{"id":51426,"date":"2022-01-11T19:40:24","date_gmt":"2022-01-11T11:40:24","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=51426"},"modified":"2024-06-05T11:47:40","modified_gmt":"2024-06-05T03:47:40","slug":"cara-terbaik-menggunakan-kad-kredit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/cara-terbaik-menggunakan-kad-kredit","title":{"rendered":"Cara Paling Optimum Untuk Menggunakan Kad Kredit Anda"},"content":{"rendered":"

Setakat 2021, jumlah kes kebankrapan bagi kategori hutang kad kredit adalah sebanyak 345 kes<\/a>. Boleh dikatakan bahawa rakyat Malaysia semakin matang dan peka terhadap tanggungjawab kewangan mereka. Mungkin mereka sememangnya mempunyai kesedaran yang tinggi dan hanya memerlukan dorongan. Ada juga yang memerlukan kesilapan untuk mengajar mereka.<\/p>\n

Apa-apa pun sebabnya, jika anda ingin mula belajar atau menambah baik pengurusan kad kredit anda, sila teruskan pembacaan.<\/p>\n

<\/span>Kad kredit 101<\/span><\/h2>\n

Kad kredit<\/strong> merupakan kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna memperolehi barangan dan perkhidmatan secara pinjaman kredit. Selepas itu, anda perlu bayar semula kepada institusi kewangan yang memberi pinjaman tersebut atau anda akan dikenakan penalti. Jika anda gagal menyelesaikan penalti, nama anda akan disenarai hitamkan melalui Perintah Mahkamah.<\/p>\n

<\/span>Sebelum memohon kad kredit<\/span><\/h2>\n

Berikut adalah sedikit pandangan untuk anda pertimbangkan sebelum memohon kad kredit:<\/p>\n