{"id":60252,"date":"2023-12-12T16:58:29","date_gmt":"2023-12-12T08:58:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=60252"},"modified":"2023-12-12T16:58:29","modified_gmt":"2023-12-12T08:58:29","slug":"cara-memilih-pinjaman-peribadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/cara-memilih-pinjaman-peribadi","title":{"rendered":"Cara Ringkas Memilih Pinjaman Peribadi Untuk Anda"},"content":{"rendered":"
Mencari tawaran terbaik pinjaman peribadi boleh menjadi satu tugas yang memenatkan, dan kadang-kalanya anda tidak tahu apa yang terbaik untuk anda. Terdapat lebih daripada satu dozen bank yang menawarkan <\/span>pinjaman peribadi<\/span><\/a> di Malaysia. Jadi, kami sediakan beberapa petua untuk memudahkan pemilihan pinjaman peribadi anda.<\/span><\/p>\n Kebanyakan pinjaman peribadi menetapkan syarat-syarat kelayakan yang ketat untuk para peminjam. Berikut adalah antara syarat kelayakan pinjaman peribadi yang biasanya dikenakan di Malaysia:<\/span><\/p>\n Secara <\/span>asasnya, kadar faedah adalah <\/span>yuran atau caj <\/span>yang dikenakan ke atas kepada anda oleh peminjam bagi sepanjang tempoh pinjaman.<\/span><\/p>\n Walaupun pengiraan <\/span>kadar faedah<\/span> agak mudah, peminjam selalunya <\/span>kurang maklum<\/span> tentang<\/span> pengiraan kadar faedah \u2013 <\/span>jumlah yang<\/span> dicaj<\/span> berdasarkan jumlah pinjaman <\/span>prinsipal<\/span> anda. Oleh itu, <\/span>tidak kiralah<\/span> berapa banyak jumlah yang telah anda bayar, anda (peminjam) masih perlu bayar faedah <\/span>secara <\/span>penuh seperti yang dikira pada permulaan pinjaman anda.<\/span><\/p>\n Contoh bagaimana kadar faedah dikira<\/b>: Katakan anda <\/span>mengambil <\/span>pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah sebanyak 10% setahun. Caj faedah akan menjadi RM1,000 setiap tahun sehingga keseluruhan jumlah pinjaman diselesaikan <\/span>atau<\/span> dibayar balik (kadar faedah sebanyak RM1,000 setiap tahun tanpa mengira baki pinjaman anda).<\/span><\/p>\n Kadar keuntungan<\/strong><\/p>\n Bagi <\/span>pembiayaan peribadi <\/b>yang ditawarkan oleh perbankan Islam (patuh Shariah), istilah yang diguna pakai adalah<\/span> kadar keuntungan<\/b> dan bukannya kadar faedah. Walaupun pembiayaan peribadi dan pinjaman peribadi kelihatan agak sama, namun kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaan yang terletak pada rangka dan kandungan kontraknya. <\/div><\/div><\/span><\/p>\n Terdapat beberapa jenis kadar faedah untuk pelbagai jenis pinjaman \u2013 tidak kiralah pinjaman peribadi, pinjaman rumah ataupun pinjaman kereta. Namun buat masa ini, anda hanya perlu tahu tentang tiga jenis kadar faedah:<\/span><\/p>\n Contoh pengiraan:<\/p>\n RM50,000 (pinjaman anda) x 3.00% (kadar faedah rata) x 5 tahun (tempoh pinjaman)<\/span><\/p>\n = RM7,500 (jumlah faedah yang anda perlu bayar) <\/div><\/div><\/span><\/p>\n Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar sebanyak RM57,500. Ini juga bermaksud, pada setiap bulan anda perlu membayar sebanyak RM958.33 sepanjang 60 bulan (5 tahun).<\/span><\/p>\n Berdasarkan jadual tersebut, faedah yang dibayar setiap bulan akan berkurangan sejajar dengan baki pinjaman anda. Walaupun <\/span>ansuran bulanan anda adalah sama<\/b> untuk setiap bulan, <\/span>nilai bayaran untuk faedah<\/b> dan <\/span>bayaran pokok (prinsipal) adalah berbeza<\/b> setiap bulan. Ini mengurangkan lagi baki bayaran pokok anda dengan lebih pantas.<\/span><\/p>\n Sesetengah pemberi pinjaman akan <\/span>mengenakan <\/span>penalti terhadap peminjam yang <\/span>ingin<\/span> membayar<\/span> baki pinjaman<\/span> lebih awal <\/span>daripada<\/span> tempoh yang dipersetujui (ini kerana ia akan menyebabkan pemberi pinjaman gagal mendapatkan kadar faedah penuh). <\/span>Kebiasaannya,<\/span> yuran <\/span>penyelesaian <\/span>awal <\/span>berada dalam anggaran<\/span> 2% hingga 3% yang dikenakan ke atas baki pinjaman tertunggak pada masa pembayaran balik penuh.<\/span><\/p>\n Sekiranya anda gagal <\/span>membuat <\/span>pembayaran balik pinjaman bulanan anda pada masa yang ditetapkan, anda mungkin akan dikenakan yuran bayaran lewat. Di samping itu, terdapat juga dua perkara yang mungkin berlaku.\u00a0<\/span><\/p>\n Pertama, pemberi pinjaman <\/span>berhak<\/span> untuk <\/span>mengambil <\/span>tindakan undang-undang terhadap anda. Kedua, <\/span>pihak <\/span>bank boleh <\/span>memotong <\/span>mana-mana baki kredit dari akaun bank anda (dengan syarat ia adalah bank yang sama) untuk mengimbangi jumlah yang anda terhutang dalam pinjaman anda. <\/span>Jika anda membuat pinjaman bercagar, bank juga berhak untuk menarik balik<\/span> aset yang ditetapkan sebagai cagaran.<\/span><\/p>\n Terma yang lebih dikenali adalah <\/span>Overnight Policy Rate <\/span><\/i>(OPR), adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM). Tetapi, mengapa anda perlu kisah tentang OPR?<\/span><\/p>\n Sebenarnya, OPR adalah ibu kepada segala kadar faedah yang dikenakan oleh BNM ke atas bank-bank dan institusi kewangan di Malaysia. Setiap kenaikkan atau penurunan OPR boleh memberi kesan kepada kos pinjaman antara anda dan bank, seperti kadar faedah.\u00a0<\/span><\/p>\n Sebagai contoh, bank meminjam duit daripada BNM dan pinjaman tersebut akan dikenakan OPR. Seterusnya, anda meminjam duit daripada bank dan bank pula mengenakan kadar faedah mereka kepada anda. Ini bermaksud, sama ada kadar faedah antara anda dan pihak bank adalah tinggi atau tidak, ia akan bergantung pada OPR. Jadi, <\/span>lebih tinggi kadar OPR, lebih tinggilah kadar faedah bank anda.<\/b><\/p>\n<\/span>Kriteria kelayakan pinjaman peribadi<\/span><\/h2>\n
\n
<\/span>Apa itu kadar faedah?<\/span><\/h2>\n
<\/span>Jenis kadar faedah<\/span><\/h2>\n
\n
\n
<\/p>\n
<\/span>Yuran pembayaran balik awal<\/span><\/h2>\n
<\/span>Caj pembayaran lewat<\/span><\/h2>\n
<\/span>Kadar Dasar Semalaman atau\u00a0Overnight Policy Rate<\/em><\/span><\/h2>\n