{"id":50281,"date":"2021-10-13T18:35:28","date_gmt":"2021-10-13T10:35:28","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=50281"},"modified":"2024-06-05T11:47:55","modified_gmt":"2024-06-05T03:47:55","slug":"apa-itu-nft-blockchain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/apa-itu-nft-blockchain","title":{"rendered":"Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Non-Fungible Tokens (NFTs)"},"content":{"rendered":"

Akhir ini, NFT menjadi topik yang paling hangat dalam dunia kripto. Tiga tahun yang lepas, pasaran NFT hanya bernilai sebanyak US$42 juta. Pada akhir tahun 2020, nilai pasaran NFT telah melonjak naik sebanyak 705% kepada US$338 juta<\/a>, menurut NonFungible<\/a>, salah satu badan yang memantau pasaran NFT.<\/p>\n

NFT menjadi semakin popular dan mendapat banyak tarikan. Namun, masih ramai lagi orang yang tidak tahu cara NFT berfungsi, dan kebanyakan pembeli NFT masih keliru tentang apa yang mereka beli dan apa yang mereka dapat selepas membeli NFT.<\/p>\n

<\/span>Apa sebenarnya NFT?<\/span><\/h2>\n

NFT atau nama panjangnya ‘Non-fungible tokens’, adalah sebuah token digital<\/strong> yang membolehkan anda menjual dan membeli hak milik aset digital. Setiap NFT mestilah terikat dengan apa-apa aset digital yang unik dan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan jika ianya sudah direkodkan di rangkaian blockchain. Contoh NFT termasuklah, tetapi tidak terhad kepada lukisan, muzik, animasi GIF, video, kosmetik dalam permainan video, dan tiket konsert.<\/p>\n

<\/span>Bagaimanakah NFT berfungi?<\/span><\/h2>\n

Bayangkan anda mencipta sebuah lukisan yang mempunyai keunikkan tersendiri, dan kemudian anda memuat naik lukisan tersebut di internet. Semua orang boleh menangkap layar, menyalin dan menggunakan lukisan tersebut tanpa memberi penghargaan atau keuntungan kepada anda. Namun, dengan adanya NFT, anda boleh memautkan token digital dengan lukisan anda, yang menjelaskan bahawa lukisan yang asal dan tulen berasal daripada anda. NFT membolehkan pereka artis untuk melindungi karya seni mereka, serta meletakkan harga atau nilai kepada aset mereka.<\/p>\n

<\/span>Apakah kaitan NFT dan blockchain?<\/span><\/h2>\n

Secara ringkas, blockchain adalah teknologi yang membenarkan penggunaan mata wang kripto di rangkaian teknologinya. Antara mata wang kripto yang popular adalah Bitcoin, Ethereum, Dogecoin dan banyak lagi. Setakat ini, kebanyakan pengurusan NFT akan menggunakan teknologi blockchain dalam mata wang Ethereum bagi tujuan pengesahan dan simpanan rekod. Namun, mata wang yang lain seperti Tron<\/a> dan Bitcoin<\/a> juga telah mula mencipta NFT di rangkaian blockchain mereka sendiri.<\/p>\n

Blockchain-blockchain ini akan mengesahkan kesahihan setiap transaksi NFT supaya pembeli dan pemilik aset digital dapat mengetahui perbezaan antara NFT yang tulen dan palsu. Sebaik saja pemilik aset digital memasukkan butiran pembelian anda ke dalam teknologi blockchain, hak milik token tersebut akan menjadi milik anda dan ia tidak lagi boleh dipadam, diubah atau ditukar ganti.<\/p>\n

<\/span>Siapakah yang memiliki hak milik NFT?<\/span><\/h2>\n

Apa yang anda dapat selepas membeli atau menjual NFT bergantung kepada persetujuan anda dan pemilik aset digital. Kebiasaannya, pemilik aset digital akan menjual token digital berserta hak milik<\/a> ke atas aset digital tersebut. Namun, ada juga pemilik aset digital yang hanya menjual token digital kerena mereka masih ingin memiliki hak milik ke atas hasil kerja mereka sendiri. Ini bermaksud, anda tidak akan mempunyai hak milik dan tidak akan terlibat dengan untung rugi aset digital tersebut. Melainkan anda mempunyai perjanjian tambahan bersama pemilik aset digital.<\/p>\n

<\/span>Bagaimanakah NFT dinilai?<\/span><\/h2>\n

Seni traditional seperti lukisan di muzium mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana lukisan tersebut adalah tulen dan mungkin mempunyai sejarah, nilai sentimental atau kisah yang tersembunyi. Cara NFT dinilai sama seperti lukisan yang tergantung di galeri atau muzium fizikal. Nilai dalaman dan keunikan NFT adalah subjektif, yang bergantung kepada perspektif masing-masing. Jadi, apa yang unik untuk anda tidak semestinya unik untuk orang lain.<\/p>\n

NFT yang anda beli mungkin akan kekal relevan dalam satu hingga lima tahun akan datang. Jika senario ini berlaku kepada anda, anda boleh terus menyimpan NFT anda dan menunggu bidaan yang tinggi kemudian menjual semula untuk mendapat lebih banyak keuntungan.<\/p>\n

<\/span>Apakah risiko melabur bersama NFT?<\/span><\/h2>\n

<\/span>1. Cara NFT dinilai<\/span><\/h3>\n

Salah satu risiko yang ada di pasaran NFT adalah ketidaktentuan dalam menentukan harga atau nilai NFT. Setak ini, harga sesebuah NFT seakan tidak menentu kerana tiada garis panduan yang rasmi untuk apa-apa kategori NFT. Namun, secara lazimnya NFT dinilai mengikut ciri-ciri berikut:<\/p>\n