{"id":53666,"date":"2022-08-05T12:28:07","date_gmt":"2022-08-05T04:28:07","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=53666"},"modified":"2022-08-05T12:28:07","modified_gmt":"2022-08-05T04:28:07","slug":"perbaiki-skor-kredit-12-bulan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/perbaiki-skor-kredit-12-bulan","title":{"rendered":"Tambah Markah Skor Kredit Anda Dalam 12 Bulan"},"content":{"rendered":"
Akhirnya anda sudah ambil keputusan untuk menyemak skor kredit anda dan mengetahui anda berada dalam lingkungan 500 markah. Ini satu angka yang memuaskan, dan sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah kepada anda. Pada perspektif pihak bank pula, anda seorang pelanggan yang bertanggungjawab. Kadangkala anda terlepas membuat pembayaran bulanan, tetapi bukan secara sengaja.<\/p>\n
Mungkin anda pernah mengeluh sambil berkatakan \u2018Apa boleh buat\u2019, tetapi sebenarnya anda hanya perlu usahakan sedikit sahaja lagi untuk menambah baik kategori skor kredit anda. Jadi, bagaimanakah caranya?<\/p>\n
Situasi skor kredit anda mungkin sedikit rumit. Sukar untuk mengatakan anda mempunyai masalah pembayaran hanya kerana anda terlewat membayar beberapa ansuran bulanan. Dan walaupun anda sudah membayar ansuran bulanan mengikut waktu, skor kredit anda masih kekal pada kategori yang sama.<\/p>\n
Mengapakah ini terjadi?<\/p>\n
Barangkali ini berpunca kerana CCRIS tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang anda. Mungkin juga berpunca kerana anda tidak mempunyai sejarah pinjaman kredit (kad kredit, pinjaman peribadi, dan lain-lain). Memang bagus untuk hidup tanpa hutang, tetapi ia tidak akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang.<\/p>\n
Atau pun, anda banyak terlepas membuat pembayaran ansuran pinjaman dan bil. Sama ada sengaja atau tidak; situasi ini telah memburukkan skor kredit anda.<\/p>\n
Berdasarkan situasi tersebut, tindakan pertama adalah untuk menyemak semula skor kredit dan meneliti butiran pembayaran yang boleh diperbaiki. Syarikat perkhidmatan seperti Experian dan CTOS akan memberikan anda laporan kredit yang akan menerangkan sebarang pembayaran lewat dan\/atau bil-bil yang tertunggak. Laporan tersebut juga akan menunjukkan sebarang hutang atau pinjaman semasa yang berada di bawah nama anda. Ingat, untuk mempunyai skor kredit yang baik, anda perlu membuat pinjaman kredit.<\/p>\n
Pertama sekali, anda perlu mendahulukan sebarang pembayaran yang terlepas. Ini merupakan masalah yang paling mudah untuk diselesaikan, lebih-lebih lagi jika jumlah pembayaran tersebut tidak besar. Rekod pembayaran anda meliputi 40% daripada skor kredit anda, jadi utamakan perkara ini untuk menambah baik skor kredit anda.<\/p>\n
Ini merupakan perkara terpenting jika kebanyakan hutang anda melibatkan pinjaman tanpa cagaran. Walaupun anda boleh membuka pinjaman kredit yang lain (seperti yang akan diterangkan pada bahagian seterusnya), dan anda lebih digalakkan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman tanpa cagaran terlebih dahulu.<\/p>\n
Bergantung pada situasi, anda mungkin perlu membina kredibiliti sebagai seorang peminjam untuk meyakinkan pihak bank bahawa anda mampu menyelesaikan pinjaman anda. Ini kebiasaannya dilakukan dengan memohon produk yang perlu dibayar secara ansuran; seperti kad kredit.<\/p>\n