<\/a><\/p>\nCarta di atas menunjukkan bacaan harga pasaran emas yang dari tahun 2019 hingga tahun 2023. Walaupun harga pasaran emas kadang-kalanya turun dan naik, ia masih mempunyai kadar pertumbuhan nilai yang positif. Bahkan, ia telah meningkat sebanyak 58% sejak lima tahun yang lepas. Walaupun nilai pasaran ini adalah sesuatu yang baik, ada beberapa faktor untuk anda pertimbangkan sebelum melabur dalam pasaran emas.<\/span><\/p>\n<\/span>1. Kadar pertukaran matawang Amerika Syarikat (US Dollar)<\/span><\/h2>\nIni mungkin merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi nilai pasaran emas. Untuk pengetahuan anda, pasaran emas global didagangkan dalam US dollar, dan dagangan ini akan mempengaruhi pasaran tempatan. Ini bermaksud, harga pasaran emas akan menjadi rendah jika matawang Ringgit Malaysia\u00a0 kukuh.<\/span><\/p>\nKami galakkan anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan pertukaran matawang US dollar kerana faktor ini pasti akan mempengaruhi harga jual beli emas.<\/span><\/p>\n<\/span>2. Inflasi<\/span><\/h2>\nKebiasaannya, harga emas akan meningkat apabila inflasi tinggi. Harga komoditi sebegini akan melonjak naik kerana para pelabur menggunakannya untuk menyelamatkan pelaburan mereka. Emas selalunya digunakan sebagai cara simpanan altenatif apabila nilai matawang Ringgit Malaysia tidak stabil atau jatuh.<\/span><\/p>\nKonsep ini juga turut digunakan untuk Dana Dagangan Saham,\u00a0 termasuklah pasaran <\/span>futures <\/span><\/i>dan <\/span>options <\/span><\/i>untuk dagangan seperti\u00a0 emas, perak dan tembaga\u00a0 yang segalanya-galanya akan bergantung pada keadaan pasaran dagangan.<\/span><\/p>\n<\/p>\n
Peringatan<\/strong><\/p>\nSebagai peringatan, dagangan Futures (Niaga Hadapan) dan Options (Kontrak) adalah tidak patuh Shariah. Dari segi agama Islam, kedua-dua dagangan ini jatuh pada hukum tidak harus<\/strong>. <\/div><\/div>\n<\/span>3. Ekonomi global<\/span><\/h2>\nKebiasaannya, para pelabur akan ingin menyelamatkan pelaburan mereka jika berlakunya ketidakstabilan ekonomi. Seperti yang telah diterangkan, emas adalah salah satu tempat yang selamat bagi para pelabur menyimpan dan menunggu jika berlakunya kemelesetan ekonomi atau perang dagangan.<\/span><\/p>\nSecara tidak langsung, harga jual beli emas akan dipengaruhi oleh faktor permintaan yang tinggi. Bahkan, permintaan yang tinggi ini bukan sahaja berlaku semasa kejatuhan atau kemelesetan ekonomi. Kepentingan emas sebagai bahan mentah dalam penghasilan barang elektronik turut mempengaruhi permintaan pasaran emas semasa ekonomi dalam keadaan yang baik.<\/span><\/p>\nIni disebabkan faktor pengguna mempunyai pendapatan boleh guna\/belanja yang tinggi dan boleh berbelanja dengan lebih banyak.<\/span><\/p>\n<\/span>4. Kadar faedah<\/span><\/h2>\nKadang-kala, kadar faedah yang ditetapkan oleh institusi bank pusat boleh menjadi petunjuk aliran pasaran emas. Kadar faedah yang rendah bermaksud harga pasaran emas akan meningkat, manakala kadar faedah tinggi pula bermaksud harga pasaran emas akan menurun.<\/span><\/p>\nUntuk pengetahuan anda, kadar faedah diubah berdasarkan keadaan ekonomi negara. Kadar faedah rendah diberikan untuk membantu kadar peningkatan negara jika ekonomi tidak memberangsangkan. Pada masa yang sama, para pelabur akan mencari pelaburan yang selamat semasa kemelesetan ekonomi.<\/span><\/p>\n<\/span>Di mana anda boleh beli emas?<\/span><\/h2>\nKebiasaannya, jika anda membeli emas, anda akan mendapat emas dalam bentuk fizikal. Dari segi tradisional, emas digunakan sebagai barangan kemas, tetapi pada zaman sekarang emas boleh dimiliki dalam bentuk jongkong emas kecil. Kemudian, emas ini akan disimpan di rumah atau di peti simpanan selamat sehinggalah anda ingin mencairkan jongkong emas anda.<\/span><\/p>\nUntuk konteks, emas boleh dibeli dimana-mana kedai barangan emas. Namun, cara ini tidak digalakkan jika anda ingin membeli emas bagi tujuan pelaburan. Ini kerana harga jualan balik akan menjadi lebih rendah berbanding harga pembelian (bagi jangka masa pendek).<\/span><\/p>\nCara yang lebih selamat dan menguntungkan adalah dengan melabur melalui institusi kewangan. Kini, terdapat pelbagai institusi perbankan yang menawarkan akaun pelaburan emas yang membenarkan para pelabur untuk mengumpul simpanan mereka dan membeli emas. Juga, sesetengah institusi kewangan atau pelaburan tidak akan akan memberikan butiran tentang hak pemilikan anda terhadap emas anda.<\/span><\/p>\nSebagai contoh, anda mempunyai 5g emas di dalam akaun pelaburan anda. Pihak bank mempunyai sejumlah simpanan jongkong emas yang besar dan menyatakan terdapat pemilikan anda dalam simpanan tersebut tanpa menyatakan jongkong yang mana satu.<\/span><\/p>\nSecara alternatif, pihak bank mungkin telah membeli jongkong emas dan menyimpan dalam peti besi untuk anda mengiystiharkan \u201cini bahagian saya\u201d. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis simpanan emas ini.<\/span><\/p>\n<\/span>Perlukah anda melabur dengan emas?<\/span><\/h2>\nEmas adalah pelaburan yang selamat untuk anda gunakan kerana harga emas tidak akan jatuh secara banyak dan ia tetap akan meningkat pada suatu masa. Namun, pelaburan emas tidak boleh memberikan hasil keuntungan yang baik kerana harga emas tidak meningkat secara banyak.<\/span><\/p>\nSecara ringkas, tidak salah untuk anda melabur dalam pelaburan bahan mentah berharga, terutama sekali jika anda terdedah dengan risiko pelaburan dan inginkan pelaburan yang lebih stabil.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"Orang dulu-dulu simpan emas, orang sekarang macam mana?<\/p>\n","protected":false},"author":50,"featured_media":58469,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[326,107],"tags":[1440,1441],"class_list":["post-58440","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-terkini","category-pelaburan","tag-emas","tag-pelaburan"],"acf":[],"yoast_head":"\n
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Jual Beli Emas<\/title>\n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n\t \n\t \n\t \n \n \n \n\t \n\t \n\t \n