{"id":52169,"date":"2022-03-22T15:12:27","date_gmt":"2022-03-22T07:12:27","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=52169"},"modified":"2024-02-14T17:37:29","modified_gmt":"2024-02-14T09:37:29","slug":"cara-pembayaran-ptptn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/cara-pembayaran-ptptn","title":{"rendered":"Tiga Cara Untuk Memudahkan Pembayaran PTPTN Anda"},"content":{"rendered":"
Pada tahun 1997, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah ditubuhkan sebagai pinjaman pendidikan tinggi untuk para pelajar di Malaysia.<\/p>\n
Sememangnya pinjaman PTPTN adalah satu manfaat sejagat buat rakyat Malaysia, kerana ia dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berkelayakan untuk meneruskan pendidikan di peringkat tinggi.<\/p>\n
Lanjutan daripada ini, kita dapat lihat bahawa semakin ramai pula yang meninggalkan tanggungjawab mereka daripada menyelesaikan pinjaman PTPTN. Ini telah menjejaskan keupayaan PTPTN untuk terus memberikan pinjaman pelajaran kepada orang lain yang memerlukannya. Pada lewat 2019, PTPTN telah mengisytiharkan bahawa hutang peminjam PTPTN telah mencecah sebanyak RM40 bilion<\/a>.<\/p>\n Seperkara lagi tentang PTPTN yang rakyat Malaysia sering terlupa atau tidak tahu langsung adalah PTPTN menggunakan model pembiayaan yang bergantung pada prestasi bayaran balik peminjam semasa untuk membiayai pinjaman pada masa hadapan. Ini bermaksud, jika kita gagal untuk membayar semula pinjaman PTPTN, kita sebenarnya menghalang peluang pelajar lain untuk menggunakan manfaat yang disediakan oleh PTPTN.<\/p>\n Kita semua tahu bahawa tanpa perancangan yang baik, menyelesaikan apa-apa hutang bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Terutamanya bagi mereka yang selalu terlepas membuat pembayaran, dan tidak tahu cara untuk memulakan atau meneruskan pembayaran PTPTN mereka.<\/p>\n Jadi, untuk memudah dan mempercepatkan pembayaran PTPTN anda, berikut adalah tiga cara mudah yang boleh anda pertimbangkan.<\/p>\n Sekiranya anda sudah lama terlepas membuat pembayaran pinjaman PTPTN, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menstrukturkan semula pinjaman PTPTN anda.<\/p>\n Tetapi, apakah itu penstrukturan semula? Bagaimana jika kita hendak membuat penstrukturan semula dan apakah manfaatnya dalam konteks pembayaran hutang PTPTN?<\/p>\n Sebelum kita merungkai kesemua persoalan di atas, ayuh kita lihat situasi yang biasanya dihadapi oleh graduan baharu di Malaysia:<\/p>\n 12 bulan selepas tarikh graduasi, Ali masih gagal untuk mencari kerja dan tempoh pembayaran PTPTN Ali pun bermula. Disebabkan Ali tiada pendapatan, dia tidak dapat memulakan pembayaran PTPTN tersebut dan hutang PTPTN Ali pun terus bertambah.<\/p>\n Enam bulan selepas pembayaran PTPTN ali bermula, Ali menemui sebuah pekerjaan. Dia mula membuat pembayaran PTPTN namun terkejut apabila pembayaran tersebut ditolak. Ali tidak sedar bahawa dia perlu menyelesaikan hutang pembayaran yang tertunggak dahulu, sebelum dia dibenarkan untuk membuat pembayaran bulanan.<\/p>\n Ali tidak mempunyai banyak simpanan untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak, dan akhirnya dia terus gagal membuat pembayaran PTPTNnya.<\/div><\/div>\n Di sinilah di mana penstrukturan pinjaman boleh membantu anda. Penstrukturan pinjaman akan mencampurkan jumlah tunggakkan bersama jumlah penuh pinjaman PTPTN anda. Ini bermaksud, anda tidak perlu menyelesaikan jumlah tunggakkan sebelum membuat pembayaran bulanan, sebaliknya anda boleh terus membuat pembayaran bulanan kerana jumlah tunggakkan sudah dicampur bersama jumlah penuh pinjaman.<\/p>\n Penstrukturan pinjaman akan mengubah terma pinjaman anda dari segi jumlah pembayaran bulanan dan tempoh penuh pembayaran pinjaman.<\/p>\n Berikut adalah contoh penstrukturan pinjaman:<\/p>\n Ali mempunyai hutang PTPTN sebanyak RM32,000 dan ingin menyelesaikan seluruh jumlah tersebut dalam masa sembilan tahun. Dia juga mempunyai hutang PTPTN yang tertunggak sebanyak RM3,000. Tanpa penstrukturan pinjaman, Ali perlu menyelesaikan RM3,000 tersebut dahulu sama ada dengan pinjaman peribadi<\/a> atau kad kredit<\/a>. Berdasarkan situasi ini, Ali ingin menyelesaikan pembayaran PTPTN tersebut melalui pinjaman peribadi yang mempunyai 10% kadar faedah dan tempoh pinjaman selama lima tahun.<\/p>\n Berikut adalah contoh pembayaran Ali:<\/p>\n\n<\/span>Cara untuk menyelesaikan hutang PTPTN<\/span><\/h2>\n
<\/span>1. Melakukan penstrukturan semula pinjaman anda<\/span><\/h3>\n