<\/span><\/h2>\nAntara benda yang mungkin anda tak tahu adalah, sebenarnya ada banyak skim perlindungan dibawah PERKESO. Skim-skim ini semua dicipta dengan tujuan untuk melindungi seseorang pekerja dan tanggungan mereka dari sebarang perkara yang tidak diingini.<\/span><\/p>\nSkim bencana pekerjaan<\/h4>\n
Skim Bencana Pekerjaan merupakan skim perlindungan PERKESO yang paling asas. Skim ini melindungi pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.\u00a0<\/span><\/p>\nPerlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut;<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Merangkumi kemalangan yang terjadi sewaktu menjalankan pekerjaan.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Kemalangan semasa dalam perjalanan<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Merangkumi kemalangan yang terjadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Kemalangan semasa kecemasan<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Merangkumi kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat kerja bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Penyakit khidmat<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Merangkumi penyakit yang disebabkan daripada aktiviti pekerjaan.<\/span><\/p>\nJadi sekarang kita dah tau apa dia kemalangan yang dilindungi oleh skim ini, mari kita lihat faedah faedah yang disediakan oleh skim ini;<\/span><\/b><\/p>\nFaedah perubatan<\/h4>\n
Antara faedah yang boleh dimohon oleh pekerja yang ditimpa kemalangan yang dilindungi oleh PERKESO adalah mereka layak mendapat rawatan percuma di mana mana klinik panel PERKESO atau klinik\/hospital kerajaan hingga pulih sepenuhnya.<\/span><\/p>\nPekerja juga boleh mengemukakan permohonan tuntutan ganti belanja bagi klinik yang bukan panel PERKESO.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Faedah hilang upaya sementara<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Faedah hilang upaya sementara akan diberikan kepada pekerja yang mengalami kecederaan yang menghalang pekerja tersebut dari menjalankan aktiviti kerja <\/span>sekurang kurangnya empat (4) hari.<\/b><\/p>\nDi bawah faedah ini, pekerja akan dibayar 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM132 sehari.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Faedah hilang upaya kekal<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Bagi pekerja yang kehilangan keupayaan bekerja secara kekal, mereka akan dilindungi oleh faedah hilang upaya kekal yang disediakan PERKESO.<\/span><\/p>\nDibawah faedah ini, pekerja yang hilang upaya secara kekal akan dibayar 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM148.50 sehari.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Elaun layanan sentiasa<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Jika seseorang pekerja mengalami kecederaan yang teruk hingga memerlukan khidmat layanan istimewa, maka mereka boleh memohon elaun ini untuk membayar khidmat penjaga terlatih.<\/span><\/b><\/p>\n\n- \n
Kemudahan pemulihan jasmani\/vokasional<\/b><\/h4>\n<\/li>\n<\/ul>\n
Dibawah faedah ini, PERKESO akan membantu pekerja untuk kembali bekerja, sama ada di pekerjaan sedia ada atau dengan memberikan latihan untuk pekerjaan baru.<\/span><\/p>\nKemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk;<\/span><\/p>\n\n- Fisioterapi<\/span><\/li>\n
- Terapi pekerjaan<\/span><\/li>\n
- Pembedahan rekonstruktif<\/span><\/li>\n
- Bekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alat<\/span><\/li>\n
- Bekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain<\/span><\/li>\n<\/ul>\n
Pemulihan vokasional termasuk:<\/span><\/p>\nLatihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki radio \/ TV, menaip dan lain-lain.<\/span><\/b><\/p>\nFaedah orang tanggungan (FOT)<\/b><\/h4>\n
Jika pekerja yang mencarum PERKESO meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat kerja atau kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, dan meninggalkan tanggungan, Perkeso akan membayar faedah orang tanggungan terhadap mereka mengikut kadar yang berikut; <\/span>90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja, tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM148.50 sehari.<\/span><\/p>\nFaedah pengurusan mayat<\/b><\/h4>\n
Sekiranya seorang pekerja meninggal dunia akibat dari kemalangan sewaktu bekerja, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, <\/span>atau<\/b> sewaktu menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala, maka amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada waris terdekat.<\/span><\/p>\nJika tiada waris, maka amaun itu akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.<\/span><\/p>\nFaedah pendidikan<\/b><\/h4>\n
Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya pekerja yang mencarum;<\/span><\/p>\n\n- Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan<\/span><\/li>\n
- Menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal<\/span><\/li>\n<\/ul>\n
Skim keilatan<\/h4>\n
Selepas skim bencana pekerjaan, faedah perlindungan kedua yang disediakan oleh PERKESO adalah skim keilatan.<\/span><\/p>\nApa itu skim keilatan? Skim keilatan adalah skim yang melindungi seseorang pekerja dan juga tanggungan beliau jika pekerja tersebut terlibat dalam kemalangan berkaitan dengan kerja hingga menyebabkan kehilangan upaya secara <\/span>kekal.<\/b><\/p>\nSkim keilatan akan terguna pakai apabila;<\/span><\/p>\n\n- Pekerja mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta,<\/span><\/li>\n
- tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1\/3) daripada keupayaan pekerja yang normal<\/span><\/li>\n<\/ul>\n
Berikut merupakan faedah faedah yang disediakan dibawah skim keilatan;<\/span><\/p>\n\n- Pencen ilat<\/span><\/li>\n
- Bantuan ilat<\/span><\/li>\n
- Elaun layanan sentiasa<\/span><\/li>\n
- Pencen penakat<\/span><\/li>\n
- Kemudahan pemulihan jasmani\/vokasional\/return to work\/dialisis<\/span><\/li>\n
- Faedah pengurusan mayat<\/span><\/li>\n
- Faedah pendidikan<\/span><\/li>\n<\/ul>\n
Employment insurance scheme (SIP)<\/h4>\n
Sejak 1 Januari 2018, PERKESO juga mula menyediakan skim baru yang bernama Employment Insurance Scheme (EIS) atau Skim Insurans Pekerja (SIP).<\/span><\/p>\nApa fungsi SIP ni? SIP akan menyediakan penggantian pendapatan kepada pencarum PERKESO apabila mereka hilang pekerjaan.<\/span><\/p>\nSIP juga akan membantu pencarum PERKESO dalam usaha mencari pekerjaan baru dengan mendaftarkan pencarum di dalam program program seperti MyFutureJobs, dan juga menjalani latihan kemahiran.<\/span><\/p>\n