan pasca pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari.<\/p>\n Cabaran yang hadir pada hari ini boleh digunakan sebagai peluang untuk lebih bersedia dalam merancang simpanan persaraan. Inilah waktunya untuk anda mula belajar cara mengukuhkan kewangan untuk waktu kecemasan dan persaraan.<\/p>\n Dalam nada yang berbeza, timbul pula kebimbangan dan tanda tanya tentang kestabilan baki simpanan persaraan mereka \u2013 berapa lamakah ahli pencarum harus menyimpan agar simpanan mereka kembali kepada jumlah asal dan adakah jumlah asal simpanan mereka mencukupi untuk keperluan persaraan? Apa yang pasti adalah kesemua ahli pencarum yang membuat pengeluaran awal KWSP harus menyimpan dari awal semula.<\/p>\n Jika anda sudah mengeluarkan kesemua simpanan persaraan yang telah dibenarkan oleh KWSP, berapa lama pula tempoh untuk anda menyimpan semula untuk mencapai sasaran minimum simpanan RM240,000 yang disasarkan oleh KWSP?<\/p>\n Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), purata gaji di Malaysia adalah sebanyak RM3,224 sebulan pada tahun 2019<\/a>. Daripada purata tersebut, jumlah caruman EPF adalah sebanyak RM714,00<\/a> (caruman ahli sebanyak 9% + caruman majikan sebanyak 13%). Jika purata gaji ini diambil sebagai contoh, berikut adalah jangkaan pulangan ahli KWSP dalam tempoh 20 tahun akan datang.<\/p>\n\n<\/span>Adakah simpanan persaraan anda stabil?<\/span><\/h2>\n