{"id":49115,"date":"2021-08-16T09:05:14","date_gmt":"2021-08-16T01:05:14","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=49115"},"modified":"2021-09-03T13:43:26","modified_gmt":"2021-09-03T05:43:26","slug":"kit-ujian-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/kit-ujian-covid-19","title":{"rendered":"Adakah Anda Perlu Menyimpan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Di Rumah?"},"content":{"rendered":"

Setiap negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sedang dan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan virus merbahaya ini, termasuklah Malaysia.<\/p>\n

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan yang diberikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Ahmad Shariff Hambali mengenai pengiktirafan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19<\/a>.<\/p>\n

<\/span>Adakah anda wajib mendapatkan kit ujian?<\/span><\/h2>\n

Anda tidak wajib untuk mendapatkan kit ujian kendiri kerana ujian ini dilakukan atas usaha anda sendiri dalam memastikan kecurigaan terhadap status risiko COVID-19 anda.<\/p>\n

Tujuan sebenar kit ujian adalah untuk membantu orang awam menjalankan saringan secara sendiri dengan cepat dan mudah sebelum mengambil tindakan yang seterusnya, sekaligus mengurangkan beban petugas kesihatan.<\/p>\n

Selain itu, kit ujian kendiri dapat merendahkan risiko jangkitan kerana anda tidak perlu hadir secara bersemuka di pejabat atau pusat kesihatan yang mana risiko jangkitannya tinggi.<\/p>\n

Menurut KKM lagi, antara golongan yang wajib membuat ujian secara peribadi atau di pusat kesihatan adalah kontak rapat yang mempunyai gejala<\/strong><\/p>\n

<\/span>Bilakah anda perlu mengambil kit ujian?<\/span><\/h2>\n

Jika anda bercadang untuk mengambil kit ujian kendiri, anda perlu terlebih dahulu tahu tentang tempoh yang sesuai sebelum mengambilnya supaya keputusan ujian anda lebih tepat.<\/p>\n

Selepas seseorang individu itu dijangkiti oleh COVID-19, virus tersebut dianggarkan akan mengambil tempoh dua (2) hingga empat belas (14) hari<\/a> untuk aktif di dalam badan individu tersebut. Sebagai contoh, katakan anda mengambil kit ujian sebelum virus itu aktif di dalam badan anda dan hasil keputusan ujian anda negatif, secara tidak sedar anda akan menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.<\/p>\n

Jadi, tempoh yang paling sesuai untuk anda ambil kit ujian adalah selepas tiga hingga lima hari,<\/p>\n

Setakat ini, 15 kit ujian<\/a> telah diberikan kelulusan dan sedang dipasarkan selepas melepasi penilaian teknikal dan pengujian prestasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<\/p>\n\n\n\n\n\t\n\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t\n\t
Nama Produk<\/th>Nama Syarikat <\/th>Pengesan<\/th>Jenis Sampel<\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n
Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test<\/td>Reszon Diagnostic International Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur dan calitan hidung<\/td>\n<\/tr>\n
Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use<\/td>Citymedic Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device<\/td>Medinics (M) Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test<\/td>Global Science Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test<\/td>Neopharma Biotech Asia Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A\/B Rapid Co-Detection Kit Immunochromotography<\/td>Jingga Anggun Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay<\/td>Hexamine Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Calitan hidung<\/td>\n<\/tr>\n
Flowflex SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)<\/td>Translab (M) Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Calitan hidung<\/td>\n<\/tr>\n
STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home Test<\/td>Neoscience Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva)<\/td>Medical Innovation Ventures Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit<\/td>Dewina Consult Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur dan calitan hidung<\/td>\n<\/tr>\n
Lituo COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold)<\/td>Tree Med Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
GRUENBANKA SARS-CoV-2 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold Method)<\/td>Pahang Pharmacy Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Air liur<\/td>\n<\/tr>\n
Humasis COVID-19 Ag Home Test<\/td>Malaysian Diagnostics Corporation Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Calitan hidung<\/td>\n<\/tr>\n
LYHER Novel Coronavirus (COVID-19) Antigen Test Kit (Colloidal Gold)<\/td>Teda Wellness Solutions Sdn Bhd<\/td>RTK-Antigen<\/td>Calitan hidung<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n\n

Susulan aduan dan kebimbangan pengguna kit ujian tentang harga jualan kit ujian yang agak mahal, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) teah menetapkan harga siling yang berpatutan untuk semua pengguna. Kawalan harga ini berkuat kuasa 5 September 2021 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Berikut adalah harga kit ujian COVID-19:<\/p>\n\n\n\n\n\t\n\n\t
Kit Ujian<\/th>Harga Borong<\/th>Harga Runcit<\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (ujian sendiri)<\/td>RM16.00 (1 set)<\/td>RM19.90 (1 set)<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n\n

<\/span>Berapakah kadar bayaran Ujian Pengesanan COVID-19?<\/span><\/h2>\n

Kebanyakan orang awam masih keliru atau tidak tahu tentang kadar bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan<\/a>. Berikut adalah jenis kadar bayaran:<\/p>\n\n\n\n\n\t\n\n\t\n\t\n\t
Jenis Ujian <\/th>Kadar Bayaran Warganegara<\/th>Kadar Bayaran Bukan Warganegara<\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n
Rt-PCR<\/td>RM150.00<\/td>RM250.00<\/td>\n<\/tr>\n
RTK Antigen<\/td>RM60.00<\/td>RM120.00<\/td>\n<\/tr>\n
RTK Antibodi<\/td>RM30.00<\/td>RM60.00<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n\n
Penting: Ujian Antibodi adalah untuk penerima vaksin menilai tindak balas dan tahap perlindungan individu terhadap virus COVID-19<\/div><\/div>\n

Namun, bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kerajaan tidak dikenakan bagi:<\/p>\n