{"id":56793,"date":"2023-07-03T14:29:57","date_gmt":"2023-07-03T06:29:57","guid":{"rendered":"http:\/\/wordpress-my-161844363.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com\/articles\/?p=56793"},"modified":"2023-07-03T14:29:57","modified_gmt":"2023-07-03T06:29:57","slug":"tips-bayi-baru-lahir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/tips-bayi-baru-lahir","title":{"rendered":"Tips Membesarkan Bayi Untuk Bakal Ibu Bapa Di Malaysia"},"content":{"rendered":"
Memang menjadi kebiasaan untuk pasangan ibu dan ayah muda untuk berasa sedikit kekok dalam menjaga bayi yang baru lahir, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menimang cahaya mata yang pertama. Tetapi, jangan cepat mengalah dan kecewa dalam menguruskan anak anda terutamanya untuk satu hingga dua tahun yang pertama.\u00a0<\/span><\/p>\n Artikel ini akan memberikan sedikit penjelasan dan nasihat penting untuk pasangan suami isteri baharu belajar tentang cara penjagaan bayi baru lahir \u2013 dari cara mengasuh hinggalah cara menguruskan kewangan dan keperluan bayi baru lahir.<\/span><\/p>\n Jika anda dan pasangan sedang merancang untuk melahirkan cahaya mata yang pertama, ada beberapa keperluan bayi baru lahir yang anda wajib sediakan.<\/span><\/p>\n Jika ini merupakan bayi pertama anda, si ibu pasti rasa berdebar untuk menyusukan anak. Untuk pengetahuan anda, <\/span>World Organization Health<\/span><\/i> (WHO)<\/span><\/a> menasihatkan untuk si ibu memberi <\/span>penyusuan susu badan <\/b>kepada bayi mereka sepanjang enam bulan pertama umur bayi.<\/span><\/p>\n Susu seorang ibu merupakan makanan paling berkhasiat untuk bayi \u2013 ini kerana ia mengandungi nutrien tertentu yang kritikal untuk perkembangan otak bayi. Juga, ia membantu melindungi bayi daripada terkena jangkitan dan penyakit seperti pneumonia, demam selesema, termasuklah virus-virus yang lain.\u00a0<\/span><\/p>\n Bagi membantu si ibu dan ayah untuk lebih bersedia dalam proses penyusuan, sila sediakan barang-barang penyusuan seperti:<\/span><\/p>\n Ada dua sebab untuk anda menggunakan susu formula: (1) Selepas tamat tempoh wajib penyusuan susu badan si ibu <\/span>atau <\/b>(2) jika si ibu tidak dapat menyediakan susu badan yang mungkin disebabkan daripada genetik atau gaya hidup harian. Jangan risau dan panik kerana anda masih boleh menggunakan <\/span>susu formula<\/b>.<\/span><\/p>\n Ada pelbagai jenis pilihan susu formula yang sesuai untuk anda pilih \u2013 semuanya bergantung dengan kesesuaian si manja. Kami cadang anda untuk mendapatkan pandangan doktor mengenai setiap jenis susu formula.<\/span><\/p>\n Bagi mengelakkan daripada terlambat memberi susu kepada bayi, anda boleh menggunakan pam susu badan dan kemudian menyimpan susu tersebut di dalam beg simpanan (supaya susu badan lebih tahan lama). Anda digalakkan untuk mencari beg susu badan yang berkualiti tinggi kerana ada beg susu badan yang boleh disejukbekukan dan dinyahbekukan tanpa merosakkan kualiti susu badan anda.<\/span><\/p>\n Anda digalakkan untuk menukar botol susu bayi selepas <\/span>tiga bulan yang pertama<\/b> kerana ketika ini perut bayi masih sensitif dan tidak matang. Si ibu dan ayah perlu sedar akan kepentingan menukar botol susu anak anda untuk mengelakkan jangkitan bakteria yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit.\u00a0<\/span><\/p>\n Selepas tiga bulan pertama berlalu, anda digalakkan untuk menukar botol susu setiap<\/span> tiga hingga enam bulan<\/b>. Walau bagaimanapun, si ibu dan ayah mungkin perlu menukar botol susu dengan lebih kerap bergantung pada:<\/span><\/p>\n Ada beberapa perbezaan antara botol susu plastik, botol susu kaca dan botol susu keluli tahan karat (<\/span>stainless steel)<\/span><\/i><\/p>\n\n<\/span>Keperluan bayi baru lahir<\/span><\/h2>\n
<\/span>1. Penyusuan untuk bayi<\/span><\/h3>\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n
\n