{"id":54392,"date":"2022-10-26T14:00:02","date_gmt":"2022-10-26T06:00:02","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=54392"},"modified":"2022-10-26T14:00:02","modified_gmt":"2022-10-26T06:00:02","slug":"melancong-thailand-prosedur-dokumen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/melancong-thailand-prosedur-dokumen","title":{"rendered":"Pernah Terfikir Nak Melancong Ke Thailand? Ini Prosedur Terkini"},"content":{"rendered":"

Negara Gajah Putih, atau lebih dikenali sebagai Thailand, merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang unik. Sebagai seorang pelancong, anda boleh memilih untuk melawat rumah ibadat, menerokai pulau-pulau yang indah, berjalan romantis di tepi pantai atau sekadar mengambil peluang untuk membeli-belah.<\/span><\/p>\n

Walaupun destinasi-destinasi seperti Krabi, Bangkok, Pulau Phi Phi dan Phuket terletak di negara asing \u2013 tempat-tempat pelancongan sebegini sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Apa tidaknya, sejak kerajaan Thailand memberi kelonggaran untuk merentas sempadan mereka, semakin ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk melancong.\u00a0<\/span><\/p>\n

Ada yang melancong untuk bercuti dan ada juga yang melawat sanak saudara di sana. Tidak kisahlah apa sebabnya, bagi mereka yang belum pernah ataupun selalu merentas sempadan Thailand, anda pasti ingin tahu tentang proses memasuki Thailand yang terkini bukan?<\/span><\/p>\n

<\/span>Peraturan terkini merentas ke Thailand<\/span><\/h2>\n

Selepas lebih kurang dua tahun kita terpaksa berdepan dengan pelbagai sekatan pelancongan akibat wabak COVID-19, kini peraturan pelancongan antarabangsa sudah kembali longgar.<\/span><\/p>\n

Setakat 1 Julai, 2022 \u2013 berikut adalah peraturan terkini yang telah ditetapkan bagi semua pelancong luar yang ingin melancong ke Thailand:<\/span><\/p>\n