{"id":7920,"date":"2013-12-10T10:23:16","date_gmt":"2013-12-10T02:23:16","guid":{"rendered":"http:\/\/www.imoney.my\/articles\/?p=7920"},"modified":"2018-01-12T10:11:00","modified_gmt":"2018-01-12T02:11:00","slug":"kemampuan-pemilikan-rumah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.imoney.my\/articles\/kemampuan-pemilikan-rumah","title":{"rendered":"Sejauh mana kemampuan pemilikan rumah anda?"},"content":{"rendered":"

\"\"<\/p>\n

Adakah anda sudah bersedia untuk melompat ke kolam hartanah sebagai pembeli rumah kali pertama? Dengan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang menggalakkan melalui Bajet 2014, mungkin rumah impian anda kini mampu menjadi realiti<\/p>\n

Memandangkan anda sudah bersedia, tahukah anda jenis hartanah dan titik harga yang anda patut pertimbangkan? Penentuan kemampuan pemilikan rumah tidaklah semudah yang disangka. Mampukah anda membeli kondominium baru berdekatan dengan kota? Atau anda hanya mampu membeli apartmen di pinggir bandar.<\/p>\n

Berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli hartanah bernilai RM300,000? Mampukah anda menanggung bayaran pendahuluan atau ansuran bulanan dengan gaji semasa anda?<\/p>\n

Sebelum anda mula menjelajahi senarai hartanah, lihat dengan teliti keadaan kewangan anda dan tentukan nilai realistik yang anda boleh bayar.<\/p>\n

<\/span>Berapa nilai kemampuan anda?<\/span><\/h2>\n<\/p>\n

Untuk menentukan titik harga mampu milik hartanah pertama anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Ini termasuklah pendapatan bulanan anda, jumlah wang yang anda punyai dan berapa nilai yang anda boleh pinjam.<\/p>\n

Jumlah pinjaman anda bergantung kepada beberapa faktor, antaranya nilai pasaran atau harga pembelian rumah anda, jenis hartanah (kediaman atau komersial), lokasi hartanah, serta profil anda (contohnya umur dan tahap pendapatan).<\/p>\n

Untuk menentukan harga hartanah maksimum yang anda mampu miliki, adalah baik untuk memastikan jumlah ansuran bulanan untuk semua pinjaman tertunggak anda, serta bakal pinjaman perumahan tidak melebihi 70% dari gaji bersih anda. Gaji bersih merujuk kepada pendapatan anda setelah ditolak caruman KWSP dan cukai pendapatan sebagai contoh.<\/p>\n

Merujuk kepada profil contoh di bawah, pembeli adalah layak untuk mendapatkan tempoh maksimum pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Untuk pembeli yang berumur di atas 30 tahun, tempoh maksimum ini terikat kepada umur peminjam. Kebanyakan bank menetapkan peminjam untuk membayar semula pinjaman perumahan mereka secara penuh sebelum mereka berumur 65 atau 70 tahun.<\/p>\n

Berikut adalah pecahannya:<\/p>\n

\"housing<\/a><\/p>\n

Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah ansuran bulanan serta komitmen hutang lain tidak melebihi 70% dari pendapatan bersih bulanan. Maka, dengan gaji bulanan (bersih) sebanyak RM3,500, anda mempunyai kemampuan untuk memiliki hartanah bernilai RM400,000.<\/p>\n

Lebih memudahkan lagi, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan<\/a> yang disediakan\u00a0untuk mengira pembayaran balik bulanan pinjaman perumahan. Berdasarkan ansuran bulanan tersebut, anda akan tahu kemampuan pemilikan rumah berdasarkan gaji bersih semasa anda.<\/p>\n

\"hl-620x100-bm\"<\/a><\/p>\n

<\/span>Bagaimana dengan bayaran pendahuluan?<\/span><\/h2>\n<\/p>\n

Semuanya tidak berkisar tentang ansuran bulanan sahaja \u2013 kos terbesar dalam pembelian rumah ialah bayaran pendahuluan ke atas hartanah iaitu sebanyak 10%. Tapi bukan sekadar itu sahaja.<\/p>\n

Pembeli rumah kali pertama mungkin tidak tahu tentang ini; tetapi pembelian dan pembiayaan sebuah rumah bukan sahaja melibatkan bayaran pendahuluan dan pinjaman sahaja. Terdapat pelbagai yuran serta caj lain yang terlibat. Di bawah adalah anggaran* yuran dan caj yang mungkin perlu ditanggung:<\/p>\n

1) Duti setem untuk pemindahan hakmilik (juga dikenali sebagai Memorandum of Transfer<\/i> atau MOT)<\/p>\n