{"id":49722,"date":"2021-09-22T09:04:03","date_gmt":"2021-09-22T01:04:03","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=49722"},"modified":"2023-05-12T17:17:57","modified_gmt":"2023-05-12T09:17:57","slug":"penjagaan-diri-kesihatan-mental-kewangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/penjagaan-diri-kesihatan-mental-kewangan","title":{"rendered":"Cara Mengurus Ketenangan Minda Dan Kewangan Anda"},"content":{"rendered":"
Sebagai rekod, Malaysia pernah berada di kedudukan ke-35 negara paling gembira di dunia<\/a> pada tahun 2018. Namun, segalanya berubah selepas wabak COVID-19 diisytiharkan sebagai penyakit kesihatan global. Kehilangan ahli keluarga, masyarakat hidup di dalam pengasingan, perniagaan bankrap, kehilangan pekerjaan adalah antara kemudaratan mental yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Jadi, tidak hairanlah mengapa kita jatuh ke kedudukan ke-81<\/a> pada tahun 2021.<\/p>\n Walaupun kadar pengangguran di Malaysia telah mula pulih sedikit demi sedikit<\/a>, moratorium kedua juga telah ditawarkan oleh kerajaan<\/a>, ternyata golongan bekerja antara yang paling terkesan. Berdasarkan kajian Employment Hero 2021, 62% golongan bekerja bimbang tentang keadaan kewangan dan kesihatan mental mereka<\/a>.<\/p>\n Tahap risiko kesihatan di tempat kerja juga memainkan peranan dalam hal ini. Sebagai contoh, petugas barisan hadapan dan pekerja sektor kritikal lain mungkin lebih tertekan kerana mereka lebih berisiko untuk bergejala. Masing-masing pula mempunyai pasangan dan anak di rumah, dan sudah pasti ini membimbangkan mereka lagi.<\/p>\n Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2020 tahun, sebanyak 1,080 cubaan membunuh diri telah dilaporkan<\/a> dan daripada jumlah tersebut sebanyak 266 individu tidak bernasib baik dan telah mengambil nyawa mereka. Punca utama adalah disebabkan beban hutang dan masalah keluarga yang mempengaruhi kesihatan mental mereka.<\/p>\n Jika anda sering berada dalam keadaan murung atau sedih yang berpanjangan, sila dapatkan khidmat pakar dengan segera. Sementara itu, gunakan tiga tips mudah ini:<\/p>\n Sekiranya anda berasa letih dan tidak dapat memberi tumpuan di tempat kerja, maklumkan kepada penyelia tempat kerja anda mengenai kebimbangan tersebut. Cari masa untuk berehat kerana kesihatan adalah aset yang penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu.<\/p>\n Libatkan diri dengan aktiviti yang membuatkan anda lebih positif. Amalkan konsep penjagaan diri ataupun \u2018self-care\u2019. Penjagaan diri adalah sebarang perbuatan yang meningkatkan ketenangan dan kesihatan minda diri sendiri. Walaupun setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stres<\/a>, apa yang penting adalah cara tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada mana-mana pihak.<\/p>\n Walaupun ahli keluarga terdekat, pasangan hidup atau rakan-rakan anda tidak mahir dalam memberi nasihat, mereka masih kisah tentang anda. Mereka juga mempunyai masalah sendiri. Jadi, ambil masa yang sesuai dengan menceritakan hal anda bersama orang yang anda selesa.<\/p>\n Jika anda selesa bercakap dengan orang yang tidak dikenali atau anda mahukan sesuatu yang baharu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dalam talian. Kebanyakkan perkhidmatan terapi kesihatan mental dalam talian menawarkan perbualan dalam bentuk emel. Sebagai contoh, jika anda melengkapkan survey ringkas The Help Talk<\/a>, anda akan terus menerima emel daripada pakar terapi anda. Anda tidak perlu mengikut sebarang janji temu atau jadual dan setiap perbualan adalah profesional dan peribadi. Ini bertujuan untuk menyenangkan individu yang tidak gemar berkomunikasi melalui panggilan telefon.<\/p>\n Berikut adalah beberapa perkhidmatan terapi kesihatan mental dalam talian yang berpatutan untuk anda:<\/p>\n\n<\/span>Golongan Bekerja<\/span><\/h2>\n
<\/span>1. Pentingkan diri buat seketika<\/span><\/h3>\n
<\/span>2. Bina hubungan yang sihat<\/span><\/h3>\n