{"id":60242,"date":"2023-12-19T17:44:46","date_gmt":"2023-12-19T09:44:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=60242"},"modified":"2023-12-19T17:44:46","modified_gmt":"2023-12-19T09:44:46","slug":"ibu-bapa-membayar-perkahwinan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/ibu-bapa-membayar-perkahwinan","title":{"rendered":"Apa Nak Buat Kalau Ibu Bapa Ingin Membayar Majlis Perkahwinan Anda?"},"content":{"rendered":"
Merancang majlis perkahwinan boleh menjadi satu cabaran buat setiap bakal pengantin, terutama sekali mengenai hal kewangan. Jika anda dan pasangan ingin membiayai perkahwinan sendiri, sememangnya tiada masalah kerana anda dan pasangan yang akan membuat segala keputusan. Tetapi bagaimana jika ada sumber kewangan yang lain seperti ibu bapa atau bakal mertua anda? Adakah mereka kini mempunyai hak untuk membuat keputusan?<\/span><\/p>\n
Apa-apa pun, mari kita belajar cara merancang majlis perkahwinan yang adil untuk semua pihak, sekali gus dapat menyejukkan hati ibu dan bapa anda.<\/p>\n
<\/span>Merancang bersama pasangan terlebih dahulu<\/span><\/h2>\n
Sebelum berbincang bersama ibu bapa, <\/span>sebaiknya anda dan pasangan merancang dan menetapkan aspek yang terpenting untuk majlis tersebut terlebih dahulu<\/b>. Ini juga merupakan waktu yang sesuai untuk anda berdua mencari dan membandingkan kos-kos perbelanjaan yang besar seperti lokasi majlis perkahwinan, baju pengantin, katering, dekorasi pelamin, juru gambar\/video dan banyak lagi.<\/span><\/p>\n
Juga, ada banyak kos-kos perbelanjaan kecil lain yang bakal pengantin selalu terlepas pandang. Antaranya seperti:<\/p>\n
\n
Kad kahwin\u00a0<\/span><\/li>\n
Kek kahwin<\/span><\/li>\n
Bayaran jurunikah (sila rujuk di laman web Jabatan Agama negeri masing-masing)<\/span><\/li>\n
Jurugambar\/juruvideo\u00a0<\/span><\/li>\n
Solekan pengantin<\/span><\/li>\n
Sewaan pelamin<\/span><\/li>\n
Perkhidmatan RELA (untuk mengelak kesesakan jalan raya dan saman polis trafik)<\/span><\/li>\n<\/ul>\n