{"id":52824,"date":"2022-05-23T15:19:39","date_gmt":"2022-05-23T07:19:39","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=52824"},"modified":"2022-05-23T17:50:04","modified_gmt":"2022-05-23T09:50:04","slug":"kewangan-bakal-pasangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/kewangan-bakal-pasangan","title":{"rendered":"Adakah Bakal Pasangan Anda Bijak Menguruskan Wang?"},"content":{"rendered":"
Dalam membina sesebuah institusi keluarga, banyak perkara yang perlu dihalusi dan dibincangkan bersama pasangan masing-masing. Ada betulnya orang-orang tua menasihati kita untuk berkahwin dengan pasangan yang sekufu dari segi hubungan keluarga, agama, kewangan, dan matlamat hidup.<\/p>\n
Apa yang pasti adalah ada pasangan suami dan isteri di luar sana yang berkahwin tanpa meneliti pemikiran dan situasi kewangan pasangan mereka. Akibatnya, pandangan kewangan sering tidak sehaluan, kewangan rumah tangga lambat membangun, hutang bertambah dan banyak lagi reaksi berantai yang lain.<\/p>\n
Seseorang yang bijak seperti anda, tidak akan melaburkan masa depan tanpa mengetahui apa yang bakal melanda. Jika anda dan pasangan sudah bersedia untuk memulakan keluarga sebagai suami dan isteri, penting untuk anda membincangkan situasi kewangan masing-masing. Ini mungkin perkara yang agak peribadi dan sulit, tetapi tidak mustahil.<\/p>\n
Tidak salah untuk berbual tentang gaji bulanan bersama pasangan, tetapi ia boleh jadi salah jika perbualan tersebut membawa ke tahap mendesak atau memaksa. Topik yang sensitif begini mestilah dibahaskan dengan cara yang sopan dan beradab. Mungkin kongsikan gaji bulanan anda dan kemudian barulah bertanya kepada pasangan, ataupun bersetuju untuk memberitahu gaji bulanan masing-masing. Barulah adil untuk semua pihak.<\/p>\n
Dengan mengetahui gaji bulanan masing-masing, bermacam-macam lagi perancangan kewangan yang anda boleh lakukan. Anda boleh fikirkan soal pembelian rumah, bajet bulanan, bayaran hutang setiap bulan, perbelanjaan harian dan banyak lagi.<\/p>\n
Pasangan yang hendak berkahwin juga boleh berkongsi maklumat tentang komitmen seperti hutang dan langganan bulanan. Contohnya, hutang pinjaman pendidikan, hutang kereta, langganan pelan internet atau telefon pintar, dan lain-lain.<\/p>\n
Tanya pasangan anda jika mereka sudah mempunyai langganan seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Astro ataupun platform penstriman muzik<\/a> seperti Spotify. Dari segi matematik, anda akan lebih jimat jika anda berdua berkongsi akaun yang sama.<\/p>\n Bagi pasangan yang tidak pernah tinggal asing daripada keluarga sendiri, perbelanjaan rumah adalah salah satu komitmen bulanan yang terbesar. Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin menyewa atau membeli rumah<\/a>, seperti faktor lokasi tempat tinggal dan tempat kerja. Bincangkan kebolehan anda dan pasangan tentang mana yang lebih baik.<\/p>\n<\/span>3. Tabung simpanan untuk waktu kecemasan<\/span><\/h3>\n