{"id":52335,"date":"2022-04-07T11:35:08","date_gmt":"2022-04-07T03:35:08","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=52335"},"modified":"2022-04-08T16:43:35","modified_gmt":"2022-04-08T08:43:35","slug":"jenis-dan-kira-cukai-pendapatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/jenis-dan-kira-cukai-pendapatan","title":{"rendered":"Fahami Jenis-Jenis Dan Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Yang Terkini"},"content":{"rendered":"

Menyedia dan memfailkan cukai pendapatan di Malaysia mungkin satu perkara yang mencabar dan rumit bagi sesetengah pembayar cukai. Jika anda tergolong dalam kategori tersebut, anda tidak perlu risau kerana tidak pernah terlalu awal dan masih belum terlambat untuk kita sama-sama pelajari jenis-jenis dan cara pengiraan pendapatan yang boleh dikenakan cukai.<\/p>\n

Sebelum itu, apa kata kita segarkan ingatan kita tentang asas cukai pendapatan.<\/p>\n

<\/span>Siapakah yang dikenakan cukai pendapatan?<\/strong><\/span><\/h2>\n

Di Malaysia, mana-mana individu yang memperolehi minimum pendapatan sebanyak RM34,000 setahun atau RM2,833 sebulan (selepas potongan KWSP) harus memfailkan cukai pendapatan. Perlu diketahui bahawa cukai pendapatan meliput seluruh pendapatan, bukan sahaja daripada pekerjaan utama anda. Tidak kiralah jika pendapatan tersebut diperolehi daripada majikan, atau mewakili semua jenis pendapatan yang lain.<\/p>\n

<\/span>Apakah jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai?<\/strong><\/span><\/h2>\n

Anda juga perlu ambil tahu tentang jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai supaya anda tidak terlepas daripada menyertakannya semasa membuat pengiraan cukai. Berikut adalah senarai penuh jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai:<\/p>\n